Showing posts with label sekeliling aku... Show all posts
Showing posts with label sekeliling aku... Show all posts
2:12 AM | Posted in
lidah kelu
jari kaku

mulut terkunci
gelisah hati

diri resah
bagai dimamah

kerna malu
bodohnya aku!

niat ikhlas.....
bisakah berbalas?

HAMBA: hanya nota-nota kosong yang mampu kutitipkan. Ya Allah... kuatkan aku!

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
��
Raya tahun ini biasa-biasa sahaja bagi kawan.. sama seperti raya-raya dulu.. Perasaan: GUMBIRAA (banyak). SEDIH (sikit-sikit). KESAL (terlalu banyakkk). Cuma entah kenapa, seperti ada yang belum sempurna dalam hidup kawan.. kawan pun ngak pasti apakebendanya tu.. tapi, tiba-tiba juga sesuatu yang tak di sangka telah berlaku di luar imaginasi/jangkaan kawan! adakah ia...??

Photobucket

Tapi... yang pastinya, diorang kat atas ini lah yang paling SERONOK dan GUMBIRAA.. mana taknya duit raya dapat ber-riban-riban.. huh! best betul jadik budak-budak zaman sekarang.. duit raya warna merah!

Saat paling best raya bila semua diorang ada kat rumah di kampung.. Bergegar rasanya tiang seri rumah buruk kawan, bila diaorang duk berlari-lari dan bergusti ala-ala aksi WWF Smackdown!

apa-apa pun,
merekalah pengarang hati, jantung, peparu, limpa, pankreas dan medula oblongata kawan..

-----------------------------------

dan ini adalah si cantik manis dan si baik hati... kekasih hati, intan payung... anak sulung yang baru saja hadir dalam keluarga besar kawan pada Ramadhan lalu... moga kehadiran kamu akan jadi sinar terang buat kita semua.. selamat datang wahai anakanda saudaraku.... Aishah!

HAMBA: cuma membeli sehelai kemeja, seluar panjang dan kain pelikat.

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~

haha.. PUAS!
riwayat hemo-hemo sudah berakhir...
akhirnya dia dan hemo-hemo dapat jugak dipisahkan..

kalo dulu,
melekat macam kembar siam
tidur kena ngan hemo-hemo,
main kena ngan hemo-hemo,
sampai nk makan pun kena ada kat sebelah..

kulit hemo-hemo yg putih melepak tu pun sampai dh bertukar kaler macam air teh tarik..
nak pinjam?? jangan harap dia nak bagi!!

tula.. sapa suruh kedekut sangat...
orang lain nak pinjam kejap pun tak bagik.. kan dah ilang..


keterangan:-
hemo-hemo adalah sejenis Hello Kitty yang sangat pelik fizikalnya.. mempunyai bahagian abdomen yang sangat panjang.. lebih panjang daripada kaki! tersangatlah best kalo buat lapik kepala bila mau tidur... Tapi awas...., kalo tuan dia ni tahu sapa-sapa ada amik hemo-hemo dia mau bergegar satu rumah dia mengamuk.

Tapi tu dulu.. sekarang hemo-hemo sudah tiada, hilang entah kemana... tak tau la kalo mak dia yg sorokan.. hehe.

HAMBA: dah penat bagitau.. yg nama sebenar spesis makhluk tu adalah Hello Kitty... dia sikit pun tak percaya

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
12:37 AM | Posted in
MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

Minggu lepas kawan berkesempatan untuk berbuka, solat fardhu dan terawih di masjid ini..
Mula2 kawan masuk.. kawan terkagum sekejap dengan rekabentuk dan kekemasannya.
Berbeza dengan Masjid Putra yang penuh dengan ukiran2.. di sini kawan hampir2 tidak melihat adanya sebarang ukiran, cuma ada tulisan khat (Thuluth).
Ye.. sangat ringkas, tapi cantik dan kemas.
Hadapan dewan solat hanya keping-keping kaca yang tertulis ayat-ayat al Quran, dari surah Ibrahim dan Al-Baqarah.

