Showing posts with label daerah. Show all posts
Showing posts with label daerah. Show all posts
1:05 AM | Posted in ,
Wanita dituduh menjual produk tidak cukup protein

DUNGUN: Seorang pembungkus belacan dijatuhkan hukuman denda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menjual belacan yang tidak cukup kandungan protein seperti yang tertera pada label produk itu, April lalu. Rahani Ali, 56, dari Kampung Kuala Setiu Fikri, Bandar Permaisuri yang membungkus belacan menggunakan label Belacan Cap Udang dituduh menjual tiga bungkus belacan di premis perniagaan Kedai Runcit Aminah Mamat beralamat 780, Jalan UiTM, Kampung Sura Hujung, di sini, jam 11.25 pagi pada 7 April lalu... (berita selanjutnya)

Tuanku Mizan Dukacita Bumbung Stadium Runtuh

KUALA TERENGGANU, 6 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sedih dan dukacita dengan insiden runtuhan sebahagian bumbung stadium yang dinamakan sempena nama Baginda di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dekat sini, Selasa lepas.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata Tuanku Mizan melahirkan perasaan itu ketika beliau menyampaikan sembah maklum berhubung tragedi tersebut kepada Baginda pada hari kejadian. (berita selanjutnya)

Apakah persamaan dan perbezaan diantara dua kejadian di atas?

Persamaan:
- kedua-duanya berlaku di negeri tanah lahirku Terengganu Darul Iman

Perbezaan:
1) Harga sebungkus belacan Makcik Rahani adalah RM 2.50... manakala harga bagi seketul sebuah stadium Terengganu adalah sekitar rm 300 juta (RM 300,000,000.00)

2) Makcik Rahani disaman setelah sudah membungkus dan menjual belacan selama lebih lima tahun dengan jayanya... manakala stadium mega itu berjaya menyembah bumi hanya kurang sampai setahun dibina.

3) Kandungan protein yang kurang dalam belacan tidak akan mendatangkan masalah kesihatan kepada anda kerana terdapat banyak lagi sumber protein yang anda makan sehari-hari... manakala struktur stadium yang tidak mengikut spesifikasi, memungkinkan kepala dan tubuh anda pecah bederai-hancur berkecai umpama tembikai busuk sekiranya anda kebetulan berada didalamnya.

4) Makcik telah pun dijatuhkan hukuman saman di atas kandungan protein yang kurang... manakala pembuat stadium dan kroni2 yang kaya raya tidak dikenakan apa-apa tindakan lagi.. masih senyap seribu bahasa.

5) Makcik Rahani memaklumkan bahawa dia tidak tahu kekurangan protein merupakan satu kesalahan, dan mungkin juga dia tidak tahu apakah itu PROTEIN!... manakala pakar-pakar pembinaan yang kononnya dari oversea telah berjaya meruntuhkan stadium dalam jangka masa yang amat mengagungkan.

6) Tiada runguttan yang diterima sebelum ini kerana masalah kekurangan protein (kerana belacan dimakan bukan kerana proteinnya!).. manakala stadium runtuh itu telah cukup membuat rakyat jelata mual-mual, muntah-muntah dan menyampah yang amat.

7) Tiada kroni-kroni yang bersekongkol dengan Makcik Rahani dalam menjayakan konspirasi 'belacan kurang protein'... manakala bagi kroni-kroni stadium..... "eh.. mana ada kroni? pandai-pandai kamu ni reka cerita!" I buat stadium jujur dan ikhlas kamu tau...!!"

8) Makcik Rahani menamakan belacan itu dengan nama yang standard saja 'Belacan Cap Udang'... manakala stadium dinamakan dengan nama 'Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin" yang merupakan Sultan negeri Terengganu dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong negara Malaysia!

9) Makcik membungkus belacan dengan niat untuk mencari rezeki untuk keluarganya dan tidak pernah berbangga-bangga... manakala stadium dibina dengan motto yang amat membanggakan dan membangkitkan semangat pada papan tanda pembinaannya, seperti: "stadium TERcanggih", "stadium TERmoden" dan "Satu lagi Projek Kerajaan BA***#N NA%$%#*L".

