Showing posts with label politikus. Show all posts
Showing posts with label politikus. Show all posts
12:59 AM | Posted in

Suasana politik sekarang sangat hina, kotor dan jijik sekali...

tidak hanya 'mereka'... tapi juga 'kita'!

Terkadang yang salah kita tegakkan..
Terkadang yang benar kita injakkan..   untuk harga sebuah undi dan majoriti.

kita kata..
yang benar hanya kita
yang salah tentunya mereka  
mengapa mudah besar diri?  apa sebenarnya yang kita cari?

dimanakah.. teman karib?
atas nama kuasa.. kau korbankan segalanya
tiada lagi kasih sayang dan hormat setia
hanya bila temanmu jatuh.. ia bisa buat kau gembira
bukan maksudku semua... tapi ada beberapa sisa..

ini bukan salah politik...
tapi angkara tangan dan hati yang jahat itu sendiri

pesan buat semua ahli politik Malaysia.. tingkatkan prestasi anda, kurangkan politiking..

Hamba: kawan rindukan saat kita tiada punya apa-apa..

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
2:10 AM | Posted in , ,
Ingatlah Firman Allah:
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu (yang bertelengkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat
(Al-Qur’an, Al-Hujuraat 49:10).

salam... aku mulanya agak keberatan untuk menulis ini... kerana merasakan siapalah diri yg hina lagi kotor ini.. tapi 'sesuatu' cukup membuat aku ter'ganggu'..

Sedia telah maklum polemik yg sedang ghairah sekarang.. unity government (UG)..
Aku ingin menyatakan bahwa aku berlapang dada dari semua ini.. Cuma, aku rasa sangat sedih dan kecewa sikap segelintir bloggers (kickdefella, penarikbeca, adukataruna; sekadar menulis 3 nama, terdapat banyak yg lain) yang kononnya penyokong dan pendokong PAS... mereka sangat keterlaluan dalam mengkritik PIMPINAN, adakalanya sampai ketahap menghina dan merendahkan PIMPINAN dengan perkataan yang tak sanggup aku tuliskan disini.. silalah membaca komen pembaca blog mereka.. penuh dengan hasad dan kebencian.. mereka yg dibawah nampaknya... "lebih sudu dari kuah!"

Berbeza pendapat adalah pekara biasa.. tapi itu bukanlah tiket untuk mencaci maki mereka yg tak sehaluan dengan pemikiran sendiri.. Walaupun bukan kamu secara langsung berbuat demikian, tapi tindakan kamu menulis dan membiarkan/meluluskan komen-komen fitnah bertebaran di blog kamu.. SANGAT TIDAK BOLEH DITERIMA... Ingatlah bahwa kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa saja yang kamu perbuat.

Benar... PIMPINAN itu tidak maksum.. kita semua punyai kelemahan masing2.. Tapi itulah fungsi sebagai sebuah jamaah, saling melengkapi dan menyempurnakan..

Bukanlah pimpinan itu tidak boleh dikritik.. tapi JAGALAH ADAB-ADAB mu wahai pejuang dan pendokong ISLAM.. Terutamanya kepada Ulama' dan mereka yang telah lama bergelumang dalam perjuangan ini.. Adakah kamu menyangka mereka baru sehari dua dalam perjuangan?? Betapa banyak keringat yg telah mengalir demi umat ini.. Mereka LEBIH MENGENALI SIAPA KAWAN DAN LAWAN DRP KAMU! Sangat kesal, mana Adab & Akhlak yang telah ditunjukki Rasulullah & Sahabat?? di mana Akhlak kita sebagai seorang muslim dan pendakwah.? Mereka sayang akan Jamaah ini lebih daripada kamu!!

Berhak kah kamu wahai blogger, memaki & menghina PIMPINAN, andai pemimpin membuat lontaran idea yg tidak kena pada pandangan kamu. Jangan dilupai bahwa matlamat utama kita adalah REDHA ALLAH. Menang pilihan raya sahaja bukanlah penamat akhir.. Yang kita mahukan adalah kemurnian dan keelokkan buah Akhlak.. dan itulah tujuannya Rasulullah diutuskan.

