11:24 AM | Posted in

klik disini utk ke web DARUSSYIFA'



Hmm...
Minggu nie dah masuk hampir lima bulan aku belajar pengubatan ISLAM kat
Darussyifa' (bangi)... Sekejap je rasenye..... Ya ALLAH, aku bertuah sangat dpt belajar kat sana... sebelum nie dah banyak kali aku cuba nak join... start daripada undergrade lagi....macam-macam halangan yang ada sebelum nie.... x sempat nak pegi interview la... terlewat antar borang la... Terima kasih la kepada sahabat-sahabat yang ingatkan aku kali nie... member-member lain ramai yang dah ijazah.. Ajil, Pisang, Akram, Raja dll...


~TG PROF DATO' DR HARUN DIN~
Aku rase bertuah sangat dapat belajar kat sini....
Honestly.. aku bangga sangat sebab berpeluang jd anak murid TG PROF DATO' DR HARUN DIN.. Ulama' besar... MashaALLAH... setiap tutur kata dia masa kelas kitaorang tak rase jemu...Penyampaian TG sangat menarik.. sekejap je rase dah habis kelas...TG pandai menyelitkan unsur-unsur yg kelako time kelas..(nak elak kitaorg drp mengantuk...) dan juga cerite-cerite pengalaman dia merawat (pelbagai glongan manusia drp raja sampai org biasa)... Kadang-kadang Tg jgak gunakan medical term dalam nak jelaskan sesuatu dalam rawatan... jelas kedalaman ilmunya... bagi aku.. seorang student dalm bidang health sciences.. apa yang disampaikan TG tak bercangah dengan kaedah perubatan moden... TG jgk tak pernah campurkan politik kepartian semasa kelas-kelas(walaupun dia boleh nak buatbegitu..memandangkan dia Timb. Mursyidul AM PAS)...time paling best adalah masa akhir kelas... semua anak murid berebut nak cium tangan TG... rase lega sangat bila dapat cium tangan TG.. dulu aku dapat tengok TG dalam TV ngan time ceramah je....

~Darussyifa'~
Sebelum aku masuk belajar.. aku ingat darussyifa' just nak belajar pasal makhluk-makhluk halus.. atau yang rasuk-rasuk (macam kata seorang sahabat.. sori boss!! ;) ). tapi aku silap....memang silap.. Sini kitaorang belajar untuk penyakit yang fizikal dan juga penyakit yang disebabkan makhluk halus... Tau tak..masa awal2 kelas dulu kitaorang diajar pasal HUMAN ANATOMY AND PHYSIOLOGY!!! bkn nye... psal JIN-JIN.. Kita orang juga belajar pasal First Aid dan fungsi-fungsi(khasiat) tumbuhan herba dalam merawat penyakit...TG ajar kombinasi bahan dan doa dalam penyembuhan penyakit..Untuk penyakit yang fizikal kita orang belajar banyak penyakit macam darah tinggi, batu karang, kanser, buasir, diabetis, bisa, deman panas, campak, dan macam-macam lagik(rujuk buku rawatan)...

Kelas disini jugak telah tambahkan keyakinan aku yang apa yang ALLAH katakan dalam quran adalah Maha benar... Banyak hadis-hadis nabi yang berkaitan dengan pengubatan penyakit.. kalo sebelum nie aku just baca hadis tanpa tak tahu dengan makna dengan mendalam...rupanya Rasul-NYA telah berikan contoh yang banyak dalam bidang pengubatan nie.. Tinggal kita nak aplikasi dan kajian... Rupe-rupanya inilah sebab kenapa Ibnu Sina dan ramai lagi tokoh-tokoh perubatan Islam ini sangat berjaya... sehingga masyarakat barat dulu pun belajar daripada mereka..

INFO Darussyifa':
#Ada cawangan seluruh Malaysia (Pusat=Bangi)
#Tidak kenakan sebarang bayaran... hulurkanlah seikhlas hati anda
#Beroperasi setiap hari.
#Penasihat/penaug: PROF DR DATO' HARUN DIN.

Kata-kata TG: "KESEMBUHAN HANYA DARIPADA ALLAH..TIADA YANG BOLEH MENYEMBUHKAN MELAINKAN DIA... apa yang perawat lakukan hanyalah berIKHTIAR..."


Teringat kata-kata ust shamsul yang suruh cari guru mursyid....

