8:46 PM | Posted in


Baru-baru ini kawan cuba untuk menggunakan aplikasi Google Translate..  namun terjemahan yang diberi sungguh mengejutkan!!  Sahabat-sahabat boleh cuba sendiri..

Caranya:
1) Buka google translate (klik)
2) Masukkan bahasa yang mahu diterjemah (sebagai contoh terjemahkan Bahasa Melayu ke English)
3) Tulis perkataan 'syaithan' pada kotak di atas... dan tengok terjemahannya... mengejutkan bukan??
4) Anda juga boleh memasukkan 'syaithan' dalam bentuk ayat.

Kenapa ini suatu yang di-SENGAJA-kan??

1) Setiap terjemahan dilakukan secara literal.. Mana-mana perkataan yang tersilap taip @ tiada dalam kosa kata melayu akan diterjemahkan secara literal juga.
Kemungkinan perkataan 'syaithan' perlu ditulis dengan 'syaitan', 'setan' dan 'saitan' adalah tertolak.. kerana GT menterjemahkan syaitan dan setan = satan dan saitan = saitan.
Sebagai contoh "saitan" : oleh kerana 'saitan' tiada dalam kamus perbendaharaan Melayu maka Google Translate akan menterjemahkannya sebagai 'saitan'... tapi kenapa 'syaithan' tidak diterjemahkan kepada 'syaithan'??

2) Huruf 'Q' ditulis menggunakan huruf besar (capital letter) yang menunjukkan suatu nama khas.. Satu-satunya nama khas bagi Quran adalah merujuk kepada kitab suci umat Islam AL-QURAN!

3) Mengikut kamus dewan, pembendaharaan kata yang tepat adalah syaitan (tanpa 'H') dan bukannya 'syaithan'. Walaubagaimanapun, dalam bahasa arab syaitan ditulis dengan (شيطان). Oleh itu, penggunaan 'th' adalah lebih hampir makhrajnya dengan (), berbanding dengan 't' yang hampir dengan ().

Berdasarkan pengamatan kawan, mereka memang sengaja menyamakan syaithan dengan AL-QURAN..

HAMBA: Mungkinkah angkara Iluminati dan kunco-kuncunya??

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
8:45 AM | Posted in

AWAS 'PENYOKONG PAS' SUDAH MENGAMUK!
JAGA-JAGA 'PENGUNDI PAS' SUDAH BERI AMARAN!

Fuhh, awat ramai sangat yang datang?? Utusan kira 20 orang.. TV kira 21 orang.. Aduh, mana satu yang betul ni?? cakap la betul-betul!! KAH KAH KAH


Sejak bila Tok Guru bagi arahan suruh pakai seluar pendek pegi demonstrasi ni?? Ramai yang datang pakai topi ada sesudu itik lagi! 'Penyokong PAS' dah tak pakai kopiah serban ke sekarang!! KAH KAH KAH


Awat 'penyokong PAS' tak tengok kalendar dulu sebelum datang?? Diaorang tak sekolah ke?? Macam mana 'penyokong PAS' sendiri tak tau pejabat buka ke tutup! Macam mana nak hantar, dah sah-sah pejabat tutup hari Ahad!  KAH KAH KAH


Amboi, kenapa 'penyokong PAS' malu-malu pulak sekarang ni?? Nak jerit TAKBIR kuat-kuat macam selalu pun malu-malu kucing (klik sini)... Dah tu angkat pulak banner tu tinggi-tinggi cover muka?? Jangan la malu-malu sangat... kesian la dengan abang reporter nak ambik gambar! KAH KAH KAH


'Penyokong PAS' ni memang tak kreatif langsung.. Kenapa la guna banner yang design lebih kurang masa demo kepala lembu dulu?? Tender syarikat sama ke? sampai font dengan colour pun sama!! KAH KAH KAH


Kenapalah 'penyokong PAS' buat mesyuarat kat Mandarin Court Hotel pulak nie.. Bukan ke membazir namanya... Lagi pun tak pernah-pernah dibuat sebelum ni. Markaz tenggelam banjir ke? KAH KAH KAH


Kawan tabik spring dengan wartawan Malaysia, memang profesional dan up-to-date, kejap je ada demo 20 orang, terus keluar berita TV.. Tapi, kenapa masa demo 100,000 orang ribu dulu tak tunjukkan kat TV? Tak muat kamera kot! KAH KAH KAH



Sepanjang aku tengok demostrasi kat TV, inilah kali pertama jumlah wartawan dan jurugambar lagi ramai dari orang berdemo. Cayalah, 'penyokong' PAS dah berjaya cipta rekod kali ni! KAH KAH KAH


Seronok nampaknya abang polis jaga orang berdemo, siap ambil gambar lagi.. smile!. Macam ni baru kena dengan motto PDRM, TEGAS, ADIL, BERHEMAH... Eh, kenapa tak bawa lori kepala merah? Ala, yang boleh main tembak-tembak air macam selalu tu... Radiator kering ke? KAH KAH KAH



Bila pulak PAS tukar slogan ni? "JANGAN MUSNAHKAN PERJUANGAN ORANG MELAYU!"  Tapi macam biasa dengar je slogan macam ni.. Kat mana ya? KAH KAH KAH


p/s: YB Salahudin Ayoub bagitau, tak ada ahli PAS terlibat dalam perhimpunan ini semalam... jadi siapa mereka semua ni? KANTOI! KAH KAH KAH

BANDINGKAN DEMOSTRANSI ANTI-ISA PAS  (2009)



HAMBA: Kawan bukan jenis yang suka sangat demo-demo ni.. lagi baik duduk rumah..  Tapi kalo nak buat, buatlah betul-betul.. bagi nampak real sikit, barulah penyokong PAS sejati! KAH KAH KAH

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
11:20 AM | Posted in
Lima tahun telah pun berlalu
Detik 26 Disember kini kembali lagi

Pagi itu,
SOMBONG, EGO, TAKBUR, RIAK, UJUB DAN BESAR DIRI

telah hapus terpadam dek kerna derasnya deruan ombak..
telah lemas tenggelam dek kerna dalamnya air laut..

menyedarkan..
betapa kecilnya kita yang berjalan di muka bumi ini

mengingatkan..
bahawa kita adalah insan yang tersangat lemah dan lagi tiada upaya.

saat itu tiada apa yang mampu kita perbuat..
hanya menunggu untung nasib tentuan Tuhan..

