MAHATHIR kluar UMNO!!!
aku pun pg la check tgk intenet.. terkojut den!! biaq betoi.....
Adakah ini petanda kejatuhan UMNO dan BN?? dan kebangkitan Pakatan Rakyat (PR)!! Adakah UMNO sudah tidak releven?? tapi kalo dipehalusi betul2... ini bukanlah pekara baru dan mengejutkan....
FAKTA: 3 orang mantan Preiden UMNO sebelum nie pernah keluar UMNO!! (kecuali Tun razak yg meninggal sewaktu memegang jawatan)
a) Dato' Onn Jaafar (Pengasas UMNO yg kemudian menubuhkan Parti Negara)
b) Tunku Abd Rahman (Masuk Semangat 46-- sebelum itu didesak oleh team Mahathir utk ltk jwtn)
c) Tun Hussien Onn
Mari kita soroti pertelagahan antara Mahathir dgn Pak Lah:-
- Pak Lah batalkan projek Jabatan Bengkok (juga isu pasal jual pasir dan ruang udara kepada Singapore) --- tp mahathir mempertahankan perlaksanaa Jambatan Bengkok.
- Mahathir dakwa Pak Lah menyekat kebebasan media (drp menyiarkan kenyataan2 beliau).
- Isu jual pasir dan ruang udara kepada Singapore.
- Mahathir bangkitkan isu pembelian saham Khairy Jamaluddin dalam ECM LIBRA
- Isu campurtangan KJ dalam urusan pentadbiran negara (sedangkan masa itu dia tiada jawatan dalam kerajaan)
- Isu PROTON dan MAS yang kerugian ---
- Isu penjualan saham Agusta (yg kerugian)
- Isu penjualan AP
- Mahathir kata dia tersilap pilih Pak Lah...sepatutnya pilih Najib
- Isu video klip VK Lingam (yang membabitkan Mahathir)
- PRU12 UMNO alami kemorosotan teruk!, Mahathir mintak Pak Lah resign jd PM --- tapi Pak Lah menegaskan bahawa dia tetap PM
- Mukhriz mengesa Pak Lah letak jawatan dalam suratnya
- Kabinet memohon maaf drp hakim-hakim (Tun Salleh Abbas etc.) yg dipecat Mahathir (krisis UMNO 1989)
- Kabinet setuju utk siarkan laporan Suruhanjaya Diraja kepada umum.
- Mahathir menyatakan dia keluar UMNO selagi Pak Lah jadik PM
Kalo sebelum PRU 12, media2 arus perdana menghentam BA dengan mengatakan tiada harapan dan BN akan menang besar.. tapi rakyat sudah matang boleh memilih mana yang terbaik! Rakyat juga sebenarnya sangat menyampah/muak dengan momokan media2 yang sangat berat sebelah!! seolah2 kerajaan adalah terlalu "suci". Tapi keputusan PRU 12 telah membuktikan sesuatu.. Pergolakkan dalaman UMNO pasca pilihanraya terus memburukkan keadaan.. Banyak pertelingkahan berlaku dikalangan pimpinan..
Keputusan DrM ini memungkinkan bertambahnya keyakinan rakyat kpd PR yang dilihat semakin kukuh.. sementara pergolakan dalaman UMNO akan semakin membarah...
akhir kalam:-Inilah yg terjadi bila seseorang tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya...
Doaku:- Ya Allah, kuatkanlah simpulan Islam dalam diriku... Sentosa dan amankanlah negeriku daripada segala fitnah dan ketakutan... Engkau rahmatilah bumi ini agar sentiasa dalam aman dan jauh dari huru-hara dan mara bahaya..
#nie just pandangan aku... maaf kalo tersilap..
0 responses to "izinkan aku ber-poli-TIKUS"