YA ALLAH, terima kasih kerana temukan aku dengan GURU yang MURSYID....
Category:
��
Links to this post
11:12 PM | Posted in

*************************************************
Ingin Muntah
============
Pesakit : "Doktor... setiap kali saya menghadap cermin..
saya akan diserang mual-mual dan ingin muntah!"
Doktor : "Hmm... itu bererti.. mata anda masih sihat."
*************************************************
Restoren
===================
Seorang pemuda membawa aweknya ke sebuah restoran
Italia yang sangat terkenal. Dia sendiri pun
belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil
hati aweknya.. dia memberanikan diri untuk
makan di restoran itu...
Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang
disajikan.. si lelaki mengambil menu...
Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Italia..
dia memilih sembarangan...
"Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci
untuk 2 orang" kata lelaki tadi..
"Maaf.. encik" jawab waiter
"Itu nama pemilik restoran ini!"
***************************************************
Harimau
===================
Suatu hari Atan dan Mael pegi memburu di dalam hutan. Malangnya
sebelum dapat habuan, Mael d terkam Pak Belang. Atan yang terkenal
dengan perangai kelam kabutnya terus lari lintang-pukang, pegi balai polis.

Atan: ss.. selamat pagi tuan..
Polis: Selamat Pagi kenapa sampai tercungap-cungap nie?
Atan: sssa.ssaaa...saya nak buat report tuan..
Polis: Report pasal apa tu??
Atan: Pasal kawan saya dibaham harimau.
Polis: Ha! dibaham harimau?? Pukol brape?
Atan: tak! Dia tak dipukol, dia diterkam.
Polis: Habis??
Atan: Tak habis, tinggal kepala.
��
Links to this post
12:32 AM | Posted in

Photobucket

Category:
��
Links to this post
1:09 PM | Posted in

doa_large

Category:
��
Links to this post
12:39 PM | Posted in ,

Malam nie aku dok layan lagu-lagu nashid drp Hijjaz...Kumpulan yg paling aku minat= Hijjaz...
Banyak lagu diorang ada msj yg bagus2.. .tak terlalu cinta-cintun macam sesetengah kumpulan nashid sekarang....
tengah-tengah aku dok layan lagu2 nie... aku terdengar lagu “debu-debu dosa”....
Aku ulang lagu tu 3-4 kali... aku hayati betul2 lirik dia...Astafirulah.......aku rasa liriknya kena pada batang idung aku sendiri....
Banyak betul dosa aku... macam mana la kalo ALLAH tak ampunkan....
Kadang-kadang aku buat jgak benda yang aku tau salah...
ALLAH kuatkanlh hatiku... agar aku sentiasa mengharapkan engkau lebih daripada yag lain...

Ke arah mana halanya Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya
Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa
Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati
Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati
Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

Album: DAMAI Artist: hijjaz

Photobucket

Oh ye... korang suka kumpulan nasyhid apa???
��
Links to this post
1:14 PM | Posted in
DOA BUAT SAHABAT

‏أَسْتَوْدِعُ ‏ ‏اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ
“Serahkanlah agamamu, amanahmu, penamat amalanmu kepada Allah”

Sohih (Sohih At-Tirmizi 3/155)


زَوَّدَكَ اللهُ التَقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الخَيْر حَيْثُمَا كُنْتَ
“Semoga Allah menambah kepadamu ketaqwaan dan mengampunkan dosa kamu dan memudahkan kepadamu kebaikan di mana sahaja kamu berada”

Sohih (Sohih At-Tirmizi 3/156)

*~Semoga ALLAH menjaga-mu...dimana sja kau berada..~*
*~Semoga sentiasa dlm rahmat dan kasih-sayang ALLAH ..~*
BOSS!!!
��
12:54 PM | Posted in

Siapa yang menjadikan malam.... di mana peginya siang???

��
9:25 AM | Posted in ,
saya sarankan sapa2 saje untuk menonton video yang dihasilkan oleh Baba Ali...
very informative...He's so funny....
sini saya attach beberapa video koleksi beliau..


Untuk video lain... sila search di Youtube okeh!!! (click here!)


Category: ,
��
Links to this post
2:50 AM | Posted in
Nak dengar or baca quran secara online???






Nak baca Quran guna ebook/flash???

Category:
��
Links to this post