Kesan hempasan ganas Tsunami pada pagi itu masih lagi berbekas bagi kawan.. sejujurnya kawan amat gelisah menanti saat-saat seperti ini..  Takut-takut, ianya berulang lagi, kerna masih ada terlalu manusia yang enggan mengambil pelajaran..



Kesempatan ke Kuala Muda, dalam misi bantuan sukarela lima tahun dulu... terlalu banyak mengajar dan menyedarkan kawan..

betapa sayang dan kasihnya Allah pada kita semua..

HAMBA: ada suatu pekara di sana yang tak akan kawan lupakan sampai bila-bila...

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
9:52 AM | Posted in
Kawan jarang beli akhbar, biasanya hanya membaca melalui internet..
tapi bilama kawan baca akhbar Berita Harian di restoren pagi tadi, kawan perasan suatu iklan yang sangat mengusarkan dan merimaskan.... GILA!


klik gambar untuk besarkan

Apa kejadahnya buat peraduan kira seluar dalam perempuan??

GILA SUNGGUH!


Banyak betul iklan-iklan karut-maruk kebelaknagan ini, di TV terutamanya... tak cukup dengan iklan potong, pramugari AirAsia, iklan minuman peningkat tenaga (seksual), iklan besarkan saiz payudara dan pinggul... dan berpuluh lagi iklan mengarut dan penuh unsur-unsur kelucahan... dan kebanyakkannnya disiarkan pada waktu-waktu perdana.. waktu dimana seisi keluarga menonton bersama... begitu anak-anak kecil mereka..

Disamping itu, pengguna disesakkan pula dengan lambakan iklan produk-produk berasaskan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah.. Semua produk pun seakan mahu dicapurkan denganTongkat Ali.. katanya dapat meningkat tenaga.. TAPI, bilamana iklan-iklan menunjukkan visual rumah bergegar dan berlatar belakangkan bilik tidur?? Tenaga apa yang di maksudkan?? Sungguh meMALUkan, nama agung itu menjadi simbol bagi nafsu serakah manusia. Sedarkah mereka siapakah pemilik asal nama-nama agung itu??

HAMBA: baik buat peraduan kira bulu kambing!
Hamba yang fakir disisi Tuhannya
Category:
��
12:43 AM | Posted in
ANDA MESTI TENGOK VIDEO INI

Kelahiran Rasulullah yang dicintai

Detik Kewafatan Rasulullah (bhgn 2, bhgn 1 diupload kemudian)

kredit to: www.myceramah.com

Disampaikan oleh:
Habib Ali Zainal Abidin bin Abdurrahman Al-Jufri

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~

Category:
��
6:25 PM | Posted in
HIMPUNAN RIBUAN UMAT DI DALAM
MAJLIS BERSAMA ULAMAK BESAR DARI HADRAMAUT KE MALAYSIA

AL-ALLAMAH AL-HABIB UMAR BEN HAFIZ AL-HADRAMI



PADA:
10 JAN 2010 @ 23 MUHARRAM 1431H
6 PTG - 10 MLM

BERTEMPAT DI:
MASJID AL-FALAH, USJ 9, SUBANG JAYA, SELANGOR

info: http://www.alfalahusj9.blogspot.com/


~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
6:55 PM | Posted in
barca
FC Barcelona (2) : Estudiantes de La Plata (1)
FIFA WORLD CLUB CUP UAE 2009

FC Barcelona have bid farewell to glorious, magnificent, lagendary 2009 year by winning their sixth title.
Category:
��
11:39 PM | Posted in

palestinian


pic speaks


israel go to hell



Bilakah semua ini akan berakhir??


~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
8:58 PM | Posted in
Ya Allah,

ampunilah segala kesalahan kami
berkatilah penghidupan kami
jadikanlah kami orang yang tulus
agar perjalanan kami.. orang yang lurus

sedari kami LAHIR mengenal dunia ini, wahai Tuhan

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
7:25 PM | Posted in






PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' KUMPULAN KE-22 BANDAR BARU BANGI SESSI 2009/2010.

Sila baca syarat-syarat permohonan di sini
Muat turun borang pernohonan di sini

Tarikh tutup permohonan: 14 November 2009
Tarikh temuduga: akan ditentukan kemudian.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan pada pejabat Darussyifa.
Tel:03-89250443 ; Emel:alsyifa@streamyx.com dan laman web Darussyifa'

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
1:05 AM | Posted in ,
Wanita dituduh menjual produk tidak cukup protein

DUNGUN: Seorang pembungkus belacan dijatuhkan hukuman denda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menjual belacan yang tidak cukup kandungan protein seperti yang tertera pada label produk itu, April lalu. Rahani Ali, 56, dari Kampung Kuala Setiu Fikri, Bandar Permaisuri yang membungkus belacan menggunakan label Belacan Cap Udang dituduh menjual tiga bungkus belacan di premis perniagaan Kedai Runcit Aminah Mamat beralamat 780, Jalan UiTM, Kampung Sura Hujung, di sini, jam 11.25 pagi pada 7 April lalu... (berita selanjutnya)

Tuanku Mizan Dukacita Bumbung Stadium Runtuh

KUALA TERENGGANU, 6 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sedih dan dukacita dengan insiden runtuhan sebahagian bumbung stadium yang dinamakan sempena nama Baginda di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dekat sini, Selasa lepas.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata Tuanku Mizan melahirkan perasaan itu ketika beliau menyampaikan sembah maklum berhubung tragedi tersebut kepada Baginda pada hari kejadian. (berita selanjutnya)

Apakah persamaan dan perbezaan diantara dua kejadian di atas?

