9:26 PM | Posted in
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣) تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤) سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ (٥

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.(3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam itu hingga terbit fajar!(5)

Lailatul Qadr adalah anugerah Allah kepada kita semua hamba-NYA.

Kelebihan Malam al-Qadr:
1) Malam inilah turunnya al-Quranul Karim
2) Dicatatkan ketetapan bagi hidup, mati, sihat, sakit, rezeki, senang, susah, gembira dan segala hal yang berkaitan dengan qadar manusia bagi tahun itu
3) Amal di malam ini adalah LEBIH baik daripada amal 1000 bulan
4) Turunnya Malaikat dan Ruh (Jibrail a.s)
5) Malam yang sejahtera
6) Diampunkan dosanya yang terdahulu

Mencari Malam al-Qadr:
Ada pelbagai pendapat ulama dalam menentukan lailatul qadar. Jumhur ulama tidak menentukan dengan malam tertentu, tetapi menyatakan bahawa ianya adalah pada salah-satu malam dari 10 malam yang terakhir dan pada yang ganjil adalah lebih diharapkan. [bersandarkan riwayat oleh Sayyidatina Aisyah r.anha bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Carilah lailatul qadr pada 10 terakhir dari bulan Ramadhan" (H.R: asy-Syaikhan, Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)]

Terdapat banyak juga ulama yang menetapkannya dengan malam tertentu dalam setiap tahun iaitu malam ke-27 Ramadhan (Malam Tujuh Likur).
[bersandarkan riwayat oleh Sayyidina Umar r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang hendak mencarinya,maka carilah ia pada malam ke - 27" (H.R: Imam Ahmad)]

Kalangan ulama tasauf ada formula dalam penentuan malam al-qadar. Sebahagian ulama termasuklah Imam al-Ghazali menyatakan, diketahui malam tersebut melalui hari pertama bulan Ramadhan.

Wahai yang bertanya
Tentang lailatul qadar bila ada ia
10 terakhir Ramadhan tempatnya dia
Pada yang gasal diharap adanya
Diketahui ia dengan hari Ramadhan bermula
Jika Ahad dan Rabu mula ia, malam ke-29 itulah dia
Jumaat dan Selasa, ke-27 jadi ia
Khamis mula, ke-25 pula
Jika Sabtu hari pertama, ke-23 malam utama
Jika Isnin pula, malam ke-21 jangan lupa
Inilah kaedah dinaqal ia
Dari kalangan ahli sufi zuhud tak cinta dunia

Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya sekadar pendapat dan bukanlah suatu ketetapan hukum. Terpulanglah kepada siapa-siapa yang mahu mengikut atau tidak, terpulanglah. Apa penting adalah untuk kita menghidupkan setiap malam-malam Ramadhan dengan keimanan dan keikhlasan. InsyaAllah.

HAMBA: Mari bersama meningkatkan amal... Beramalah sungguh-sungguh kerana ALLAH... bukan kerana Lailatul Qadr!
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��

Comments

2 responses to "MALAM AL-QADAR"

  1. razifembi On September 14, 2009 at 9:40 AM

    Moga-moga dipermudahkan hendaknya ...

    Thankds for that info ...

     
  2. hamba On September 15, 2009 at 10:11 AM

    insyaAllah... sama2 kita berdoa dan berusaha...

    u'r welcome... ('_^)