Yang kawan paling suka adalah bahagian dewan solat yang terbuka.. tanpa dinding batu. Landskap di luar jelas kelihatan dari dalam masjid.. Dewan solat pulak rasanya macam sebuah pulau.. dikelilingi laluan air di bahagian kiri, kanan dan hadapan.
Sangat menyegarkan rasanya bila sesekali angin sejuk daripada tasik Putrajaya masuk ke ruang solat.. sejuknya sampai ke sum-sum.. lebih-lebih lagi bilamana di luar hujan turun renyai-renyai.
perkataan yang boleh kawan katakan adalah............ DAMAI
TAPI, kebanggaan kita harapnya bukan pada kosnya RM 208 juta.. atau pada berat timbangan keluli 6000 tan itu..
Haruslah kebanggaan itu pada ramainya jemaah yang akan hadir solat saban waktu, imarahnya majlis-majlis ilmu dan usaha-usaha yang membawa manusia mendekati Allah Maha Pencipta.

HAMBA: Harapnya jemaah yang datang bersolat di sini juga akan secanggih macam masjid ini jugak... jangan sampai batang tiang konkrit lebih banyak daripada manusia bila tiba waktu subuh..
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
��
8:59 PM | Posted in
kawan telah membalikkan diri ke kampung halaman bagi mengurangkan tahap kebosanan diri yang melampau.. membazirkan masa dan bersiar-siar tanpa arah tujuan telah menjadi tabiat semulajadi kawan bilamana balik ke kampung.. dan masa kawan jalan2 kawan sungguh terkejut + bangga bile pertama kali melihatkan papantanda yang tersebut.. macam mana la kawan tak perasan TRG mempunyai nama tandas yang sebegini canggih.. kawan pun dengan perasaan ingin tahu yg mendesak, tanpa segan dan malu terasa ingin mengetehnya.

pelbagai persoalan bermain dipikiran kawan...
Apakah yang sangat eksklusif??
Adakah tak perlu flush selepas menggunakannya??
Adakah kawan akan merasai suasana 4 musim didalamnya??
Adakah kawan akan diarak dengan paluan kompang bila memasukinya??
Apakah akan ada layanan VVIP di dalamnya buat kawan??

berbekal duit 50 sen yang masih berbaki.. kawan pun memberanikan diri memasukinya..

dengan hati yang berdebar-debar, kaki kiri kawan mula melangkah masuk kedalamnya..

Rupa-rupanya....

Lokasi: Taman Syahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu
��
1:14 AM | Posted in

hari-hari kawan beberapa minggu lepas rasanya sangat sunyi..sepi..senyap.. Hari-hari yg berlalu rasanya sangat lama..

-SEPI 1: dgn keadaan kekasih kawan yang masih lagi tak sihat.. cukup buatkan kawan sunyi-sepi. Dialah yang paling setia dgn kawan sejak 3 tahun lepas.. Tapi sampai skrg, dh hampir 3 minggu dia xde di sisi kawan.. Tanpa dia seme keje x jadik.. tanpa dia diri rasa serba x kena.. banyak urusan x dapat nak dibereskan tanpa dia.. Dialah yang slalu menghiburkan kawan bila kawan sunyi.. Macam2 lagu dia mainkan untuk kawan.. nashid, pop, rnb malah kadang2 rock dan heavy metal jgak.. Tapi 2 mingu lepas IBU-PAPANnya rosak teruk dan perlu diganti.. dan nampaknya dia berjaya jgak untuk mengopakkan poket dan menjatuhkan status kewangan kawan.. Ohh.. ACER!!

-SENYAP 2: Selasa lepas sekolah kawan jadik senyap sunyi.. kebanyakan manusia ilang entah kemana.. Bukan stakat macam "padang jarak padang terkukur" saja, malah macam padang ragut jgak.. Semua manusia yg sedang gigih ingin menuntut ilmu diminta pulang ke kampung halaman masing2.. "kuarantin!":kata mereka yg berbaju putih dan berlambang bulan sabit merah.. Tapi kawan agak kompius, kalo kuarantin kenapa boleh balik?? Ape-ape pun kawan harap sangat2 supaya sekolah kawan dan negara kawan diselamatkan daripada pandemik ini.. Moga Allah selamatkan kita semua daripadanya... Nyah segera engkau H1N1!!

SUNYI 3: member kawan udah berpindah-randah ke Terengganu.. jadinya kawan duk sorang la skrg.. member kawan nie mmg mantap.. Jauh jika nak dibandingkan dengan dgn kawan. Akhirnya cita2 beliau utk menjadi manusia yg suka berSYARAH..akhirnya terlaksana.. Harapnya beliau dapat MEMANUSIAKAN MANUSIA di sana nanti. Selamat berSYARAH dan menjadi papa ABBE!!

SENYAP SUNYI 4: s.k.................. hanya DIA yg tahu betapa kawan......

