Showing posts with label entertainment. Show all posts
Showing posts with label entertainment. Show all posts
8:05 PM | Posted in ,
tengok crite ini di you tube (1 - 12 pt). download hi-quality vid (torrent)

Sudah genap setahun filem Laskar Pelangi ditayangkan (25 september 2008)... Filem Laskar Pelangi yang diarahkan oleh Riri Riza ini merupakan karya adaptasi dari novel Laskar Pelangi yang ditulis oleh Andrea Hirata (kisah benar). Mengisahkan sekumpulan 10 kanak-kanak miskin yang bersekolah di Sekolah Dasar (SD) Muhammadiyah, Pulau Belitong, Indonesia. Di ajar dan belajar di dalam keadaan yang sangat keterbatasan..

Sangat sedih melihatkan kisah Lintang.. bilamana terpaksa tunduk kepada suatu kenyataan.. tunduk kepada kemiskinan.. tunduk kepada suatu ketetapan.. satu hakikat yang kadang menyakitkan... tapi itulah yang kenyataan dan semestinya terlalu pahit utk ditelan.. kata-kata mengharukan dari Ikal di akhir babak: orang yang selalu berusaha datang lebih pagi.. sekarang harus jadi yang pergi lebih dulu meninggalkan sekolah ini".

kerna itu kadang kala, apa yang kita ingin-ingini tak dapat kita gapai.. walau sekuat manapun usaha kita.. kerna usaha kita takkan menberi bekas tanpa izin-NYA.. dan yakinlah Allah melakukan itu bukan dengan sia-sia.. jadi bersyukurlah dulu dengan apa yg ada di tangan dan berusahalah dengan lebih gigih..

Ia juga mengajar kita agar usah terlalu asyik dengan diri sendiri dan lansung tidak cakna mereka dikeliling.. kerana sekarang, kebanyakan kita tidak lagi mempunyai rasa yang semua kita berperasaan.. kita seolah-olah menjadikan dunia ini milik mutlak kita seorang.

terima kasih wahai Tuhan, kerana mendidik aku mengenal apa itu erti 'susah' sedari aku kecil.

antara kata-kata yang menarik dalam filem ini:-
-"hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya bukan menerima sebanyak-banyaknya"
-"masa kecilku itu telah menyihir kepercayaan diriku sampai hari ini.. membuatku berani bermimpi.. berani memiliki cita-cita"


untuk filem nie kawan bagi 6/5 bintang!! cinematography yang canti dan menarik.. storyboard yang mengusik perasaan dan mengujakan.. ini antara filem Indonesia yang TERBAIK yang pernah kawan tengok... tontonlah filem ini, KAMU PASTI JATUH CINTA!

bila la lagi Malaysia nak wat filem-filem macam nie.. sungguh menyakitkan ati melihatkan filem2 Malaysia.. asyik2 filem merempit dengan motor2 kapcai.. filem hantu yg tak brapa nak seram.. filem bohsia2 yg macam #*#&#^ .. dan filem2 komedi yg tak brapa nak kelakau!!

HAMBA: sedang melangsaikan tetraloginya yang mengasyikkan!.... oh ya, OST filem ini juge baguss bangat!!! klik sini

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category: ,
��
8:47 PM | Posted in




(2 - 0)

CHAMPIONS!

Category:
��
9:05 PM | Posted in
Setelah penat Incik Michael dan rakan-rakan.. masuk keluar lokap.. masuk keluar penjara pudu, kajang.. masuk keluar 'koperasi' (baca: kompeni).. tebuk dinding sana, korek tanah sini... lepas semua yg dulu macam dah mati, tetiba je sihat walafiat.. lepas semua halangan dan cabaran yg tak masuk akal dilalui... selama 4 musim lamanya..

Akhirnya kes 'Pecah Penjara' ini sampai ke garisan penamatnya... Masing-masing dapat apa yg dicari-cari.. iaitu menjadi jadi calon BEBAS (bukan calon P.Raya). Walaupun ramai yg terluka, tercekik dan mati terkejut.. akhirnya external hard disk (baca: Syclla) dapat dibagi pada pak cik Africa yg baik hati..