Persamaan:
- kedua-duanya berlaku di negeri tanah lahirku Terengganu Darul Iman

Perbezaan:
1) Harga sebungkus belacan Makcik Rahani adalah RM 2.50... manakala harga bagi seketul sebuah stadium Terengganu adalah sekitar rm 300 juta (RM 300,000,000.00)

2) Makcik Rahani disaman setelah sudah membungkus dan menjual belacan selama lebih lima tahun dengan jayanya... manakala stadium mega itu berjaya menyembah bumi hanya kurang sampai setahun dibina.

3) Kandungan protein yang kurang dalam belacan tidak akan mendatangkan masalah kesihatan kepada anda kerana terdapat banyak lagi sumber protein yang anda makan sehari-hari... manakala struktur stadium yang tidak mengikut spesifikasi, memungkinkan kepala dan tubuh anda pecah bederai-hancur berkecai umpama tembikai busuk sekiranya anda kebetulan berada didalamnya.

4) Makcik telah pun dijatuhkan hukuman saman di atas kandungan protein yang kurang... manakala pembuat stadium dan kroni2 yang kaya raya tidak dikenakan apa-apa tindakan lagi.. masih senyap seribu bahasa.

5) Makcik Rahani memaklumkan bahawa dia tidak tahu kekurangan protein merupakan satu kesalahan, dan mungkin juga dia tidak tahu apakah itu PROTEIN!... manakala pakar-pakar pembinaan yang kononnya dari oversea telah berjaya meruntuhkan stadium dalam jangka masa yang amat mengagungkan.

6) Tiada runguttan yang diterima sebelum ini kerana masalah kekurangan protein (kerana belacan dimakan bukan kerana proteinnya!).. manakala stadium runtuh itu telah cukup membuat rakyat jelata mual-mual, muntah-muntah dan menyampah yang amat.

7) Tiada kroni-kroni yang bersekongkol dengan Makcik Rahani dalam menjayakan konspirasi 'belacan kurang protein'... manakala bagi kroni-kroni stadium..... "eh.. mana ada kroni? pandai-pandai kamu ni reka cerita!" I buat stadium jujur dan ikhlas kamu tau...!!"

8) Makcik Rahani menamakan belacan itu dengan nama yang standard saja 'Belacan Cap Udang'... manakala stadium dinamakan dengan nama 'Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin" yang merupakan Sultan negeri Terengganu dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong negara Malaysia!

9) Makcik membungkus belacan dengan niat untuk mencari rezeki untuk keluarganya dan tidak pernah berbangga-bangga... manakala stadium dibina dengan motto yang amat membanggakan dan membangkitkan semangat pada papan tanda pembinaannya, seperti: "stadium TERcanggih", "stadium TERmoden" dan "Satu lagi Projek Kerajaan BA***#N NA%$%#*L".

10) Makcik Rahani menggunakan wang modalnya sendiri untuk membungkus belacan... manakala stadium itu dibina dengan wang dari setiap titik peluh rakyat marhein semua. Mungkin juga wang dari jualan belacan Makcik Rahani sendiri!!

11) Belacan sangat sedap bila ditumbuk bersama cili merah, cilipadi dan perahan asam limau... manakala bagi stadium terengganu, ianya sudah siap menjadi 'pekasam tanpa ikan' sekarang. Mahu saja kawan cili-cilikan mereka semua.

Fakta: Anda boleh membeli sebanyak 120,000,000.00 (120 juta) bungkus belacan dengan menggunakan duit sebanyak RM 300 juta.

Hamba: kenapa hanya anak udang jeragau sahaja yang tertangkap? mana perginya 'bapak jerung dan paus? sudah pupus? mungkinkah?

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category: ,
��
6:07 PM | Posted in
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

...............
Sungguh indah pintu dipahat
Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat
Taat selalu perintah Tuhan

Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke akhirat juga akan sudahnya

Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan Tuhan
Tiada siapa dapat menduga

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

Dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan
Kita hidup takkan lama
Jangan lupa siapkan bekalan

Kemuning di dalam semak
Jatuh melayang ke dalam paya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya?

Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat

sumber: penyair

Pantun-pantun di atas adalah bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan yang jatuh pada bulan Oktober setiap tahun. Sungguh, bahasa Melayu adalah antara bahasa sangat unik dan tinggi nilainya. Lihat saja pada syair, sajak, pantun dan puisi yang pernah kita dengar. Puisi-puisi melayu lama (klasik) terutamanya, sarat dengan pengajaran, jenaka, nasihat dan kasih sayang. Pengguna bait-bait kata yang tersusun dan indah sungguh mengasyikkan.. perhatikanlah puisi Gurindam Jiwa yang terkenal itu.

bagi mereka yang terlalu mendewakan bahasa penjajah, ini serangkap pantun buat kalian:

Ditiup angin bunga semalu
Kuncup daun bila berlaga
Bercakap Melayu kononnya malu
Belacan setongkol dibedal juga

HAMBA: akan cuba sedaya upaya menggunakan bahasa Melayu yang benar-benar Melayu di sini.. BAHASA JIWA BANGSA
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
9:43 PM | Posted in
cuba anda bayangkan...
anda memesan sekeping roti telur pada seorang mamak penebar roti canai.. beliau pun terus mengambil sebiji doh roti dan ditekan-tekan dengan sepenuh kekuatan dan kesenian... doh itu seterusnya ditebar dengan penuh bergaya.. kemudian sebiji telur diambil dan dipecahkan menggunakan tangan kanannya.. campuran itu kemudiaannya digoreng ranggup sehingga membangkitkan aroma yang mengasyikkan.. kemudian roti yang panas itu dicarik-carik menjadi bahagian-bahagian yang kecil supaya mudah dijamah oleh mulut.. bahagian atas roti itu seterusnya dicurah dengan kuah dal dan kuah kari (banjir).. dan bayangkan juga roti yang panas-panas itu dimasukkan ke dalam mulut dan perut yang sudah satu hari tak menjamah sebijik makanan pun.. nikmat bukan??