HAMBA: penantian suatu penyiksaan
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
��
1:27 AM | Posted in
i am a man,
sometimes logical,
often not,
frequently sentimental
although occasionally
too intellectual.

i am a sensitive being
who is always merciless,
a debater
who is silent
by my own reasoning.
i am a chooser
who accepts all,
at times.

im bundled
into contradictions
that give life
and kills.

i am a man
living in the in-between world

from:
Muhammad Haji Salleh
THE TRAVEL JOURNALS OF SI TENGGANG II (pg. 38)
DBP, 1979

HAMBA: im just a man.. not IRON MAN!
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
��
9:31 AM | Posted in
sapa yg tak kenal pontianak ni??


Dalam pada kita dok riso2 pasal selsema ba.alif.ba.ya (influenza A) skrg nie.. ramai org terlupa pasal satu penyakit berjangkit (communicable disease) yang tengah berhantu dan mengila H1N1 sekarang.. terutamanya di Selangor nie.. DENGGI!

memandangkan kawan pernah blajar dulu pasal aedes dan denggi ini dulu.. maka kawan nak kongsi sikit mana2 yg kawan masih ingat..

bukan apa.. belom sampai sebulan pun kawan dengar sorang staf kat tempat keje kawan meninggal pasal denggi (denggi berdarah) nie.. Isnin lepas, boss kawan pulak masuk spital Putrajaya, x kluar2 lagik... jugak sebab DENGGI! Kesian boss kawan, time pegi melawat petang td platlet dia= 20!!

Sedikit fakta yg mungkin korang semua dh tau @ x tau:
  • hanya nyamuk Aedes betine je yg gigit manusia.. yg jantan seme baik2 ati

  • kitar hidup Aedes [dari telur kpd dewasa = 1 minggu]

  • 12,562 kes denggi (bg Selangor shj!!) - dari 1 Jan -27 Jun 09

  • berbeza dgn spesis lain yg gigit, bertelur dan mati,.... Aedes boleh gigit seseorang bergilir-gilir dalam masa yg singkat.

  • AKTIF pada waktu pagi [5am - 7am] dan senja [6pm -8pm]... kesilapan banyak orang, pasang ubat nyamuk time nak tidur atau lewat malam je.. aedes xde masa tu!! kalo nak pasang ubat nyamuk, pasang dari petang lagik.

  • ada 4 jenis virus denggi yg berbeza... dan xde lagi vaksin khusus utk lawan virus nie.

  • aedes dewasa yang bertelur akan turunkan virusnya kepada bakanya.. (tanpa perlu gigit orang yg ada denggi)

  • kalo korang kena denggi.. kawan cadangkan makan sup ketam nipah dan minum 100plus banyak2.. dikatakan mujarab utk naikan platlet dan ganti elektrolit yg ilang.

  • virus denggi akan menyebabkan paras platlet (platlet; bahan dalam darah yg bantu dlm proses pembekuan darah) dalam darah kita jatuh secara mendadak.. menyebab berlakunya pendarahan tak berenti-renti dlm badan.. dan akhirnya boleh bawak kpd MATI!!

  • langkah yg terbaik setakat ini adalah : CEGAH Aedes dari beranak pinak dan piknik kat sekitar umah korang

Tanda2 yg korang mungkin kena Denggi

  • Demam kuat mengejut dan berterusan
  • Ruam

  • Sakit tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala

  • Hilang selera makan

  • Muntah-muntah

  • Sakit Perut

  • Pendarahan kt badan, hidung dan mulut

Kalo badan rasa lain macam tu.. cepat2 la pegi check kat spital.. Peratikanlah anak-anak kecik korang, adik-adik korang... ishh.. kesian sangat2 kalo budok-budok kecik ni kena demam denggi.

HAMBA: patut la orang tua2 dulu, suruh jgn main-main2 kat luar-masuk rumah-tutup tingkap2- time maghrib. Sbb aedes bermaharajalela time tu.

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
��
"Asthma is a chronic disease of the airways that makes breathing difficult. With asthma, there is inflammation of the air passages that results in a temporary narrowing of the airways that carry oxygen to the lungs. This results in asthma symptoms, including coughing, wheezing, shortness of breath, and chest tightness. Some people refer to asthma as “bronchial asthma.”
Even though there are seemingly miraculous treatments for asthma symptoms, asthma is still a serious -- even dangerous --"(NIH)

(nie gamba lama dia.. aku tak sanggup letak gambar keadaan dia sekarang..)