Benarlah bak kata ahli hikmah: "Manusia memusuhi apa yang dia tidak tahu".

Ironinya, ramai betul yang mengambil berat pasal PAS sekarang.. baik kawan dan lawan. Maka, berhati-hatilah dengan musuh, yang sentiasa mahu menjatuhkan kita dan melaga-lagakan pimpinan & juga sesama kita.. Janganlah terpedaya dengan dakyah-dakyah media arus perdana ini..

Dengar apa pesanan dari Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man ini:

.................................................................................

Yang PATUT kamu baca:

Maaf, ini bukan artikel menyokong @ membantah sesiapa.. Bagi aku kedua-dua pendapat TG NIK AZIZ dan TG HADI AWANG adalah BENAR.. Serahkanlah isu ini kepada Majlis Syura.. Berikanlah keyakinan dan wala' kepada PIMPINAN.

HAMBA: Aku sangat sedih betapa senangnya menaburkan kata-kata FITNAH di zaman ini... di zaman kemajuan ini.. hanya dibalik ID: "anonymous"!.

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~

8:31 AM | Posted in ,
TERSANGAT pedih lukanya..
TERLAMPAU penuh kudisnya..
TERLALU banyak parutnya..

Keadilan dan kebenaran telah kau perbudakkan..
Setan durjana manakah yg merasuk mu..
Tidakkah pernah sekalipun kau pikirkan hati dan perasaan marhaen ini..

Dengan menikam dada setiap kami..
Kau anggap dirimu kesatria perwira dari langit..
Aku tahu, kau terlalu asyik dengan gilamu..
Aku dan kami semua tahu..
Bisakah kebejatan ini murni kembali...?

Hmm..
Betapa aku girang dengan khabar 'kelahiran keadilan' di syahdu petang Hari Ibu itu.. Tapi 'anak keadilan' itu, telah kau penggal jua kepalanya.. Mau ku tanya, apa dosa dia.. ??

Hamba: hanya ini yg mampu aku tulis.. moga penyaki gila H1N1 ini sembuh segera!
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
��
8:34 AM | Posted in ,
mana satu pilihan kalbu~

maaf, tiada kena mengena dengan siapa yg hidup @ yg akan mati

DEDIKASI BUAT SEMUA PENGUNDI.. SELAMAT BERPILIHAN RAYA BUAT SEMUA.. UNDI ANDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA.. PASTIKAN UNDI ANDA MEMBAWA ANDA KPD REDHA ALLAH!

pesanan hamba: dalam asyik dan ghairah.. janganlah sampai marahmu merosakkan dirimu.. jagalah adab & santun.. kita semua masih saudara dalam berbeza.

��
7:44 PM | Posted in ,
mereka bilang jangan bikin hura-hara.. tapi dia xpe..
mereka bilang tak ikut law.. tapi dia xpe..
mereka bilang ini sah..tapi seterunya x sah
mereka bilang ini x bermaruah.. tapi dia xpe..
mereka bilang ini salah.. tapi dia benar..
mereka bilang ini x salah.. tapi seterunya salah..
mereka bilang ini demokrasi.. tapi seterunya tidak..
mereka bilang ini demi kebaikan.. tapi seterunya tidak..
mereka bilang ini kehendak rakyat....????

keadaan makin serabut dan kelam kelibut... Aku dari dulu mmg tidak setuju dengan lompat melompat ini.. baik dari PR atau BN.. Mereka seolah-olah tiada prinsip perjuangan.. Dan tidak layak menjadi YB!! kalo benar-benar mereka ingin mengubah dan kembali kepada yg lebih baik.. perlu diadakan pemilihan semula... baik dari PR atau BN..
bangun dan jatuhlah dengan cara terhormat!
tidak mengapa... kiranya mereka bangga dgn perancangan mereka, tapi yakinlah perancangan ALLAH lebih hebat.. Teguhlah kita dengan Islam.. Nescaya kita selamat.. Jatuh bangun dlm perjuangan adalah lumrah! apa yg penting adalah kita perlu bangkit kembali.. Mesti ada hikmah disebalik semua ini.. tiadalah sehelai daun yg jatuh kebumi dengan sia-sia..

apa-apa pun... saki-baki kepercayaan aku pada dia sudah lenyap... habisss..!