OPSSS.. NANTI DULU!!
kita rewind kejap..perasan tak telur yang mamak tu guna.. BASUH atau TAK?

menurut pemerhatian kawan, kebanyakan penebar roti canai (bukan semua!) akan terus gunakan telur daripada bekas telur. Kemungkinan besar TELUR TIDAK DIBASUH! maka... akan melekatlah segala jenis najis @ taik seekor ayam betina.. ditelapak penebar roti itu..

info: pengeluar telur biasanya tidak akan membersihkan telur yang ingin dijual dengan air.. bertujuan untuk meningkatkan jangka hayat telur tersebut.. cuba lah periksa telur yang anda beli hari ini... pasti ada tahi dan kotoran yang terlekat bukan?

cuba anda bayangkan sekali lagi...
mamak itu memecahkan telur yang tidak dibasuh dengan tangan kanannya.. telur itu CONFIRM diselaputi oleh tahi @ taik... kemudian dengan tangan yang sama, beliau mengacau-gacau doh roti anda.. maka sebatilah tahi ayam dengan roti anda itu.. kemudian roti itu digoreng ranggup dan panas.. maka siaplah roti telur (tahi) ayam anda dengan warna emas kekuningan.. kemudian anda memasukkan ke dalam mulut dan menikmatinya dengan penuh selera!! erkk!!
kalau anda makan sebiji roti telur sehari, maka anda juga telah makan tahi setiap hari!! dan bayangkan berapa orangkah sebelum anda yang telah memesan roti telur seperti anda..
itu belum masuk makanan lain, murtabak telur, roti John dll..

Ingatlah.. kita adalah apa yang kita makan!! Ingatlah Allah menyuruh kita memakan makanan yang bukan sahaja halal.. malah mesti baik.. tidaklah tumbuh daging dari makanan haram (haram makan najis), kecuali neraka lebih utama baginya..

Ingatlah...
makanan yang haram itu membawa penyakit
makanan yang haram itu mengelapkan hati
makanan yang haram itu membentuk jiwa keji dan hewani
makanan yang haram itu mensia-siakan doa dan ibadat
makanan yang haram itu mengundang neraka Allah

entry kali ini bukan untuk mengajak anda memboikot pembuat roti canai@telur seMalaysia.. tak salah makan roti telur..makanlah... tapi pergilah kepada kedai yang yang benar-benar anda percayai kebersihan dan kesuciaannya.. dan sebagai pengguna anda BERHAK bertanya samada telur yang diguna telah dibasuh atau tidak!

kalo sebut pasal telur.. mesti kawan teringatkan diorang ni.. antara animasi terawal malaysia

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." (Al-Baqarah: 168)

HAMBA: dalam sedar-tak sedar dah lebih setahun kawan tak makan roti telur...

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
11:30 PM | Posted in


GEMPA BESAR di Sumatera
TSUNAMI GANAS di Samoa
TAUFAN KENCANG di Vietnam dan Filipina


Ya Allah,
lindungilah kami dan saudara-saudara kami
peliharakanlah jua negeri-negeri kami
selamatkan kami dari ujian Mu yang maha besar ini
Sungguh! ia tiada tertanggung bagi kami..

Ya Allah,
kami tahu, kami banyak derhaka kepada Engkau
kami tahu, kami selalu curang kepada Engkau
jangan Engkau murka atas kami ini wahai Tuhan
berikanlah kami kesempatan untuk bertaubat dan menginsafi diri

HAMBA: Wahai Allah, Selamatkanlah saudara-saudara kami yang ditimpa musibah ini... berikanlah mereka kekuatan untuk terus berdiri dan berlari.. dan redha atas ujian dan cubaan Mu ini.

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
2:12 AM | Posted in
lidah kelu
jari kaku

mulut terkunci
gelisah hati

diri resah
bagai dimamah

kerna malu
bodohnya aku!

niat ikhlas.....
bisakah berbalas?

HAMBA: hanya nota-nota kosong yang mampu kutitipkan. Ya Allah... kuatkan aku!

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
��
Raya tahun ini biasa-biasa sahaja bagi kawan.. sama seperti raya-raya dulu.. Perasaan: GUMBIRAA (banyak). SEDIH (sikit-sikit). KESAL (terlalu banyakkk). Cuma entah kenapa, seperti ada yang belum sempurna dalam hidup kawan.. kawan pun ngak pasti apakebendanya tu.. tapi, tiba-tiba juga sesuatu yang tak di sangka telah berlaku di luar imaginasi/jangkaan kawan! adakah ia...??

Photobucket

Tapi... yang pastinya, diorang kat atas ini lah yang paling SERONOK dan GUMBIRAA.. mana taknya duit raya dapat ber-riban-riban.. huh! best betul jadik budak-budak zaman sekarang.. duit raya warna merah!

Saat paling best raya bila semua diorang ada kat rumah di kampung.. Bergegar rasanya tiang seri rumah buruk kawan, bila diaorang duk berlari-lari dan bergusti ala-ala aksi WWF Smackdown!

apa-apa pun,
merekalah pengarang hati, jantung, peparu, limpa, pankreas dan medula oblongata kawan..

-----------------------------------

dan ini adalah si cantik manis dan si baik hati... kekasih hati, intan payung... anak sulung yang baru saja hadir dalam keluarga besar kawan pada Ramadhan lalu... moga kehadiran kamu akan jadi sinar terang buat kita semua.. selamat datang wahai anakanda saudaraku.... Aishah!

HAMBA: cuma membeli sehelai kemeja, seluar panjang dan kain pelikat.

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~

8:05 PM | Posted in ,
tengok crite ini di you tube (1 - 12 pt). download hi-quality vid (torrent)

Sudah genap setahun filem Laskar Pelangi ditayangkan (25 september 2008)... Filem Laskar Pelangi yang diarahkan oleh Riri Riza ini merupakan karya adaptasi dari novel Laskar Pelangi yang ditulis oleh Andrea Hirata (kisah benar). Mengisahkan sekumpulan 10 kanak-kanak miskin yang bersekolah di Sekolah Dasar (SD) Muhammadiyah, Pulau Belitong, Indonesia. Di ajar dan belajar di dalam keadaan yang sangat keterbatasan..

