7:25 PM | Posted in






PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' KUMPULAN KE-22 BANDAR BARU BANGI SESSI 2009/2010.

Sila baca syarat-syarat permohonan di sini
Muat turun borang pernohonan di sini

Tarikh tutup permohonan: 14 November 2009
Tarikh temuduga: akan ditentukan kemudian.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan pada pejabat Darussyifa.
Tel:03-89250443 ; Emel:alsyifa@streamyx.com dan laman web Darussyifa'

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
Links to this post
1:05 AM | Posted in ,
Wanita dituduh menjual produk tidak cukup protein

DUNGUN: Seorang pembungkus belacan dijatuhkan hukuman denda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menjual belacan yang tidak cukup kandungan protein seperti yang tertera pada label produk itu, April lalu. Rahani Ali, 56, dari Kampung Kuala Setiu Fikri, Bandar Permaisuri yang membungkus belacan menggunakan label Belacan Cap Udang dituduh menjual tiga bungkus belacan di premis perniagaan Kedai Runcit Aminah Mamat beralamat 780, Jalan UiTM, Kampung Sura Hujung, di sini, jam 11.25 pagi pada 7 April lalu... (berita selanjutnya)

Tuanku Mizan Dukacita Bumbung Stadium Runtuh

KUALA TERENGGANU, 6 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sedih dan dukacita dengan insiden runtuhan sebahagian bumbung stadium yang dinamakan sempena nama Baginda di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dekat sini, Selasa lepas.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata Tuanku Mizan melahirkan perasaan itu ketika beliau menyampaikan sembah maklum berhubung tragedi tersebut kepada Baginda pada hari kejadian. (berita selanjutnya)

Apakah persamaan dan perbezaan diantara dua kejadian di atas?

Persamaan:
- kedua-duanya berlaku di negeri tanah lahirku Terengganu Darul Iman

Perbezaan:
1) Harga sebungkus belacan Makcik Rahani adalah RM 2.50... manakala harga bagi seketul sebuah stadium Terengganu adalah sekitar rm 300 juta (RM 300,000,000.00)

2) Makcik Rahani disaman setelah sudah membungkus dan menjual belacan selama lebih lima tahun dengan jayanya... manakala stadium mega itu berjaya menyembah bumi hanya kurang sampai setahun dibina.

3) Kandungan protein yang kurang dalam belacan tidak akan mendatangkan masalah kesihatan kepada anda kerana terdapat banyak lagi sumber protein yang anda makan sehari-hari... manakala struktur stadium yang tidak mengikut spesifikasi, memungkinkan kepala dan tubuh anda pecah bederai-hancur berkecai umpama tembikai busuk sekiranya anda kebetulan berada didalamnya.

4) Makcik telah pun dijatuhkan hukuman saman di atas kandungan protein yang kurang... manakala pembuat stadium dan kroni2 yang kaya raya tidak dikenakan apa-apa tindakan lagi.. masih senyap seribu bahasa.

5) Makcik Rahani memaklumkan bahawa dia tidak tahu kekurangan protein merupakan satu kesalahan, dan mungkin juga dia tidak tahu apakah itu PROTEIN!... manakala pakar-pakar pembinaan yang kononnya dari oversea telah berjaya meruntuhkan stadium dalam jangka masa yang amat mengagungkan.

6) Tiada runguttan yang diterima sebelum ini kerana masalah kekurangan protein (kerana belacan dimakan bukan kerana proteinnya!).. manakala stadium runtuh itu telah cukup membuat rakyat jelata mual-mual, muntah-muntah dan menyampah yang amat.

7) Tiada kroni-kroni yang bersekongkol dengan Makcik Rahani dalam menjayakan konspirasi 'belacan kurang protein'... manakala bagi kroni-kroni stadium..... "eh.. mana ada kroni? pandai-pandai kamu ni reka cerita!" I buat stadium jujur dan ikhlas kamu tau...!!"

