HAMBA: Berhentilah berkelahi sesama kita.. Berhentilah saling tuduh menuduh menunding jari.. Bantulah mereka yang bersalah dan tersalah ini.. Bersamalah kita tegakkan syiar Islam dan pesan Muhammad s.a.w.. Mudah-mudahan kita kan jadi umat yang saling berkasih sayang dan berperasaan..
Baru-baru ini kawan cuba untuk menggunakan aplikasi Google Translate.. namun terjemahan yang diberi sungguh mengejutkan!! Sahabat-sahabat boleh cuba sendiri..
Caranya:
1) Buka google translate (klik)
2) Masukkan bahasa yang mahu diterjemah (sebagai contoh terjemahkan Bahasa Melayu ke English)
3) Tulis perkataan 'syaithan' pada kotak di atas... dan tengok terjemahannya... mengejutkan bukan??
4) Anda juga boleh memasukkan 'syaithan' dalam bentuk ayat.
Kenapa ini suatu yang di-SENGAJA-kan??
1) Setiap terjemahan dilakukan secara literal.. Mana-mana perkataan yang tersilap taip @ tiada dalam kosa kata melayu akan diterjemahkan secara literal juga.
Kemungkinan perkataan 'syaithan' perlu ditulis dengan 'syaitan', 'setan' dan 'saitan' adalah tertolak.. kerana GT menterjemahkan syaitan dan setan = satan dan saitan = saitan.
Sebagai contoh "saitan" : oleh kerana 'saitan' tiada dalam kamus perbendaharaan Melayu maka Google Translate akan menterjemahkannya sebagai 'saitan'... tapi kenapa 'syaithan' tidak diterjemahkan kepada 'syaithan'??
2) Huruf 'Q' ditulis menggunakan huruf besar (capital letter) yang menunjukkan suatu nama khas.. Satu-satunya nama khas bagi Quran adalah merujuk kepada kitab suci umat Islam AL-QURAN!
3) Mengikut kamus dewan, pembendaharaan kata yang tepat adalah syaitan (tanpa 'H') dan bukannya 'syaithan'. Walaubagaimanapun, dalam bahasa arab syaitan ditulis dengan (شيطان). Oleh itu, penggunaan 'th' adalah lebih hampir makhrajnya dengan (ﻁ), berbanding dengan 't' yang hampir dengan (ﺕ).
Berdasarkan pengamatan kawan, mereka memang sengaja menyamakan syaithan dengan AL-QURAN..
HAMBA: Mungkinkah angkara Iluminati dan kunco-kuncunya??
DUNGUN: Seorang pembungkus belacan dijatuhkan hukuman denda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menjual belacan yang tidak cukup kandungan protein seperti yang tertera pada label produk itu, April lalu. Rahani Ali, 56, dari Kampung Kuala Setiu Fikri, Bandar Permaisuri yang membungkus belacan menggunakan label Belacan Cap Udang dituduh menjual tiga bungkus belacan di premis perniagaan Kedai Runcit Aminah Mamat beralamat 780, Jalan UiTM, Kampung Sura Hujung, di sini, jam 11.25 pagi pada 7 April lalu... (berita selanjutnya)
Tuanku Mizan Dukacita Bumbung Stadium Runtuh
KUALA TERENGGANU, 6 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sedih dan dukacita dengan insiden runtuhan sebahagian bumbung stadium yang dinamakan sempena nama Baginda di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dekat sini, Selasa lepas. Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata Tuanku Mizan melahirkan perasaan itu ketika beliau menyampaikan sembah maklum berhubung tragedi tersebut kepada Baginda pada hari kejadian. (berita selanjutnya)
Apakah persamaan dan perbezaan diantara dua kejadian di atas?
Persamaan: - kedua-duanya berlaku di negeri tanah lahirku Terengganu Darul Iman
Perbezaan: 1) Harga sebungkus belacan Makcik Rahani adalah RM 2.50... manakala harga bagi seketul sebuah stadium Terengganu adalah sekitar rm 300 juta (RM 300,000,000.00)
2) Makcik Rahani disaman setelah sudah membungkus dan menjual belacan selama lebih lima tahun dengan jayanya... manakala stadium mega itu berjaya menyembah bumi hanya kurang sampai setahun dibina.