Sangat sedih melihatkan kisah Lintang.. bilamana terpaksa tunduk kepada suatu kenyataan.. tunduk kepada kemiskinan.. tunduk kepada suatu ketetapan.. satu hakikat yang kadang menyakitkan... tapi itulah yang kenyataan dan semestinya terlalu pahit utk ditelan.. kata-kata mengharukan dari Ikal di akhir babak: orang yang selalu berusaha datang lebih pagi.. sekarang harus jadi yang pergi lebih dulu meninggalkan sekolah ini".

kerna itu kadang kala, apa yang kita ingin-ingini tak dapat kita gapai.. walau sekuat manapun usaha kita.. kerna usaha kita takkan menberi bekas tanpa izin-NYA.. dan yakinlah Allah melakukan itu bukan dengan sia-sia.. jadi bersyukurlah dulu dengan apa yg ada di tangan dan berusahalah dengan lebih gigih..

Ia juga mengajar kita agar usah terlalu asyik dengan diri sendiri dan lansung tidak cakna mereka dikeliling.. kerana sekarang, kebanyakan kita tidak lagi mempunyai rasa yang semua kita berperasaan.. kita seolah-olah menjadikan dunia ini milik mutlak kita seorang.

terima kasih wahai Tuhan, kerana mendidik aku mengenal apa itu erti 'susah' sedari aku kecil.

antara kata-kata yang menarik dalam filem ini:-
-"hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya bukan menerima sebanyak-banyaknya"
-"masa kecilku itu telah menyihir kepercayaan diriku sampai hari ini.. membuatku berani bermimpi.. berani memiliki cita-cita"


untuk filem nie kawan bagi 6/5 bintang!! cinematography yang canti dan menarik.. storyboard yang mengusik perasaan dan mengujakan.. ini antara filem Indonesia yang TERBAIK yang pernah kawan tengok... tontonlah filem ini, KAMU PASTI JATUH CINTA!

bila la lagi Malaysia nak wat filem-filem macam nie.. sungguh menyakitkan ati melihatkan filem2 Malaysia.. asyik2 filem merempit dengan motor2 kapcai.. filem hantu yg tak brapa nak seram.. filem bohsia2 yg macam #*#&#^ .. dan filem2 komedi yg tak brapa nak kelakau!!

HAMBA: sedang melangsaikan tetraloginya yang mengasyikkan!.... oh ya, OST filem ini juge baguss bangat!!! klik sini

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category: ,
��
haha.. PUAS!
riwayat hemo-hemo sudah berakhir...
akhirnya dia dan hemo-hemo dapat jugak dipisahkan..

kalo dulu,
melekat macam kembar siam
tidur kena ngan hemo-hemo,
main kena ngan hemo-hemo,
sampai nk makan pun kena ada kat sebelah..

kulit hemo-hemo yg putih melepak tu pun sampai dh bertukar kaler macam air teh tarik..
nak pinjam?? jangan harap dia nak bagi!!

tula.. sapa suruh kedekut sangat...
orang lain nak pinjam kejap pun tak bagik.. kan dah ilang..


keterangan:-
hemo-hemo adalah sejenis Hello Kitty yang sangat pelik fizikalnya.. mempunyai bahagian abdomen yang sangat panjang.. lebih panjang daripada kaki! tersangatlah best kalo buat lapik kepala bila mau tidur... Tapi awas...., kalo tuan dia ni tahu sapa-sapa ada amik hemo-hemo dia mau bergegar satu rumah dia mengamuk.

Tapi tu dulu.. sekarang hemo-hemo sudah tiada, hilang entah kemana... tak tau la kalo mak dia yg sorokan.. hehe.

HAMBA: dah penat bagitau.. yg nama sebenar spesis makhluk tu adalah Hello Kitty... dia sikit pun tak percaya

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
9:26 PM | Posted in
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣) تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤) سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ (٥

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.(3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam itu hingga terbit fajar!(5)

Lailatul Qadr adalah anugerah Allah kepada kita semua hamba-NYA.

Kelebihan Malam al-Qadr:
1) Malam inilah turunnya al-Quranul Karim
2) Dicatatkan ketetapan bagi hidup, mati, sihat, sakit, rezeki, senang, susah, gembira dan segala hal yang berkaitan dengan qadar manusia bagi tahun itu
3) Amal di malam ini adalah LEBIH baik daripada amal 1000 bulan
4) Turunnya Malaikat dan Ruh (Jibrail a.s)
5) Malam yang sejahtera
6) Diampunkan dosanya yang terdahulu

Mencari Malam al-Qadr:
Ada pelbagai pendapat ulama dalam menentukan lailatul qadar. Jumhur ulama tidak menentukan dengan malam tertentu, tetapi menyatakan bahawa ianya adalah pada salah-satu malam dari 10 malam yang terakhir dan pada yang ganjil adalah lebih diharapkan. [bersandarkan riwayat oleh Sayyidatina Aisyah r.anha bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Carilah lailatul qadr pada 10 terakhir dari bulan Ramadhan" (H.R: asy-Syaikhan, Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)]

Terdapat banyak juga ulama yang menetapkannya dengan malam tertentu dalam setiap tahun iaitu malam ke-27 Ramadhan (Malam Tujuh Likur).
[bersandarkan riwayat oleh Sayyidina Umar r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang hendak mencarinya,maka carilah ia pada malam ke - 27" (H.R: Imam Ahmad)]

Kalangan ulama tasauf ada formula dalam penentuan malam al-qadar. Sebahagian ulama termasuklah Imam al-Ghazali menyatakan, diketahui malam tersebut melalui hari pertama bulan Ramadhan.