8) Makcik Rahani menamakan belacan itu dengan nama yang standard saja 'Belacan Cap Udang'... manakala stadium dinamakan dengan nama 'Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin" yang merupakan Sultan negeri Terengganu dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong negara Malaysia!

9) Makcik membungkus belacan dengan niat untuk mencari rezeki untuk keluarganya dan tidak pernah berbangga-bangga... manakala stadium dibina dengan motto yang amat membanggakan dan membangkitkan semangat pada papan tanda pembinaannya, seperti: "stadium TERcanggih", "stadium TERmoden" dan "Satu lagi Projek Kerajaan BA***#N NA%$%#*L".

10) Makcik Rahani menggunakan wang modalnya sendiri untuk membungkus belacan... manakala stadium itu dibina dengan wang dari setiap titik peluh rakyat marhein semua. Mungkin juga wang dari jualan belacan Makcik Rahani sendiri!!

11) Belacan sangat sedap bila ditumbuk bersama cili merah, cilipadi dan perahan asam limau... manakala bagi stadium terengganu, ianya sudah siap menjadi 'pekasam tanpa ikan' sekarang. Mahu saja kawan cili-cilikan mereka semua.

Fakta: Anda boleh membeli sebanyak 120,000,000.00 (120 juta) bungkus belacan dengan menggunakan duit sebanyak RM 300 juta.

Hamba: kenapa hanya anak udang jeragau sahaja yang tertangkap? mana perginya 'bapak jerung dan paus? sudah pupus? mungkinkah?

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category: ,
��
Links to this post
6:07 PM | Posted in
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

...............
Sungguh indah pintu dipahat
Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat
Taat selalu perintah Tuhan

Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke akhirat juga akan sudahnya

Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan Tuhan
Tiada siapa dapat menduga

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

Dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan
Kita hidup takkan lama
Jangan lupa siapkan bekalan

Kemuning di dalam semak
Jatuh melayang ke dalam paya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya?

Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat

sumber: penyair

Pantun-pantun di atas adalah bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan yang jatuh pada bulan Oktober setiap tahun. Sungguh, bahasa Melayu adalah antara bahasa sangat unik dan tinggi nilainya. Lihat saja pada syair, sajak, pantun dan puisi yang pernah kita dengar. Puisi-puisi melayu lama (klasik) terutamanya, sarat dengan pengajaran, jenaka, nasihat dan kasih sayang. Pengguna bait-bait kata yang tersusun dan indah sungguh mengasyikkan.. perhatikanlah puisi Gurindam Jiwa yang terkenal itu.

bagi mereka yang terlalu mendewakan bahasa penjajah, ini serangkap pantun buat kalian:

Ditiup angin bunga semalu
Kuncup daun bila berlaga
Bercakap Melayu kononnya malu
Belacan setongkol dibedal juga

HAMBA: akan cuba sedaya upaya menggunakan bahasa Melayu yang benar-benar Melayu di sini.. BAHASA JIWA BANGSA
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
Links to this post
9:43 PM | Posted in
cuba anda bayangkan...
anda memesan sekeping roti telur pada seorang mamak penebar roti canai.. beliau pun terus mengambil sebiji doh roti dan ditekan-tekan dengan sepenuh kekuatan dan kesenian... doh itu seterusnya ditebar dengan penuh bergaya.. kemudian sebiji telur diambil dan dipecahkan menggunakan tangan kanannya.. campuran itu kemudiaannya digoreng ranggup sehingga membangkitkan aroma yang mengasyikkan.. kemudian roti yang panas itu dicarik-carik menjadi bahagian-bahagian yang kecil supaya mudah dijamah oleh mulut.. bahagian atas roti itu seterusnya dicurah dengan kuah dal dan kuah kari (banjir).. dan bayangkan juga roti yang panas-panas itu dimasukkan ke dalam mulut dan perut yang sudah satu hari tak menjamah sebijik makanan pun.. nikmat bukan??