3) Kandungan protein yang kurang dalam belacan tidak akan mendatangkan masalah kesihatan kepada anda kerana terdapat banyak lagi sumber protein yang anda makan sehari-hari... manakala struktur stadium yang tidak mengikut spesifikasi, memungkinkan kepala dan tubuh anda pecah bederai-hancur berkecai umpama tembikai busuk sekiranya anda kebetulan berada didalamnya.
4) Makcik telah pun dijatuhkan hukuman saman di atas kandungan protein yang kurang... manakala pembuat stadium dan kroni2 yang kaya raya tidak dikenakan apa-apa tindakan lagi.. masih senyap seribu bahasa.
5) Makcik Rahani memaklumkan bahawa dia tidak tahu kekurangan protein merupakan satu kesalahan, dan mungkin juga dia tidak tahu apakah itu PROTEIN!... manakala pakar-pakar pembinaan yang kononnya dari oversea telah berjaya meruntuhkan stadium dalam jangka masa yang amat mengagungkan.
6) Tiada runguttan yang diterima sebelum ini kerana masalah kekurangan protein (kerana belacan dimakan bukan kerana proteinnya!).. manakala stadium runtuh itu telah cukup membuat rakyat jelata mual-mual, muntah-muntah dan menyampah yang amat.
7) Tiada kroni-kroni yang bersekongkol dengan Makcik Rahani dalam menjayakan konspirasi 'belacan kurang protein'... manakala bagi kroni-kroni stadium..... "eh.. mana ada kroni? pandai-pandai kamu ni reka cerita!" I buat stadium jujur dan ikhlas kamu tau...!!"
8) Makcik Rahani menamakan belacan itu dengan nama yang standard saja 'Belacan Cap Udang'... manakala stadium dinamakan dengan nama 'Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin" yang merupakan Sultan negeri Terengganu dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong negara Malaysia!
9) Makcik membungkus belacan dengan niat untuk mencari rezeki untuk keluarganya dan tidak pernah berbangga-bangga... manakala stadium dibina dengan motto yang amat membanggakan dan membangkitkan semangat pada papan tanda pembinaannya, seperti: "stadium TERcanggih", "stadium TERmoden" dan "Satu lagi Projek Kerajaan BA***#N NA%$%#*L".
10) Makcik Rahani menggunakan wang modalnya sendiri untuk membungkus belacan... manakala stadium itu dibina dengan wang dari setiap titik peluh rakyat marhein semua. Mungkin juga wang dari jualan belacan Makcik Rahani sendiri!!
11) Belacan sangat sedap bila ditumbuk bersama cili merah, cilipadi dan perahan asam limau... manakala bagi stadium terengganu, ianya sudah siap menjadi 'pekasam tanpa ikan' sekarang. Mahu saja kawan cili-cilikan mereka semua.
Fakta: Anda boleh membeli sebanyak 120,000,000.00 (120 juta) bungkus belacan dengan menggunakan duit sebanyak RM 300 juta.
Hamba: kenapa hanya anak udang jeragau sahaja yang tertangkap? mana perginya 'bapak jerung dan paus? sudah pupus? mungkinkah?
Pantun-pantun di atas adalah bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan yang jatuh pada bulan Oktober setiap tahun. Sungguh, bahasa Melayu adalah antara bahasa sangat unik dan tinggi nilainya. Lihat saja pada syair, sajak, pantun dan puisi yang pernah kita dengar. Puisi-puisi melayu lama (klasik) terutamanya, sarat dengan pengajaran, jenaka, nasihat dan kasih sayang. Pengguna bait-bait kata yang tersusun dan indah sungguh mengasyikkan.. perhatikanlah puisi Gurindam Jiwa yang terkenal itu.
bagi mereka yang terlalu mendewakan bahasa penjajah, ini serangkap pantun buat kalian:
Ditiup angin bunga semalu
Kuncup daun bila berlaga
Bercakap Melayu kononnya malu
Belacan setongkol dibedal juga
HAMBA: akan cuba sedaya upaya menggunakan bahasa Melayu yang benar-benar Melayu di sini..BAHASA JIWA BANGSA
Ingatlah Firman Allah: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu (yang bertelengkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat
(Al-Qur’an, Al-Hujuraat 49:10).
salam... aku mulanya agak keberatan untuk menulis ini... kerana merasakan siapalah diri yg hina lagi kotor ini.. tapi 'sesuatu' cukup membuat aku ter'ganggu'..
