Sudah genap setahun filem Laskar Pelangi ditayangkan (25 september 2008)... Filem Laskar Pelangi yang diarahkan oleh Riri Riza ini merupakan karya adaptasi dari novel Laskar Pelangi yang ditulis oleh Andrea Hirata (kisah benar). Mengisahkan sekumpulan 10 kanak-kanak miskin yang bersekolah di Sekolah Dasar (SD) Muhammadiyah, Pulau Belitong, Indonesia. Di ajar dan belajar di dalam keadaan yang sangat keterbatasan..
Sangat sedih melihatkan kisah Lintang.. bilamana terpaksa tunduk kepada suatu kenyataan.. tunduk kepada kemiskinan.. tunduk kepada suatu ketetapan.. satu hakikat yang kadang menyakitkan... tapi itulah yang kenyataan dan semestinya terlalu pahit utk ditelan.. kata-kata mengharukan dari Ikal di akhir babak: orang yang selalu berusaha datang lebih pagi.. sekarang harus jadi yang pergi lebih dulu meninggalkan sekolah ini".
kerna itu kadang kala, apa yang kita ingin-ingini tak dapat kita gapai.. walau sekuat manapun usaha kita.. kerna usaha kita takkan menberi bekas tanpa izin-NYA.. dan yakinlah Allah melakukan itu bukan dengan sia-sia.. jadi bersyukurlah dulu dengan apa yg ada di tangan dan berusahalah dengan lebih gigih..
Ia juga mengajar kita agar usah terlalu asyik dengan diri sendiri dan lansung tidak cakna mereka dikeliling.. kerana sekarang, kebanyakan kita tidak lagi mempunyai rasa yang semua kita berperasaan.. kita seolah-olah menjadikan dunia ini milik mutlak kita seorang.
terima kasih wahai Tuhan, kerana mendidik aku mengenal apa itu erti 'susah' sedari aku kecil.
antara kata-kata yang menarik dalam filem ini:-
-"hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya bukan menerima sebanyak-banyaknya"
-"masa kecilku itu telah menyihir kepercayaan diriku sampai hari ini.. membuatku berani bermimpi.. berani memiliki cita-cita"
untuk filem nie kawan bagi 6/5 bintang!! cinematography yang canti dan menarik.. storyboard yang mengusik perasaan dan mengujakan.. ini antara filem Indonesia yang TERBAIK yang pernah kawan tengok... tontonlah filem ini, KAMU PASTI JATUH CINTA!
bila la lagi Malaysia nak wat filem-filem macam nie.. sungguh menyakitkan ati melihatkan filem2 Malaysia.. asyik2 filem merempit dengan motor2 kapcai.. filem hantu yg tak brapa nak seram.. filem bohsia2 yg macam #*#&#^ .. dan filem2 komedi yg tak brapa nak kelakau!!
HAMBA: sedang melangsaikan tetraloginya yang mengasyikkan!.... oh ya, OST filem ini juge baguss bangat!!! klik sini
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
8 responses to "Laskar Pelangi"
lagu die best jugak!! =)
film ini dah buat air mata saya mengalir..
very good movie..
@SITI BUM BUM: ye.. lagu dia mmg best! punyai makna yg dalam...
@ Nurjahan: Iya ke... tapi ada mmg ada babak2 yg bisa saja meruntum jiwa..
@SITI BUM BUM: ye.. lagu dia mmg best! punyai makna yg dalam...
@ Nurjahan: Iya ke... tapi ada mmg ada babak2 yg bisa saja meruntum jiwa..
saya dah tonton lebih 5 kali, mula menangis setiap kali lihat Harun berlari ke sekolah ;)
hamba ikut tak FB fan page filem Sang Pemimpi. Aihhh tak sabar pulak nak tunggu, tapi 17/12 baru tanyang di Indonesia
@sitinurulhawa:
eh bukan sepatutnya gembira ke.. masa Harun lari ke sekolah.. :)
maaf, saya tak ada FB.
tak sabar tunggu bulan Disember!
Assalamualaikum.
Masa Harun berlari ke sekolah tu...terharu.
Filem ni memang best.
Pada pendapat saya, novel dia lagi best (best kuasa 3) :). Banyak kata2 yang bernas dan menarik di dalamnya. Perasaan masa baca novel lagi seronok dan pelbagai.
- salam mencelah :)
@KURANG BAIK: Walaikumussalam...
yee... memang best!!
hehe sampai kuasa 3.. oklah kot filem nie.. x boleh nak masuk seme... kalao semua mau disumbat maunya 1 hari utk 1 filem.. :)
sila lah mencelah