OPSSS.. NANTI DULU!!
kita rewind kejap..perasan tak telur yang mamak tu guna.. BASUH atau TAK?

menurut pemerhatian kawan, kebanyakan penebar roti canai (bukan semua!) akan terus gunakan telur daripada bekas telur. Kemungkinan besar TELUR TIDAK DIBASUH! maka... akan melekatlah segala jenis najis @ taik seekor ayam betina.. ditelapak penebar roti itu..

info: pengeluar telur biasanya tidak akan membersihkan telur yang ingin dijual dengan air.. bertujuan untuk meningkatkan jangka hayat telur tersebut.. cuba lah periksa telur yang anda beli hari ini... pasti ada tahi dan kotoran yang terlekat bukan?

cuba anda bayangkan sekali lagi...
mamak itu memecahkan telur yang tidak dibasuh dengan tangan kanannya.. telur itu CONFIRM diselaputi oleh tahi @ taik... kemudian dengan tangan yang sama, beliau mengacau-gacau doh roti anda.. maka sebatilah tahi ayam dengan roti anda itu.. kemudian roti itu digoreng ranggup dan panas.. maka siaplah roti telur (tahi) ayam anda dengan warna emas kekuningan.. kemudian anda memasukkan ke dalam mulut dan menikmatinya dengan penuh selera!! erkk!!
kalau anda makan sebiji roti telur sehari, maka anda juga telah makan tahi setiap hari!! dan bayangkan berapa orangkah sebelum anda yang telah memesan roti telur seperti anda..
itu belum masuk makanan lain, murtabak telur, roti John dll..

Ingatlah.. kita adalah apa yang kita makan!! Ingatlah Allah menyuruh kita memakan makanan yang bukan sahaja halal.. malah mesti baik.. tidaklah tumbuh daging dari makanan haram (haram makan najis), kecuali neraka lebih utama baginya..

Ingatlah...
makanan yang haram itu membawa penyakit
makanan yang haram itu mengelapkan hati
makanan yang haram itu membentuk jiwa keji dan hewani
makanan yang haram itu mensia-siakan doa dan ibadat
makanan yang haram itu mengundang neraka Allah

entry kali ini bukan untuk mengajak anda memboikot pembuat roti canai@telur seMalaysia.. tak salah makan roti telur..makanlah... tapi pergilah kepada kedai yang yang benar-benar anda percayai kebersihan dan kesuciaannya.. dan sebagai pengguna anda BERHAK bertanya samada telur yang diguna telah dibasuh atau tidak!

kalo sebut pasal telur.. mesti kawan teringatkan diorang ni.. antara animasi terawal malaysia

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." (Al-Baqarah: 168)

HAMBA: dalam sedar-tak sedar dah lebih setahun kawan tak makan roti telur...

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
Links to this post
11:30 PM | Posted in


GEMPA BESAR di Sumatera
TSUNAMI GANAS di Samoa
TAUFAN KENCANG di Vietnam dan Filipina


Ya Allah,
lindungilah kami dan saudara-saudara kami
peliharakanlah jua negeri-negeri kami
selamatkan kami dari ujian Mu yang maha besar ini
Sungguh! ia tiada tertanggung bagi kami..

Ya Allah,
kami tahu, kami banyak derhaka kepada Engkau
kami tahu, kami selalu curang kepada Engkau
jangan Engkau murka atas kami ini wahai Tuhan
berikanlah kami kesempatan untuk bertaubat dan menginsafi diri

HAMBA: Wahai Allah, Selamatkanlah saudara-saudara kami yang ditimpa musibah ini... berikanlah mereka kekuatan untuk terus berdiri dan berlari.. dan redha atas ujian dan cubaan Mu ini.

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
Links to this post
2:12 AM | Posted in
lidah kelu
jari kaku

mulut terkunci
gelisah hati

diri resah
bagai dimamah

kerna malu
bodohnya aku!

niat ikhlas.....
bisakah berbalas?

HAMBA: hanya nota-nota kosong yang mampu kutitipkan. Ya Allah... kuatkan aku!

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
��
Links to this post