10) Makcik Rahani menggunakan wang modalnya sendiri untuk membungkus belacan... manakala stadium itu dibina dengan wang dari setiap titik peluh rakyat marhein semua. Mungkin juga wang dari jualan belacan Makcik Rahani sendiri!!

11) Belacan sangat sedap bila ditumbuk bersama cili merah, cilipadi dan perahan asam limau... manakala bagi stadium terengganu, ianya sudah siap menjadi 'pekasam tanpa ikan' sekarang. Mahu saja kawan cili-cilikan mereka semua.

Fakta: Anda boleh membeli sebanyak 120,000,000.00 (120 juta) bungkus belacan dengan menggunakan duit sebanyak RM 300 juta.

Hamba: kenapa hanya anak udang jeragau sahaja yang tertangkap? mana perginya 'bapak jerung dan paus? sudah pupus? mungkinkah?

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category: ,
��
2:21 AM | Posted in
Mulai hari ini.. aku bercadang banyakkan penggunaan bahasa/loghat Terengganu sbg bahasa pengantar blog aku ni... sebenarnya loghat Ganu ni kaya dengan pembendaharaan/kosa katanya yg sendiri.. macam jugak negeri2 lain..

Hmm.. sebagai pengenalan, aku mulakan dengan kata ganda yg biasa digunakan..
*kata ganda ni bukanlah bermaksud sesuatu benda tu banyak.. tetapi lebih kepada penguat mengenai sesuatu.. kata orang putih 'superlative'.

Comel lote = comel yg amat
Uduh sepang /ko'ong = hodoh sesangat ..bukan sesekali menghina LITAR SEPANG!!
Sikat gatung / neting = benda yg sangat pendek (cth: kain).. bukan mengantung sikat ye..
Punoh jahnang = rosak teruk
Nakuk paik = penakut yg amat
Kelecak Barat = lintang pukang
Tinggi nyanyuk / tinggi sayuk = sangat tinggi .. bukan org tinggi yg sudah nyanyok..
Pendek Ketok = sangat pendek
Kurus krekeh = tersangat kurus
Gemok Debok = sangat gemuk
Nipih nayyang = sangat nipis
Dokrok cetong= sangat lemah (fizikal) ..cetong adalah tin besi (ala.. mcm tim susu tu..)
Berat nanang = sgt berat
Ringang lepung / ringang tupah = sgt ringan
Busuk kohong = busuk terlampau
Anguh letong = sangat hangus ...letong dgn loteng itu tidaklah sama ye..
Kecik tuik = kecil sesangat
Paik nepang = pahit yg sesangat
Panah dering / panah ketik / panah sang = cuaca terlampau panas ..telefon berdering? BUKAN!
Sejuk ketto = sangat sejuk
Tawo heber = terlampau tawar
Manis letting = terlampau manis .. letting disini adalah bahasa melayu bukan ENG!
Masing pekkok = masin sangat ..pekok bukanlh lemah daya pendengaran..
Meghoh nyalle / meghoh merang = merah menyala (warna merah yg kuat)
Kuning siyyow = sangat kuning ... oh.. siyyow tidaklah sama dengan Sineo (Doraemon )
Itang legang / itang lettung = sesuatu yg bersangatan hitamnya
Putih selepuk = Putih sangat ...
Ija naung = Hijau sesangat .. hijau pas pun kadang2 org guna jgak.. ;)
Jauh sapok = teramatlah jauhnya ..jangan dikata ini nama asal Sapok Biki, BUKAN!
Dekat Tueh = sangat dekat
nyakit nyaman = tak ada berkaitan ...ini tak ada kaitan dengan suasana bukit yg nyaman..
apatah lagik kena saman diatas bukit!
musing ketang / musing ligat = berpusing-pusing
Beso jallo = besar panjang
kecik tupak = sangat kecik
buruk lepok = sangak buruk ..lepok jugak bkn bermaksud lempuk

Hamba: ada lagik yg tertingggal..?? kalo ada, silalah tambah ye.. rasanya banyak lagik yang tak tertulis disini...
Category:
��
9:46 PM | Posted in ,
Category: ,
��