Tuanku Mizan Dukacita Bumbung Stadium Runtuh
KUALA TERENGGANU, 6 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sedih dan dukacita dengan insiden runtuhan sebahagian bumbung stadium yang dinamakan sempena nama Baginda di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dekat sini, Selasa lepas.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata Tuanku Mizan melahirkan perasaan itu ketika beliau menyampaikan sembah maklum berhubung tragedi tersebut kepada Baginda pada hari kejadian. (berita selanjutnya)
Apakah persamaan dan perbezaan diantara dua kejadian di atas?
Persamaan:
- kedua-duanya berlaku di negeri tanah lahirku Terengganu Darul Iman
Perbezaan:
1) Harga sebungkus belacan Makcik Rahani adalah RM 2.50... manakala harga bagi seketul sebuah stadium Terengganu adalah sekitar rm 300 juta (RM 300,000,000.00)
2) Makcik Rahani disaman setelah sudah membungkus dan menjual belacan selama lebih lima tahun dengan jayanya... manakala stadium mega itu berjaya menyembah bumi hanya kurang sampai setahun dibina.
3) Kandungan protein yang kurang dalam belacan tidak akan mendatangkan masalah kesihatan kepada anda kerana terdapat banyak lagi sumber protein yang anda makan sehari-hari... manakala struktur stadium yang tidak mengikut spesifikasi, memungkinkan kepala dan tubuh anda pecah bederai-hancur berkecai umpama tembikai busuk sekiranya anda kebetulan berada didalamnya.
4) Makcik telah pun dijatuhkan hukuman saman di atas kandungan protein yang kurang... manakala pembuat stadium dan kroni2 yang kaya raya tidak dikenakan apa-apa tindakan lagi.. masih senyap seribu bahasa.
5) Makcik Rahani memaklumkan bahawa dia tidak tahu kekurangan protein merupakan satu kesalahan, dan mungkin juga dia tidak tahu apakah itu PROTEIN!... manakala pakar-pakar pembinaan yang kononnya dari oversea telah berjaya meruntuhkan stadium dalam jangka masa yang amat mengagungkan.
6) Tiada runguttan yang diterima sebelum ini kerana masalah kekurangan protein (kerana belacan dimakan bukan kerana proteinnya!).. manakala stadium runtuh itu telah cukup membuat rakyat jelata mual-mual, muntah-muntah dan menyampah yang amat.
7) Tiada kroni-kroni yang bersekongkol dengan Makcik Rahani dalam menjayakan konspirasi 'belacan kurang protein'... manakala bagi kroni-kroni stadium..... "eh.. mana ada kroni? pandai-pandai kamu ni reka cerita!" I buat stadium jujur dan ikhlas kamu tau...!!"
8) Makcik Rahani menamakan belacan itu dengan nama yang standard saja 'Belacan Cap Udang'... manakala stadium dinamakan dengan nama 'Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin" yang merupakan Sultan negeri Terengganu dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong negara Malaysia!
9) Makcik membungkus belacan dengan niat untuk mencari rezeki untuk keluarganya dan tidak pernah berbangga-bangga... manakala stadium dibina dengan motto yang amat membanggakan dan membangkitkan semangat pada papan tanda pembinaannya, seperti: "stadium TERcanggih", "stadium TERmoden" dan "Satu lagi Projek Kerajaan BA***#N NA%$%#*L".
10) Makcik Rahani menggunakan wang modalnya sendiri untuk membungkus belacan... manakala stadium itu dibina dengan wang dari setiap titik peluh rakyat marhein semua. Mungkin juga wang dari jualan belacan Makcik Rahani sendiri!!
11) Belacan sangat sedap bila ditumbuk bersama cili merah, cilipadi dan perahan asam limau... manakala bagi stadium terengganu, ianya sudah siap menjadi 'pekasam tanpa ikan' sekarang. Mahu saja kawan cili-cilikan mereka semua.
Fakta: Anda boleh membeli sebanyak 120,000,000.00 (120 juta) bungkus belacan dengan menggunakan duit sebanyak RM 300 juta.
Hamba: kenapa hanya anak udang jeragau sahaja yang tertangkap? mana perginya 'bapak jerung dan paus? sudah pupus? mungkinkah?
9 responses to "sebuku belacan.sebuah stadium"
Interesting :)
belacangg sedozengg bro..heheh
@Kurang Baik: Terima Kasih... sekadar menulis, menyatakan rasa...
@Jalan Hitam: .....
@Dahlan: Okeehhh siap... Suruh Pak Supian buat sambal.. pembuat sambal termasyur di bawa khas dari Surabaya.. ngetop
Sapa yang mengkantoikan peniaga tersebut ..?
Macam mana nak semak sama ada PROTEIN yang dibekalkan sama seperti yg diwar warkan ...
dua-dua kes menunjukkan bukan saja Malaysia Boleh ..tapi Terengganu pun Boleh
@Razifembi:
Mereka yang mengkantoikannya adalah Pejabat Kesihatan Daerah Dungun...
Macam mana nak semak kandungan protein??
Banyak kaedah yg boleh diguna, tapi biasanya adalah kaedah kdjeldah.. Terus terang kawan bagitau, kawan yang amik pengkhususan bahagian pemakanan dah hampir 6 tahun nie pun masih terial-kial nak buat analisis protein..
Kawan akui, memang dalam Food Act 1983 dan Food Regulation 1985 ada bagitau supaya makanan tertentu kena ada kandungan nutrient tertentu...
Tapi ini BELACAN!, bukannya makanan tambahan @ produk nutraseutikal!! lagi pun perbezaan kandungan protein dalam belacan makcik Rahani dengan yang ditentukan oleh Food Act 1983 hanyalah sebanyak 1.25%.. Bisa saja berlaku kesilapan: semasa analisis atau pengumpulan sampel..
Kawan tidak menyalahkan tindakan PKDD ini secara total, tapi rasanya banyak lagi produk2 yang di luar sana yang patut dilakukan ujikaji.. contoh berkenaan bahan additif spt pengawet, pewarna dan heavy metal yang tinggi dlm makanan tertentu..yang SANGAT BERBAHAYA
dan tak ketinggalan.. projek stadium yang masih lagi senyap sunyi.. dan juga kes klaim 2 set komputer yang berharga RM9000 dengan nilai RM84000!!
Oh ya.. terlupa,sebenarnya bukan makcik itu yang buat belacan tu... dia cuma MEMBUNGKUS!
Kesian ke mokcik tu T_T
suruh pejabat kesihatan tu cek kandungan protein dlm ikan kering plok la. X pun cek dlm budu ke. Kalu nk lagi advance, cek dlm poyok.
Apa jenis penindasan la ni?
makcik2 juga yang kena ...
yang 'sebat' puluhan ribu ringgit tak kena pulak ...
dunia ..dunia
@ Abu Hurairah: kawe pun tumpang sedih T_T (comel je smiley nie. hehe).. tu la pasal.. kalo diorang periksa penggunaan bahan pengawet yang terlebih ke.. kawan x braso sangat... ni check protein... aduihs!
@Razifembi: kuatkan hati makcik!!.. kawan rasa mungkin diorang tak nampak yang 'RIBU' kot.. cuma nampak 'puluh' je kot..
hehe.. dunyya..dunyya. penuh panca-roba
yeah!!! betol... sokong kamu!