Wahai yang bertanya
Tentang lailatul qadar bila ada ia
10 terakhir Ramadhan tempatnya dia
Pada yang gasal diharap adanya
Diketahui ia dengan hari Ramadhan bermula
Jika Ahad dan Rabu mula ia, malam ke-29 itulah dia
Jumaat dan Selasa, ke-27 jadi ia
Khamis mula, ke-25 pula
Jika Sabtu hari pertama, ke-23 malam utama
Jika Isnin pula, malam ke-21 jangan lupa
Inilah kaedah dinaqal ia
Dari kalangan ahli sufi zuhud tak cinta dunia

Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya sekadar pendapat dan bukanlah suatu ketetapan hukum. Terpulanglah kepada siapa-siapa yang mahu mengikut atau tidak, terpulanglah. Apa penting adalah untuk kita menghidupkan setiap malam-malam Ramadhan dengan keimanan dan keikhlasan. InsyaAllah.

HAMBA: Mari bersama meningkatkan amal... Beramalah sungguh-sungguh kerana ALLAH... bukan kerana Lailatul Qadr!
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
9:29 PM | Posted in



Di suatu malam dari malam-malamku
Aku tidak tahu apa yang menimpa diriku
Kegelapan memenuhi diriku wahai Tuhan
Bumi dan Langit dirasakan sempit
Dan hatiku tidak menjumpai cahaya
Dan air mataku sentiasa mengalir wahai Tuhanku

Aku ingkar dan dosa-dosa besar
Dan sesungguhnya aku dalam kesedihan yang amat
Dibelenggu oleh dosa-dosa, wahai Tuhan
Dan adakah layak keampunan buat orang yang berdosa?
Orang yang sentiasa dalam noda, Wahai Tuhan

Engkau yang menjadikanku
Mengasihiku dan mengurniakanku rezeki
Wahai Tuhan, Engkau selalu bersama-samaku
Tetapi aku jauh daripadaMu
Dan aku berjalan pada jalanku Ya Allah

Dan pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
Daripada kegelapan di belakang batasan-batasan agama
Dan hatiku kecewa dan jalanku bingung
Dan aku telah tenggelam tetapi aku tidak menyedari
Tiada penyelamat bagiku melainkan Engkau
Tiada penyelamat dan tiada penyelamat melainkan Engkau

Wahai Tuhanku.. Wahai Tuhanku...

Mohammad al Husayn
album: Mawlay

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
12:37 AM | Posted in
MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

Minggu lepas kawan berkesempatan untuk berbuka, solat fardhu dan terawih di masjid ini..
Mula2 kawan masuk.. kawan terkagum sekejap dengan rekabentuk dan kekemasannya.
Berbeza dengan Masjid Putra yang penuh dengan ukiran2.. di sini kawan hampir2 tidak melihat adanya sebarang ukiran, cuma ada tulisan khat (Thuluth).
Ye.. sangat ringkas, tapi cantik dan kemas.
Hadapan dewan solat hanya keping-keping kaca yang tertulis ayat-ayat al Quran, dari surah Ibrahim dan Al-Baqarah.

Yang kawan paling suka adalah bahagian dewan solat yang terbuka.. tanpa dinding batu. Landskap di luar jelas kelihatan dari dalam masjid.. Dewan solat pulak rasanya macam sebuah pulau.. dikelilingi laluan air di bahagian kiri, kanan dan hadapan.
Sangat menyegarkan rasanya bila sesekali angin sejuk daripada tasik Putrajaya masuk ke ruang solat.. sejuknya sampai ke sum-sum.. lebih-lebih lagi bilamana di luar hujan turun renyai-renyai.
perkataan yang boleh kawan katakan adalah............ DAMAI
TAPI, kebanggaan kita harapnya bukan pada kosnya RM 208 juta.. atau pada berat timbangan keluli 6000 tan itu..
Haruslah kebanggaan itu pada ramainya jemaah yang akan hadir solat saban waktu, imarahnya majlis-majlis ilmu dan usaha-usaha yang membawa manusia mendekati Allah Maha Pencipta.

HAMBA: Harapnya jemaah yang datang bersolat di sini juga akan secanggih macam masjid ini jugak... jangan sampai batang tiang konkrit lebih banyak daripada manusia bila tiba waktu subuh..
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
��
10:53 AM | Posted in
Drp Abdullah bin 'Amar bi 'Ash r.a berkata: Rasulullah s.aw bersabda: "Sesungguhnya Allah Taala tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabutkan sekaligus daripada manusia, tetapi Allah taala akan menghilangkan ilmu itu dengan mematikan para ulama.." [H.R: Bukhari, Muslim dan Tirmizi]
pemergiann beliau diratapi ribuan manusia diseluruh dunia... kita bagaimana?

tanggal 7 Ogos 2009 yang lalu, seorang lagi ulama' besar telah kembali kesisi-NYA.
kembali kepangkuan kekasihnya.. kembali dengan membawa seribu jasa dan kebaikan.
Beliau ulama' al-Quran yang tersohor di bumi Syam.
Beliau,
Sheikh Abul Hasan Muhyiddin bin Hasan bin Mar'i bin Hasan Agha bin Ali Al-Kurdi Ad-Dari.

...............................................................................................................

dan beberapa hari lepas, Ustaz Asri pula telah kembali menuju Tuhan Maha Kekal.
Alunan nasyid, al-quran, zikir, doa dan azan daripada beliau sering menusuk jiwa.
Siapa boleh melupakan kesyahduan alunan nasyid beliau dalam album-album Nada Murni dan Rabbani.

Inilah yang selalu kawan pasang bila tengah-tengah malam. Gemersik Sufi, sangat berbaloi untuk dimiliki.




antara lagu-lagu yang mempunyai nostalgia sendiri buat kawan


HAMBA: dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. Moga Allah menganjari mereka dengan sebanyak-banyak kebaikan dari sisiNya.