Sedia telah maklum polemik yg sedang ghairah sekarang.. unity government (UG).. Aku ingin menyatakan bahwa aku berlapang dada dari semua ini.. Cuma, aku rasa sangat sedih dan kecewa sikap segelintir bloggers (kickdefella, penarikbeca, adukataruna; sekadar menulis 3 nama, terdapat banyak yg lain) yang kononnyapenyokong dan pendokong PAS... mereka sangat keterlaluan dalam mengkritik PIMPINAN, adakalanya sampai ketahap menghina dan merendahkan PIMPINAN dengan perkataan yang tak sanggup aku tuliskan disini.. silalah membaca komen pembaca blog mereka.. penuh dengan hasad dan kebencian.. mereka yg dibawah nampaknya... "lebih sudu dari kuah!"
Berbeza pendapat adalah pekara biasa.. tapi itu bukanlah tiket untuk mencaci maki mereka yg tak sehaluan dengan pemikiran sendiri.. Walaupun bukan kamu secara langsung berbuat demikian, tapi tindakan kamu menulis dan membiarkan/meluluskan komen-komen fitnah bertebaran di blog kamu.. SANGAT TIDAK BOLEH DITERIMA... Ingatlah bahwa kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa saja yang kamu perbuat.
Benar... PIMPINAN itu tidak maksum.. kita semua punyai kelemahan masing2.. Tapi itulah fungsi sebagai sebuah jamaah, saling melengkapi dan menyempurnakan..
Bukanlah pimpinan itu tidak boleh dikritik.. tapi JAGALAH ADAB-ADAB mu wahai pejuang dan pendokong ISLAM.. Terutamanya kepada Ulama' dan mereka yang telah lama bergelumang dalam perjuangan ini.. Adakah kamu menyangka mereka baru sehari dua dalam perjuangan?? Betapa banyak keringat yg telah mengalir demi umat ini.. Mereka LEBIH MENGENALI SIAPA KAWAN DAN LAWAN DRP KAMU! Sangat kesal, mana Adab & Akhlak yang telah ditunjukki Rasulullah & Sahabat?? di mana Akhlak kita sebagai seorang muslim dan pendakwah.? Mereka sayang akan Jamaah ini lebih daripada kamu!!
Berhak kah kamu wahai blogger, memaki & menghina PIMPINAN, andai pemimpin membuat lontaran idea yg tidak kena pada pandangan kamu. Jangan dilupai bahwa matlamat utama kita adalah REDHA ALLAH. Menang pilihan raya sahaja bukanlah penamat akhir.. Yang kita mahukan adalah kemurnian dan keelokkan buah Akhlak.. dan itulah tujuannya Rasulullah diutuskan.
Benarlah bak kata ahli hikmah: "Manusia memusuhi apa yang dia tidak tahu".
Ironinya, ramai betul yang mengambil berat pasal PAS sekarang.. baik kawan dan lawan. Maka, berhati-hatilah dengan musuh, yang sentiasa mahu menjatuhkan kita dan melaga-lagakan pimpinan & juga sesama kita.. Janganlah terpedaya dengan dakyah-dakyah media arus perdana ini..
Dengar apa pesanan dari Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man ini:
Maaf, ini bukan artikel menyokong @ membantah sesiapa.. Bagi aku kedua-dua pendapat TG NIK AZIZ dan TG HADI AWANG adalah BENAR.. Serahkanlah isu ini kepada Majlis Syura.. Berikanlah keyakinan dan wala' kepada PIMPINAN.
HAMBA: Aku sangat sedih betapa senangnya menaburkan kata-kata FITNAH di zaman ini... di zaman kemajuan ini.. hanya dibalik ID: "anonymous"!.
Tidakkah pernah sekalipun kau pikirkan hati dan perasaan marhaen ini..