Hamba: yg lebih kelakar... berita-berita disiarkan... sgt berputar belit.. melilit-lilit..

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
��
6:43 AM | Posted in ,
dengarlah sampai habis...

walaupun agak lambat.. rasanya belom terlewat untuk aku ucapkan TAHNIAH kepada PAS dan Pakatan Rakyat.. atas kejayaan di Terengganu. Teruskan dengan Agenda.. membawa perubahan kepada Malaysia yang tercinta ini... Demi Islam Terchenta...

Hamba: Selidiki berita-berita yg di keluarkan dalam berita... walaupun ia adalah berita, belom tentu ia berite yg betul2 berite... mungkin berita itu berita yg bukan berita.. mungkin juga berita itu adalah cerite... Jangan percaya membabi buta membuta tuli.. kita punya akal, punya maklumat, kita punya pilihan!! ini pilihan saya...saya mesti pilih.. errk.. mcm iklan ja.
��
8:02 PM | Posted in
Ahh... betapa hati aku rasa sangat terkilan dengan media-media arus perdana di Malaysia sekarang. Aku malas nak ulas lebih-lebih, korang tengoklah sendiri. Cubalah tengok Utusan, intailah Buletin Utama TV3. Lebih-lebih lagi musim pilihan raya kecil PPP nie. Medianya sangat berat sebelah! Berita yang kecil, apabila melibatkan parti pembangkang akan diheboh-hebohkan. seolah inilah benda yang paling besar. Malah kalo ada pekara yang benar pun akan dikatakan salah.. tapi yang menghairankan aku, kesalahan yang dilakukan oleh pihak2 BN (baca: Be End). walau sebesar mana sekalipun, langsung tak disiarkan...

Inilah yang berlaku sekiranya media-media kita masih lagi dicengkam oleh kuku-kuku politik. Dimana KEBEBASAN MEDIA yang di war-war kan? Teringat masa belajar teori komunikasi di UPM suatu masa dulu. Memang telah lama disedari, bahawa banyak tangan-tangan jahat yang telah mengotori dunia media arus perdana sekarang. Dan betapa ampuhnya instrumen media dalam mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku individu.

Pesanan buat orang media: Rakyat TIDAK BODOH!! rakyat zaman sekarang (baca: Gen 2, bkn kreta) tidak hanya menelan apa yang disuap kepada mereka. Mereka tahu menilai sesuatu bahan berita itu. Samaada buruk atau tak elok.. Buktinya? Lihat sahaja PRU 12 yang lepas. Masihkan kau ingat, betapa jahatnya media perdana kita meracuni fikiran-fikiran pengundi Malaysia. Tanpa sedikit pun memberi ruang kepada PR (BA) memberi penjelasan. Tapi, rakyat tetap juga memilih yang haq. Lihat sahaja di Kelantan yang dimomokan di media bakal ditawan BN, akhirnya kerajaan pimpinan Tok Guru juga yang menang besar (diluar jangkaan). Bahkan lebih memalukan, 4 negeri lain berjaya ditawan pembangkang! Termasuk menyapu bersih parlimen2 WP K. Lumpur. Mereka mungkin tak serik atau perasan.

Kita semua menunggu ombak kedua tsunami negara ini yang akan terus menenggelamkan semua mereka. Kerna kita semua tahu ombak kedua tsunami adalah lebih bahaya/besar daripada ombak yang pertama.

HAMBA: Berwaspadalah kamu orang media, setiap patah perkataan, huruf dan apa sahaja yang kamu sampaikan. Sungguh! Kamu semua akan ditanyai tentang semua itu kelak. Berwaspadalah kamu. Celakalah bagi orang yang tidak mahu mengikut apa yang ALLAH perintahkan.. Sedangkan DIA-lah yang telah menjadikan dan mengajar kita sekalian.
Category:
��
11:18 AM | Posted in
SEORANG sahabat bertanya... "woit hang ada tengok x brita td??" aku pn jwp: " brita?? dok... kenapa??

