8:02 PM | Posted in
Ahh... betapa hati aku rasa sangat terkilan dengan media-media arus perdana di Malaysia sekarang. Aku malas nak ulas lebih-lebih, korang tengoklah sendiri. Cubalah tengok Utusan, intailah Buletin Utama TV3. Lebih-lebih lagi musim pilihan raya kecil PPP nie. Medianya sangat berat sebelah! Berita yang kecil, apabila melibatkan parti pembangkang akan diheboh-hebohkan. seolah inilah benda yang paling besar. Malah kalo ada pekara yang benar pun akan dikatakan salah.. tapi yang menghairankan aku, kesalahan yang dilakukan oleh pihak2 BN (baca: Be End). walau sebesar mana sekalipun, langsung tak disiarkan...

Inilah yang berlaku sekiranya media-media kita masih lagi dicengkam oleh kuku-kuku politik. Dimana KEBEBASAN MEDIA yang di war-war kan? Teringat masa belajar teori komunikasi di UPM suatu masa dulu. Memang telah lama disedari, bahawa banyak tangan-tangan jahat yang telah mengotori dunia media arus perdana sekarang. Dan betapa ampuhnya instrumen media dalam mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku individu.

Pesanan buat orang media: Rakyat TIDAK BODOH!! rakyat zaman sekarang (baca: Gen 2, bkn kreta) tidak hanya menelan apa yang disuap kepada mereka. Mereka tahu menilai sesuatu bahan berita itu. Samaada buruk atau tak elok.. Buktinya? Lihat sahaja PRU 12 yang lepas. Masihkan kau ingat, betapa jahatnya media perdana kita meracuni fikiran-fikiran pengundi Malaysia. Tanpa sedikit pun memberi ruang kepada PR (BA) memberi penjelasan. Tapi, rakyat tetap juga memilih yang haq. Lihat sahaja di Kelantan yang dimomokan di media bakal ditawan BN, akhirnya kerajaan pimpinan Tok Guru juga yang menang besar (diluar jangkaan). Bahkan lebih memalukan, 4 negeri lain berjaya ditawan pembangkang! Termasuk menyapu bersih parlimen2 WP K. Lumpur. Mereka mungkin tak serik atau perasan.

Kita semua menunggu ombak kedua tsunami negara ini yang akan terus menenggelamkan semua mereka. Kerna kita semua tahu ombak kedua tsunami adalah lebih bahaya/besar daripada ombak yang pertama.

HAMBA: Berwaspadalah kamu orang media, setiap patah perkataan, huruf dan apa sahaja yang kamu sampaikan. Sungguh! Kamu semua akan ditanyai tentang semua itu kelak. Berwaspadalah kamu. Celakalah bagi orang yang tidak mahu mengikut apa yang ALLAH perintahkan.. Sedangkan DIA-lah yang telah menjadikan dan mengajar kita sekalian.
Category:
��
Links to this post