Aku ada balik ke TRG hujung minggu lepas.. Ingat nk rehat2.. & main-main dgn dia.. tapi aku sgt2 terkejut... dia dulu yg sihat montel, skrg dh jadi kuruss.. dia dulu slalu ketawa, skrg tak berenti duk menagis.. Bila di tanya maknya.. baru tahu.. rupanya Iman kena asma... dan mak ayahnya SANGAT tak patut.. sbb lansung tak inform kat aku yg anaknya masuk hospital slama 4 hari!!.. krn asma

Bg korang yg tak pernah tengok org yg kena asma, mungkin takkan tau.. seksanya.. sangat memeritkan.. lebih-lebih lagi bilamana musim-musim hujan.. cuaca sejuk.. kita yg melihat pun rasa sangat sesak nafas.. yg menanggung tak tau lah macam mana.. nafas ditarik dan dilepaskan panjang2.. adakala sampai keluar bunyi.. bberapa kali jugak aku berdepan dengan situasi ini..yg terkena pd org yg disekeliling aku..

Bagi korang ada ahli keluarga & kawan2 yg ada asma'.. jagalah diorg betul2.. krn bahayanya, asma nie boleh menyerang bila2 masa..utk lebih maklumat, try la tgk web nie.. (MUST SEE!!-click).

Hamba: ada dua keadaan yg cukup melemahkan aku... tengok org menderita sakit & tgk org yg menangis..


~hamba yang fakir disisi Tuhannya~

2:04 AM | Posted in
Tulisan kali kali adalah khas untuk sahabat yg bernama Muhammad Abd. Mu`ati bin Muhammad Yusof.. Terima kasih kerana telah membantu menyiapkan khat ini walaupun dalam kesibukkan menyiapkan tugasan. Moga beroleh keputusan yg terbaik.. dan inilah hasilnya setelah diadobephotoshopkan..

(klik utk besarkan)

Hamba: Maaf, Ini shaja yg sempat diupload.. sebenarnya ada bbrp ubah suai yg lain dh dibuat. Maaf jgk sbb lambat posting balik.. sbb sedikit sibuk kebelakangan ini..

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~

��
5:38 PM | Posted in ,
satu malam aku duduk depan tv..

bukak Tv1.. nyanyii (bintang Rtm)
bukak tv2..nyanyii (apa nth rancangan)
bukak tv3.. nyanyi (konsert jom heboh)
bukak ntv7.. nyanyi.. ( xingat tp ada nyanyi sikit2)
bukak tv8.. nyanyii.. (org putih mana ntah nyanyi)
bukak tv9.. nyanyii.. (rcgn org kg, tp ada nyanyi2 jgak)
tutup tv.. housemate plak nyannyi... WAAAARRRRGH! :)


korang perasan tak sekarang.. byk betul program nyanyi2.. tekan sana nyanyi..tekan sini nyanyi.. macam-macam ada... ada Mentor, AF, Malaysia Idol, Bintang Klasik, Bintang RTM, Audition, Lagu Asli, OIAM, dan macam2 lagik yg tak tertulis aku... [ini aku tulis je tau.. aku mana tengok seme nie.. :).. seme nie dunyya jee semata.. heh] sampaikan rancangan nyanyi utk budak2 pun ada (TV9=bintang cilik ke apee..ntah).. tu kadang2 gua malas nk tgk TV.

dan kerana tu la.. ramai bebenor yg nak jadik artis skrg.. beribu-ribu pegi audition. Kdg-KDG suara macam sengau itik, sendawa kucing dan ayam tercekik pun pegi audition... tak MALU ke woiiii kluar TV...

ramai betul yg nak pegang dia nie.. KENAPA YE?
kenapa ye..? sbb glamour ke..duit ke..@ape ke.. entahlah pakcik pun tak tau..

Tp yang paling aku takutkan adalah.. bila tanya kat budak2 kecik.. "Dik.. besar-besar nnt adik nak jd apa??"PENYANYI...!! waaa.. seriau aku.. kalo dulu ramai nak jadik doktor, lawyer, dentist dll. Tapi ada yg lagik ganasz... ADA yg NAK JADI.. SITI, ADAM, MAWI, MISHA dll.. Aduss camne laa masa depan generasi kita nanti.. AKU SANGAT BIMBANG! rasanye agak mengerunkan .. KELAM! .

>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Bagi aku... (sila baca dgn nada serius..)