Walaupun agak berbelit macam ular sawa pada musim ke 4 (musim bunga) ini... tapi aku suke je.. garapan yang mmg hebat!! mengalahkan kisah-kisah di TV suku 3.. Sangat jauh (bagai Tajikistan ke Malaysia) jika nk dibandingkan dgn 'Papaya, Rempit vs Impak Maksima' yg perasan hebat tu.. apatah lagi dgn SPA Q & Sembilu Kasih yg ntah apa2...

Cuma kalo ditanya, apa perasaan aku bagi 2 MINIT YANG TERAKHIR... Aku sendiri pun tak pasti.. gembira ada, terkejut ada, sedih ada, GERAM pun ada!

Hamba: Moralnya, janganlah sesekali persia-siakan kebebasan yg kita ada hari ini... bersyukur dan manfaatlah dlm gembira... MINTAK MAAP yee, entry kali nie agak kedunyyaan skit, skali skala xpe la kan..
Category:
��
3:28 AM | Posted in ,


~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category: ,
��
Hari ni aku nak berkongsi satu filem dengan anda semua... sebuah filem arahan dan tulisan Majid Majidi..
Filem ini berbicara mengenai tanggungjawab, kasih sayang, kegigihan dan pengorbanan seorang abang (Ali) kepada adik (Zahra) dan juga keluarganya.. Juga mengenai seorang adik yang sangat-sangat memahami... Majid Majidi telah menjadikan filem ini kelihatan 'hidup'.. paparan kisah sebenar kehidupan masyarakat.. yg bagi aku bukan hanya terdapat di Iran..malah serata dunia ini.. Sepasang sepatu/kasut bagi kita mungkin tiada apa2.. tapi bagi mereka yg tiada dan memerlukan ianya sangat BESAR!

Walaupun cerita ini hanya berkisar mengenai sepasang kasut... tetapi membawa seribu pengertian..

Part 1:


selanjutnya:-
part 2, part 3, part 4, part 5, part 6, part 7, part 8, part 9

Hati aku remuk... tak tertahan.. bilamana Zahra menangis kerana kasut sekolah abangnya yg dipakai terjatuh dan terlekat dalam longkang (kerna kasut itu terlalu besar buatnya)... juga apabila Ali bersungguh2 untuk dapat tempat ketiga dalam lumba lari... bukan pertama! kerana kasut.. buat Zahra.

Filem ini bagi aku mengungkap 2 mesejnya yang terpenting..

PENGORBANAN dan TANGUNGJAWAB!! Dua pekara yang makin hilang dalam diri kita dan masyarakat kita...

Filem ini sangat berbaloi untuk ditonton!!

HAMBA: **p/s: sila beri perhatian untuk part yang last (part 9)... kalau tidak, anda akan berasa sedikit kecewa... :) hmm. bila la agaknya Malaysia nak keluarkan filem camnie plak...

~sekadar merasa diri hamba~

9:54 AM | Posted in ,
~God is the Light~

How great the wonders of the heavens
And the timeless beauty of the night
How great – then how great the Creator?
And its stars like priceless jewels
Far beyond the reach of kings
Bow down for the shepherd guiding him home.

But how many eyes are closed
To the wonder of this night?
Like pearls, hidden, deep beneath a dark
Stream of desires.
But like dreams vanish with the call to prayer
And the dawn extinguishes night – here too are signs.
God is the Light - God is the Light

How great the beauty of the Earth and the creatures
Who dwell on her.
How great – then how great the Creator?
As its mountains pierce the clouds
High above the lives of men
Weeping rivers for thousands of years.

But how many hearts are closed
To the wonders of this sight?
Like birds in a cage, asleep with closed wings
But like work stops with the call to prayer
And the birds reside – here too are signs
God is the Light – God is the Light

How great the works of man and the things he makes
How great – then how great the Creator?
Though he strives to reach the heavens
He can barely survive
The wars of the world he lives in.

Yet, how many times he’s tried,
Himself to immortalise?
Like his parents before him in the Garden of Eden
But like the sun sets with the call to prayer
And surrenders to the night here too are signs
God is the Light Everlasting
God is the Light Everlasting
God is the Light Everlasting
God is the Light Everlasting




قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ... (Say: He is Allah, the One!)
��
11:47 AM | Posted in


nie la game yg aku main bila mata dh nak tertutup (ngantuk) tengah membaca. Boleh cuba!

Category:
��