Dengan menikam dada setiap kami..
Kau anggap dirimu kesatria perwira dari langit..
Aku tahu, kau terlalu asyik dengan gilamu..
Aku dan kami semua tahu..
Bisakah kebejatan ini murni kembali...?
Hmm..
Betapa aku girang dengan khabar 'kelahiran keadilan' di syahdu petang Hari Ibu itu.. Tapi 'anak keadilan' itu, telah kau penggal jua kepalanya.. Mau ku tanya, apa dosa dia.. ??
Hamba: hanya ini yg mampu aku tulis.. moga penyaki gila H1N1 ini sembuh segera!
maaf, tiada kena mengena dengan siapa yg hidup @ yg akan mati
DEDIKASI BUAT SEMUA PENGUNDI.. SELAMAT BERPILIHAN RAYA BUAT SEMUA.. UNDI ANDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA.. PASTIKAN UNDI ANDA MEMBAWA ANDA KPD REDHA ALLAH!
pesanan hamba: dalam asyik dan ghairah.. janganlah sampai marahmu merosakkan dirimu.. jagalah adab & santun.. kita semua masih saudara dalam berbeza.
mereka bilang jangan bikin hura-hara.. tapi dia xpe.. mereka bilang tak ikut law.. tapi dia xpe.. mereka bilang ini sah..tapi seterunya x sah mereka bilang ini x bermaruah.. tapi dia xpe.. mereka bilang ini salah.. tapi dia benar.. mereka bilang ini x salah.. tapi seterunya salah.. mereka bilang ini demokrasi.. tapi seterunya tidak.. mereka bilang ini demi kebaikan.. tapi seterunya tidak.. mereka bilang ini kehendak rakyat....????
keadaan makin serabut dan kelam kelibut... Aku dari dulu mmg tidak setuju dengan lompat melompat ini.. baik dari PR atau BN.. Mereka seolah-olah tiada prinsip perjuangan.. Dan tidak layak menjadi YB!! kalo benar-benar mereka ingin mengubah dan kembali kepada yg lebih baik.. perlu diadakan pemilihan semula... baik dari PR atau BN.. bangun dan jatuhlah dengan cara terhormat! tidak mengapa... kiranya mereka bangga dgn perancangan mereka, tapi yakinlah perancangan ALLAH lebih hebat.. Teguhlah kita dengan Islam.. Nescaya kita selamat.. Jatuh bangun dlm perjuangan adalah lumrah! apa yg penting adalah kita perlu bangkit kembali.. Mesti ada hikmah disebalik semua ini.. tiadalah sehelai daun yg jatuh kebumi dengan sia-sia..
apa-apa pun... saki-baki kepercayaan aku pada dia sudah lenyap... habisss..!
Hamba: yg lebih kelakar... berita-berita disiarkan... sgt berputar belit.. melilit-lilit..
walaupun agak lambat.. rasanya belom terlewat untuk aku ucapkan TAHNIAH kepada PAS dan Pakatan Rakyat.. atas kejayaan di Terengganu. Teruskan dengan Agenda.. membawa perubahan kepada Malaysia yang tercinta ini... Demi Islam Terchenta...
Hamba: Selidiki berita-berita yg di keluarkan dalam berita... walaupun ia adalah berita, belom tentu ia berite yg betul2 berite... mungkin berita itu berita yg bukan berita.. mungkin juga berita itu adalah cerite... Jangan percaya membabi buta membuta tuli.. kita punya akal, punya maklumat, kita punya pilihan!! ini pilihan saya...saya mesti pilih.. errk.. mcm iklan ja.
adakah ini SAMPAH SARAP?? dimana perikemanusiaan?? walaupun apa pekara yg berlaku disebalik.. anak kecil ini punya hak untuk hidup dan dikasihi... Kau lebih buruk.. busuk dari binatang.. Celaka kamu!
setiap hari aku baca surat khabar. setiap hari jugak aku terbaca berita-berita dan laporan-laporan dalam surat khabar. Aku kadang kala jadi bingung, kerna kebanyakan berita yang aku baca tiap-tiap hari adalah.. BERITA JENAYAH!! cubalah korang baca berita dalam surat hari ni.. tengoklah apa sahaja.. baik UTUSAN, BH, NST, METRO, TV1, TV3 dan semuanya... tengok pasal apa kandungan laporan beritanya.. PUKUL, ROGOL, CABUL, RAGUT, CURI, ROMPAK, DERA, BUNUH, BUNUH, BUNUH dan BUNUH...