MAHATHIR kluar UMNO!!!

aku pun pg la check tgk intenet.. terkojut den!! biaq betoi.....

Adakah ini petanda kejatuhan UMNO dan BN?? dan kebangkitan Pakatan Rakyat (PR)!! Adakah UMNO sudah tidak releven?? tapi kalo dipehalusi betul2... ini bukanlah pekara baru dan mengejutkan....

FAKTA: 3 orang mantan Preiden UMNO sebelum nie pernah keluar UMNO!! (kecuali Tun razak yg meninggal sewaktu memegang jawatan)


a) Dato' Onn Jaafar (Pengasas UMNO yg kemudian menubuhkan Parti Negara)
b) Tunku Abd Rahman (Masuk Semangat 46-- sebelum itu didesak oleh team Mahathir utk ltk jwtn)
c) Tun Hussien Onn




Mari kita soroti pertelagahan antara Mahathir dgn Pak Lah:-



  • Pak Lah batalkan projek Jabatan Bengkok (juga isu pasal jual pasir dan ruang udara kepada Singapore) --- tp mahathir mempertahankan perlaksanaa Jambatan Bengkok.

  • Mahathir dakwa Pak Lah menyekat kebebasan media (drp menyiarkan kenyataan2 beliau).

  • Isu jual pasir dan ruang udara kepada Singapore.

  • Mahathir bangkitkan isu pembelian saham Khairy Jamaluddin dalam ECM LIBRA

  • Isu campurtangan KJ dalam urusan pentadbiran negara (sedangkan masa itu dia tiada jawatan dalam kerajaan)

  • Isu PROTON dan MAS yang kerugian ---

  • Isu penjualan saham Agusta (yg kerugian)

  • Isu penjualan AP

  • Mahathir kata dia tersilap pilih Pak Lah...sepatutnya pilih Najib

  • Isu video klip VK Lingam (yang membabitkan Mahathir)

  • PRU12 UMNO alami kemorosotan teruk!, Mahathir mintak Pak Lah resign jd PM --- tapi Pak Lah menegaskan bahawa dia tetap PM

  • Mukhriz mengesa Pak Lah letak jawatan dalam suratnya

  • Kabinet memohon maaf drp hakim-hakim (Tun Salleh Abbas etc.) yg dipecat Mahathir (krisis UMNO 1989)

  • Kabinet setuju utk siarkan laporan Suruhanjaya Diraja kepada umum.

  • Mahathir menyatakan dia keluar UMNO selagi Pak Lah jadik PM

Kalo sebelum PRU 12, media2 arus perdana menghentam BA dengan mengatakan tiada harapan dan BN akan menang besar.. tapi rakyat sudah matang boleh memilih mana yang terbaik! Rakyat juga sebenarnya sangat menyampah/muak dengan momokan media2 yang sangat berat sebelah!! seolah2 kerajaan adalah terlalu "suci". Tapi keputusan PRU 12 telah membuktikan sesuatu.. Pergolakkan dalaman UMNO pasca pilihanraya terus memburukkan keadaan.. Banyak pertelingkahan berlaku dikalangan pimpinan..


Keputusan DrM ini memungkinkan bertambahnya keyakinan rakyat kpd PR yang dilihat semakin kukuh.. sementara pergolakan dalaman UMNO akan semakin membarah...


akhir kalam:-Inilah yg terjadi bila seseorang tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya...


Doaku:- Ya Allah, kuatkanlah simpulan Islam dalam diriku... Sentosa dan amankanlah negeriku daripada segala fitnah dan ketakutan... Engkau rahmatilah bumi ini agar sentiasa dalam aman dan jauh dari huru-hara dan mara bahaya..


#nie just pandangan aku... maaf kalo tersilap..




قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ... (Say: He is Allah, the One!)
Category:
��