Islam suatu agama Fitrah.. Ianya dtg sempurna dr Allah.. Mencakupi keperluan dunia dan akhirat. Allah memahami keperluan manusia.. Allah tahu kesukaan manusia.. kerana Dia yg menciptakan kita semua.. Dan Islam, tidak pernah melarang manusia drp berhibur.. bak kata Raihan: "Berhibur tiada salahnya.. kerna hiburan itu indah".. byk pengajaran drp sirah nabi.. isteri2 nabi dan para sahabat..

Tapi ALLAH ada menentukan had/batas dalam berhibur.. ada yang diBOLEHkan.. dan ada yg diLARANG..bak kata Raihan lagi:"hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah".. macam bila bawak kereta.. ada had laju maksimun yg kena dipatuhi.. kesemua tindakan kita terikat kepada HUKUM yg LIMA.. itu semua adalah untuk kebaikan kita sendiri.. Insan yg sangat lemah.. maka oleh itu, semua tindakan kita mesti kembali pada Allah.

Aku tak paksa korang dengar nasyid jee.. bagi aku tak salah dengar lagu2 lain.. tapi mesti tengok liriknya..penyampaiannya dll.. mesti bukan yg dilarang... byk lagu2 berbentuk ketuhanan skrg.. aku suka dengar Yusuf Islam (Cat StevanS) mengubah/baiki lirik & nyanyikan balik lagu2 dia sebelum dia masuk Islam dulu..

masalah kita, kita nak jadi macam artis org putih.. tapi sebenarnya lebih teruk drp diorg.. diorg pun nyampah tengok.. lagha kata diorag.. :)

Hamba: suka sgt dengar lagu Don't Let Me Be Misunderstood drp Yusuf Islam
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
8:54 PM | Posted in ,
سلام
.

تريما كاسيه اكو ايڠين اوچڤكن كڤد سموا صحابة-صحابة اكو
.
سام اد يڠ اكو كنل اتاو ڤون تيدق. ساماد صحابة دري اونيۏرسيتي ﴿يو.ڤي.عيم﴾، ماتريكولسي﴿كي.تي.تي﴾، سكوله منڠه اتاو سكوله رنده
.
تريما كاسيه اتس بنتوان دان سوكوڠن يڠ اندا سموا بريكن ڤد اكو. اكو سنتياس دعاكن كسلامتن دان رضا الله سنتياس بوات كامو سموا. اكو هارڤ ڤرساهابتن اين ككال بوات سلاماڽ

جاڠن جادي كاون يڠ سوك كتاواكن كاون بيلا سوسه

همبا: اكو سايڠ كامو سموا.. دعا اكو سنتياس برسام-سام كامو. موڬ الله ممبركتي اندا سموا

~همبا يڠ فاكير دسيسي توهنڽ~
Saya kurang tahu mengapa... dia semakin nakal sekarang.. selalu sangat adiknya diusik-usik.. dia nampak sangat puas bila tengok adiknya menangis.. kalo ada tak puas hati ngan org, abes dijelirnya kpd semua org.. sudah byk kali sayi memotivasikan beliau... malah amaran dan ugutan jugak.. Yela..bukan apa, besenye bdk2 laki je yg ganaz2.. bdk pompuan mana bleh.. musti sopan2.. kan..


lebih-lebih lagi sekarang.. bila adiknya suda ada gigi.. abes ditariknya..


tapi sebenarnya saya xde la kesah sgt.. budak2 la katakan.. kalo bapak@mak budak camtu, baru laa saya kesahkan... tapi yg penting dia masih sangat sayang adiknya.. Walaupun kadang2 'terlebih sayang' sampai adiknya seringkali susah nak bernafas..
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
8:08 PM | Posted in ,
aku sudah tukar.pindah.lompat.hijrah.

kawan2..
doakan aku supaya jadi lebih baik.. di sini
doakan aku supaya jadi lebih kaya raya murah rezeki.. di sini
doakan yg baik-baik utk aku.. di sini

moga-moga hijrah semalam jadi permulaan baru dalam hidup aku .. ameeeen

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
8:55 PM | Posted in ,
double click & save pic nie.. dan buatlah sbg wallpaper korang.. ada brann?

