8:55 AM | Posted in

Sekarang.. sudah masuk minggu2 terakhir.. 13hb Disember rasanya sangat dekat.. tarikh keramat ini tamatlah kami secara rasmi sebagai pelajar.. dan kami bakal diijazahkan... Hampir setahun, Tg menyampaikan ilmu dan pengajaran kepada kami..saban minggu... hari2 yg berlalu rasanya terlalu pantas...

Tapi amanat2 terakhir Tg pada Isnin lepas adalah antara kemuncak buat kami semua.. kelas yg terakhir bersama Tg.
Tiada apa yang menjadi kepuasan dan kelegaan hati kami... bila Tg menyatakan dia girang dan bahagia dengan prestasi kami semua... selama beliau berkongsi ilmu dgn kami.. Itulah kepuasan dan kesukaan setiap pelajar.. yg diharap dari gurunya..

InsyaAllah, setiap ilmu yg dituntut akan dipergunakan sebaiknya..
Category:
��
Links to this post
7:21 PM | Posted in
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup.

Sebelum anda mengeluh kecewa kerna tidak punya apa-apa,
INGATLAH!!.. ada punya ALLAH swt.. yang sentiasa menjaga, melindungi, merahmati dan sentiasa mengasihi anda!
(kredit: IANZ, Singapore)
HAMBA: YA ALLAH, jadikanlah aku sebagai seorang hambaMU yang tahu bersyukur... dan tidak kufur dengan nikmatMU..
Category:
��
Links to this post