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
8:20 PM | Posted in

RAMADHAN
kau akan kembali lagi
kembali seperti Ramadhan semalam yang telah berlalu
kembali membawa seribu kegembiraan buat kami
engkaulah tetamu, pujaan hati kami
pasti akan ku sambut mu sepenuh jiwaku

Awalmu Rahmat
apalah erti wujudnya kami di dunia
andai tanpa rahmat-Mu Tuhan yang Maha Kaya
tanpa rahmat-Mu jadilah hamba seorang celaka
tanpa rahmat-Mu jadilah hamba seorang hina
kerna kami hanyalah hamba yang lemah lagi tiada upaya
kerna kerdilnya kami menumpang dihujung bumi yang Kau cipta
telah benarlah semua yang telah nyata
perihal nikmat dan azab siksa
wahai Tuhan, simpangkan kami jauh dari peritnya neraka
wahai Tuhan, nyamankanlah kami dengan senangnya syurga
temukanlah kami dengan Muhammad yang kami cinta
moga terluah segala rindu kami di dalam setiap rongga dada
moga terubat segala kasih yang setia
hanya ini rintahan hamba
kerna kau lebih tahu siapa jujur dan siapa pendusta

Pertengahanmu Pengampunan
kepada siapakah lagi kami akan mengadu
selain kepada-Mu Tuhan kami yang satu
telah kami tinggalkan sekian banyak waktu-waktu
dengan dosa dan kemungkaran yang telah lalu
hati dan jiwa kotor ini rasanya terlalu pilu
bila terkenangkan nasib diri di Masyhar Mu
hanya kurnia dan ehsan Mu yang kami pinta di situ
Ya Allah, tutupkanlah aib kami.. kami sangat malu
Ya Allah, terimalah taubat kami.. hanya pada-Mu kami merayu

Akhirmu Pelepasan Neraka
panasnya bakaran tiada akan henti
membakar diri dan jiwa setiap insani
yang sering derhaka dan mengingkari
aku sering bertanya pada diri sendiri
apakah akan ada pendinding buatku nanti?
di hari aku tidak hiraukan lagi mana kanan dan mana kiri
di saat yang tiada lagi aku kenal siapa disisi,
di waktu yang tiada kutahu siapa wanita dan siapa lelaki
Ya Allah terimalah pengaduan kami ini
apalah kiranya jika Engkau lepaskan kami
dari azab-Mu ini yang tiada terperi


Ya Allah..
Sampaikanlah kami kepada Ramadhan
Jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini
Aku berharap Ramadhan esok.. bukan seperti kemarin

Ramadhan,
aku tak pasti
tahun-tahun sebelum ini telah seringkali berlalu
tinggalkan aku dalam ingat dan lupa
aku tak mahu lalai lagi
aku tak mahu kecewa lagi

sampaikanlah kami kepadamu
temukanlalah kami dengan malam al-qadar
benarkanlah hati ini bemunajat kepada Tuhan bersama denganmu Ramadhan
mudah-mudahan dapat kami jadi hamba Tuhan yang bertaqwa

hamba,
21 Syaban 1430H, 12.16am
Serdang, Selangor Darul Ehsan

Hamba: Ya Allah, jadikanlah kami antara hamba-hambaMu yang akan melalui Ar-Raiyan

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
8:29 PM | Posted in
Doa Qunut (dengan terjemahan)

SHEIKH MISHARY RASHID AL-AFASY


save video & mp3 here

kredit to ukhti27

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
8:59 PM | Posted in
kawan telah membalikkan diri ke kampung halaman bagi mengurangkan tahap kebosanan diri yang melampau.. membazirkan masa dan bersiar-siar tanpa arah tujuan telah menjadi tabiat semulajadi kawan bilamana balik ke kampung.. dan masa kawan jalan2 kawan sungguh terkejut + bangga bile pertama kali melihatkan papantanda yang tersebut.. macam mana la kawan tak perasan TRG mempunyai nama tandas yang sebegini canggih.. kawan pun dengan perasaan ingin tahu yg mendesak, tanpa segan dan malu terasa ingin mengetehnya.

pelbagai persoalan bermain dipikiran kawan...
Apakah yang sangat eksklusif??
Adakah tak perlu flush selepas menggunakannya??
Adakah kawan akan merasai suasana 4 musim didalamnya??
Adakah kawan akan diarak dengan paluan kompang bila memasukinya??
Apakah akan ada layanan VVIP di dalamnya buat kawan??

berbekal duit 50 sen yang masih berbaki.. kawan pun memberanikan diri memasukinya..

dengan hati yang berdebar-debar, kaki kiri kawan mula melangkah masuk kedalamnya..

Rupa-rupanya....

Lokasi: Taman Syahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu
��
1:14 AM | Posted in

hari-hari kawan beberapa minggu lepas rasanya sangat sunyi..sepi..senyap.. Hari-hari yg berlalu rasanya sangat lama..

-SEPI 1: dgn keadaan kekasih kawan yang masih lagi tak sihat.. cukup buatkan kawan sunyi-sepi. Dialah yang paling setia dgn kawan sejak 3 tahun lepas.. Tapi sampai skrg, dh hampir 3 minggu dia xde di sisi kawan.. Tanpa dia seme keje x jadik.. tanpa dia diri rasa serba x kena.. banyak urusan x dapat nak dibereskan tanpa dia.. Dialah yang slalu menghiburkan kawan bila kawan sunyi.. Macam2 lagu dia mainkan untuk kawan.. nashid, pop, rnb malah kadang2 rock dan heavy metal jgak.. Tapi 2 mingu lepas IBU-PAPANnya rosak teruk dan perlu diganti.. dan nampaknya dia berjaya jgak untuk mengopakkan poket dan menjatuhkan status kewangan kawan.. Ohh.. ACER!!

-SENYAP 2: Selasa lepas sekolah kawan jadik senyap sunyi.. kebanyakan manusia ilang entah kemana.. Bukan stakat macam "padang jarak padang terkukur" saja, malah macam padang ragut jgak.. Semua manusia yg sedang gigih ingin menuntut ilmu diminta pulang ke kampung halaman masing2.. "kuarantin!":kata mereka yg berbaju putih dan berlambang bulan sabit merah.. Tapi kawan agak kompius, kalo kuarantin kenapa boleh balik?? Ape-ape pun kawan harap sangat2 supaya sekolah kawan dan negara kawan diselamatkan daripada pandemik ini.. Moga Allah selamatkan kita semua daripadanya... Nyah segera engkau H1N1!!