Sesekali aku bingung.. kenapa negara yang aku sayang ini jadi macam ni? kenapa sesetengah manusia tiada rasa hormat dan rasa sayang pada manusia lainya? Kenapa kita menjadi semakin kejam? sampai kapan semua ini akan berakhir?? kenapa maruah, kehormatan dan nyawa manusia lain... umpama tiada nilaian langsung.
(إنا لله وإنا إليه راجعون .. mengapa si anak kecil ini sanggup kau bunuh??)
Aku tak pasti samaada ini adalah kesan drp Teori Penanaman (Cultivation Theory) yg dikatakan George Gerbner. Tapi inilah kebenarannya. Pendedahan bukan hanya disebabkan mainstreaming & resonance, tapi malah boleh dilihat langsung depan mata...
Aku kepingin melihat dunia ini makmur.. aku kepingin melihat dunia ini aman sejahtera.. tiada sengeta, tiada penindasan, tiada kezaliman, dan tiada kerakusan dari seorang yg bergelar manusia..yg sama juga seperti aku.. Tapi mungkinkah akan ada?
Bagi aku, hanya satu penyelesaian bagi semua ini. turutilah perintah Siapa yang menCiptakan kita. menCiptakan kita daripada tiada kepada ada. kerna Dialah yang paling tahu dan mengerti siapa kita, melebihi diri kita sendiri. Jadikanlah firman-Nya ikutan, panduan, dan pegangan sepanjang perjalanan kita.
"Ya Allah, hancurkanlah orang-orang kafir dan musyrik itu. Berilah rasa takut kepada musuh-musuh kami, musuh-musuhMu, dan musuh-musuh agamaMu. Ya Allah, muliakanlah agama Islam dan kaum muslimin. Rapatkanlah tali kasih sayang dalam sanubari mereka dan perbaikilah hubungan kekeluargaan diantara mereka serta berilah pertolongan kepada mereka dalam melawan musuh-musuhMu dan musuh-musuh kaum muslim."
Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah kpd semua sahabat2 yg aku kenali dan jugak tak aku kenali... Moga-moga tahun ini membawa SERIBU (bkn seribu RM...) erti/makna/maksud/tujuan/definisi kepada anda semua...
Moga-moga kita semua dapat mengungkap rahsia/natijah daripada peristiwa hijrahnya nabi ini.. Apakah maksud yang ingin baginda sampaikan kepada sekalian kita... TIDAKLAH SESEKALI peristiwa-peristiwa yg berlaku hanya sebagai 'cerita untuk didengar'.. Tertipulah bagi mereka yang menganggap demikian... SUNGGUH!! hijrah ini mengungkap penuh pengertian.. bagi mereka yg ingin memikirkan..
Moga-moga kita sentiasa mendapat perlindungan, rahmat dan kasih sayang Allah... Doakan juga saya berjaya pada masa-masa mendatang ye... Tapi, dalam kita bergembira.. jangan lupa pada saudara kita.. diseluruh dunia.. terutamanya di bumi Palestine. Mereka sedang menghadapi saat-saat getir.. Semenanjung Gaza sedang dibedil oleh Israel laknatullah...
Doakanlah... moga-moga mereka dan kita tabah dalam menghadapi semua ini... doakan supaya kemenangan menjadi milik mereka. Dan akhirnya bumi al Quds dapat dibebaskan.. Moga-moga suatu hari kita dapat bersolat bersama-sama mereka..di Masjidil Aqsa.. INSYAALLAH..
dalam kita bergelak ketawa.. hari ini.. jangan kita lupa...
Israel sedang menyerang saudara kita nun di Palestin sana. Terbaru...lebih 280 nyawatelah terkorban syahid... dan lebih 700 lain cedera...
ambil lah perhatian perihal mereka.... Doakan bantuan Allah buat mereka...