SUNYI 3: member kawan udah berpindah-randah ke Terengganu.. jadinya kawan duk sorang la skrg.. member kawan nie mmg mantap.. Jauh jika nak dibandingkan dengan dgn kawan. Akhirnya cita2 beliau utk menjadi manusia yg suka berSYARAH..akhirnya terlaksana.. Harapnya beliau dapat MEMANUSIAKAN MANUSIA di sana nanti. Selamat berSYARAH dan menjadi papa ABBE!!

SENYAP SUNYI 4: s.k.................. hanya DIA yg tahu betapa kawan......

HAMBA: penantian suatu penyiksaan
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
��
1:27 AM | Posted in
i am a man,
sometimes logical,
often not,
frequently sentimental
although occasionally
too intellectual.

i am a sensitive being
who is always merciless,
a debater
who is silent
by my own reasoning.
i am a chooser
who accepts all,
at times.

im bundled
into contradictions
that give life
and kills.

i am a man
living in the in-between world

from:
Muhammad Haji Salleh
THE TRAVEL JOURNALS OF SI TENGGANG II (pg. 38)
DBP, 1979

HAMBA: im just a man.. not IRON MAN!
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
��
6:57 PM | Posted in
سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda [kebesaran] Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [al-Isra': 1]

Terlalu banyak rahsia-pengajaran daripada peristiwa Isra dan Mikraj yg dilalui oleh Nabi Muhammad yg kita cintai.... salah satunya adalah mengenai kefardhuan SOLAT.

Daripada Abdullah ibn Amru berkata, pada suatu hari, Nabi SAW menyebut tentang solat dengan sabdanya: "Sesiapa yang memelihara solat maka baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, maka tiada baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan. Pada hari kiamat, dia akan bersama Qarun, Firaun, Haaman dan Ubai ibn Khalaf". (riwayat al Tabrani dan Ibnu Hibban)

Sabda Rasulullah SAW: "Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain". (al Tabrani).

Wahai kaum Muslimin! Bertakwalah kalian kepada Allah dan peliharalah solat serta tunaikanlah kerana Allah pada waktunya dengan khusyuk.

Berhati-hatilah kalian agar harta, keluarga, perniagaan, kemegahan, takhta dan pemerintahan tidak menyibukkan dan melalaikan kalian dari menunaikan solat.

Tingkatkan kualiti Solat kita..

Sholat Khusyu Itu Mudah



hamba: wahai orang2 yg beriman, mintalah pertolongan dengan sabar dan solat.. sesungguhnya Allah beserta orang2 yg sabar [al-Baqarah: 153] JOM SOLAT!

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~

Category:
��
9:31 AM | Posted in
sapa yg tak kenal pontianak ni??


Dalam pada kita dok riso2 pasal selsema ba.alif.ba.ya (influenza A) skrg nie.. ramai org terlupa pasal satu penyakit berjangkit (communicable disease) yang tengah berhantu dan mengila H1N1 sekarang.. terutamanya di Selangor nie.. DENGGI!

memandangkan kawan pernah blajar dulu pasal aedes dan denggi ini dulu.. maka kawan nak kongsi sikit mana2 yg kawan masih ingat..

bukan apa.. belom sampai sebulan pun kawan dengar sorang staf kat tempat keje kawan meninggal pasal denggi (denggi berdarah) nie.. Isnin lepas, boss kawan pulak masuk spital Putrajaya, x kluar2 lagik... jugak sebab DENGGI! Kesian boss kawan, time pegi melawat petang td platlet dia= 20!!

Sedikit fakta yg mungkin korang semua dh tau @ x tau:
  • hanya nyamuk Aedes betine je yg gigit manusia.. yg jantan seme baik2 ati

  • kitar hidup Aedes [dari telur kpd dewasa = 1 minggu]

  • 12,562 kes denggi (bg Selangor shj!!) - dari 1 Jan -27 Jun 09

  • berbeza dgn spesis lain yg gigit, bertelur dan mati,.... Aedes boleh gigit seseorang bergilir-gilir dalam masa yg singkat.

  • AKTIF pada waktu pagi [5am - 7am] dan senja [6pm -8pm]... kesilapan banyak orang, pasang ubat nyamuk time nak tidur atau lewat malam je.. aedes xde masa tu!! kalo nak pasang ubat nyamuk, pasang dari petang lagik.

  • ada 4 jenis virus denggi yg berbeza... dan xde lagi vaksin khusus utk lawan virus nie.

  • aedes dewasa yang bertelur akan turunkan virusnya kepada bakanya.. (tanpa perlu gigit orang yg ada denggi)

  • kalo korang kena denggi.. kawan cadangkan makan sup ketam nipah dan minum 100plus banyak2.. dikatakan mujarab utk naikan platlet dan ganti elektrolit yg ilang.

  • virus denggi akan menyebabkan paras platlet (platlet; bahan dalam darah yg bantu dlm proses pembekuan darah) dalam darah kita jatuh secara mendadak.. menyebab berlakunya pendarahan tak berenti-renti dlm badan.. dan akhirnya boleh bawak kpd MATI!!

  • langkah yg terbaik setakat ini adalah : CEGAH Aedes dari beranak pinak dan piknik kat sekitar umah korang

Tanda2 yg korang mungkin kena Denggi

  • Demam kuat mengejut dan berterusan
  • Ruam

  • Sakit tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala

  • Hilang selera makan

  • Muntah-muntah

  • Sakit Perut

  • Pendarahan kt badan, hidung dan mulut

Kalo badan rasa lain macam tu.. cepat2 la pegi check kat spital.. Peratikanlah anak-anak kecik korang, adik-adik korang... ishh.. kesian sangat2 kalo budok-budok kecik ni kena demam denggi.

HAMBA: patut la orang tua2 dulu, suruh jgn main-main2 kat luar-masuk rumah-tutup tingkap2- time maghrib. Sbb aedes bermaharajalela time tu.

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
��
9:22 PM | Posted in
1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Tahukah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Tahukah anda, sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

sumber: sapa ntah foward emel kt aku..
HAMBA:... senyumlah sikit... :)

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
��