Sudah lebih 60 tahun.. 6O TAHUN... (sejak 1948) rakyat Palestine berjuang untuk bumi suci umat Islam ini...Mereka ditindas dibumi tanah air mereka sendiri... INGAT..Ini bukan perjuangan mereka saja..Ini perjuangan umat Islam seluruhnya... .. INGAT... ISLAM TIDAK DIBATASI SEMPADAN NEGARA, BANGSA. Tapi, Apa usaha kita untuk membantu mereka??... KITA TELAH MENGAGALKAN MEREKA..
Sudah laa.. bekalan ubat, makan, minyak semuanya disekat... kini mereka bomkan pulak...
Aku hairan kenapa negara2 arab dan negara Islam lain tak bersatu lawan Israel.. sedangkan kita punyai umat dan sumber yg sangat banyak.. Negara2 Arab sangat pengecut... Walaupun kedudukan mereka disekitar Israel... tapi langsung tak berani menyentuh Israel, malahan menjentik Israel pn tak terdaya.. Semuanya, masih dengan semangat kenegaraan masing2.. takutkan periuk nasik dan kerusi mereka terjejas...
Israel berbahasa dengan BAHASA PELURU.... dan rasanya tidak guna lagi jalan diplomasi...
hmm.. encik bush dibaling kasut semalam... kalo dia tak elak.. mmg MELOKAT la kasut tu kat muka dia (klik sini)...
tapi apalah sangat kena baling kasut daripada baling BOM... dah brapa beribu tan BOM dh dijatuhkan kat Iraq.. nie tak kira lagik kat Afghanisan dll...
Statistik: Tempoh 2003 -2006 sahaja (3 tahun sahaja!!) a) mengikut Lancet Survey (654,965 warga Iraq terbunuh) b) mengikut Opinion Research Business Survey (1,033,000 warga Iraq terbunuh
warga iraq dibunuh tanpa sebab... Kononnya ada senjata pemusnah besar-besaran.. yg sampai sekarang tak pernah mereka jumpa2..... rakyat dibunuh tanpa belas kasihan.. minyak disalur ketanah air mereka.
Sapa tak kenal dia??mmg dia pandai berlakon..Seme character dia bleh bawak.. sedih, jahat, superhero, klako.. Seme nangis keluar ingus kot idung bila dia blakon sedih.. Dia hanseme, banyak pitis (duit), dan macam-macam lagik.. semenya dia.. Tapi apa yg dia sumbang kat Malaysia, kat kita??apa dia bagi kat kita?? aku memang tak paham.. Kita yang bagi kat dia adalah... dok anjurkan IFFA tetiap tahun.. Dia menyumbang industri Pelancongan???? aduss.. pikirlah kalo nak bercakap tu... jangan main hentam jee... menteri tu.. #Dia tu tau ke Melaka kat mana?? aku rasa dia tak ingat pun.. #Ada ke study/data yang dia telah tingkatkan pelancongan kita?? #Kenapa tak bagi kepada Pengarah @ Penerbit filem tu..??? kan diorang yang tentukan kat mana nak buat shooting..
#Baik bagi kat pelakon filem tamil... diorg buat shooting kt sini gak! #Letihla nak bagi anugerah.. kalo setiap orang luar buat shooting kat sini.. bagi Datuk..
Kalo filem tu macam filem Steven Spielberg boleh tahan la sket... nie filem ko gelek sana, aku gelek sini...
Kesian aku kat ulama'-ulama' di Malaysia nie.. betapa besar jasa mereka... betapa banyak keringat mereka mempertahankan agama ini dengan ilmu dan jihad mereka... siang malam.. tapi dapat apa??
lbh memalukan... dia tak datang pun untuk amik anugerah tu... "Sekarang sapa yang malu?? aku pun tumpang malu..
HAMBA: Kenapa tak bagi kat Juhi Chawla skali..?? kan dia heroin...
~ya Allah, sesesunguhnya kami memohon cinta-MU.. dan cinta orang-orang yang mencintai-MU.. dan mencintai amal yang akan mendekatkan kami kepada cinta-MU~
Ya Allah.. Leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku..
kerana di situ tidak ku mampu mengumpul dua cinta..