kita hari-hari duk lepak.. duk gelak-gelak.. duk ngumpat-ngumpat..
hari nie mungkin kita banyak member.. hari nie mungkin kita dok tengok tv ramai2 ngan family.. tgk bola ngan member2.. dlm pada tu ramai pulak yg bercita2 nak pg melancong ke Australia, London, S. Golok.. pegilah mana korang nak pegi.. TAPI.. jgn lupa plak rumah terakhir kita.. apa yg pasti, sinilah destinasi kita yg last.. tak kira la korang raja, PM, cleaner, mat rempit ke.. duk sini sorang-sorang.. takde lagi member2 kamcing.. takde lagi mak abah.. takde lagi adik beradik.. Abg Long, Kak Ngah, Achik korang.. awek2 korang lagik takde.. hemo-hemo korang pun tak ikut skali ke sini.. sini satu benda korang buat pun tak bagi guna lagik.. Nak nyesal, tobat kat sini SORRY!! USELESS!! Aku heran.. kadang2 org sombong giler.. dgn jawatan dia..dgn duit dia..dgn harta dia.. macam tak pikir yg nanti dia akan duk kt umah yg besarnya tak sampai satu depa punn..
Masa yg ada saki baki nie gunalah wat benda2 baek2.. kurang-kurang lah benda2 jahat nie.. bukan nk suruh jadik ustaz, ustazah terusss.. sbb kita tak tau bila time kita.. kitakan ada kepala otak, boleh pikir.. org bijak mesti tau buat planning utk diri sendiri dan org yg dia sayang.. kata org putih "fail to plan, plan to fail".. Mulai hari nie cubalah kita sama-sama jadik ORG YG LEBIH BAIK DARI SEMALAM.. bukan untuk sapa2.. untuk diri kita sendiri jugak..

ALLAH tak suruh kita takut pada mati... Allah suruh kita INGAT pada Mati.. kerana itu orang yg bijak/beruntung adalah org yg paling banyak ingat kt Mati.. Sbb ia akan buat kita lebih bersungguh2.. lebih amanah bila wat keje.. tak wat masalah.. tak nyusahkan orang lain.. kerana dia tau apa yg dia akan dapat kat sana.. kerana dia tau JANJI ALLAH MAHA BENAR.
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
1:11 AM | Posted in
kitaorg mmg suka masak... macam-macam kitaorg dh msk sebelom nie... dari mee maggi sampailah ayam masak kurma.. jadik ke tak jadik tu hal no. 2.. yg penting siap dan boleh makan! Semalam dlm dok lepak2.. kitaorg pun decide la nak masak nasik ayam madu.. apa lagik.. kitaorg tanyalah Mak Cik Google... pastu jumpalah satu resepi yg cam best je... terus start engin kete, pegi giant beli barang...

buat punya buat... huh!! 2 1/2 jam baru saip.. dan inilah hasilnya... siap ngan sup, salad, sambal lada, sambal kicap.. complete set... walaupun 1st time buat tp rasanya mmg macam nasik ayam!! walaupun guna sikit je rahsia masakan wanita (pak aji)...
dan inilah hasilnya...





hamba: Sori... gambar x brape clear.. kamera enset aku kena minyak daa..
��
7:22 PM | Posted in
adalah diumumkan bahawa pengantin selamat diijab qabulkan.....
Selamat Pengantin Baru!
bunga pun boleh bertelor...
ketuk bang... jangan tak ketuk..
black & white
keris dan bunga
highlight
oh.. kanak-kanak ini kelihatan sungguh gumbira..
Mustaqim ~ anak Che' Mat
erkk... mcm kenal je ko..
(click pic to enlarge)
Salam.. Selamat Pengantin Baru.. Semoga sentiasa dalam kebahgiaan dan redha Allah sentiaaaaaaaaaaaaaaasa.. buat Abbe & Nadia... Jaga diri n isteri.
Uihh.. ko dh kahweeeen.. cam tak caye je... Doa-doalah kat aku plak.. aku?? huhh!
Hamba: Nie first time aku amik gamba org kaweeenn.. sori kalo agak kureng....

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
��
6:44 PM | Posted in
my latest design for Workshop on Nano Particles by Prof Dr. Muller (Free Univeristy of Berlin/Pharmasol, Germany).




Click Pic to Enlarge
��
7:24 PM | Posted in ,
Assalamualaikum...

kepada sahabat2 yg aku kasihi.. sama ada yg aku kenali atau tidak...

kat sini aku nak mintak maaf, atas apa sahaja kesilapan, kesalahan dan keterlanjuran yang aku lakukan.. baik dalam penulisan aku.. perbuatan aku.. kata-kata aku.. dan apa-apa saja..

penyakit hati yg ada dalam hati aku.. kadang2 aku gagal lemahkan.. itu menunjukkan kehinaan, kelemahan, kekurangan dan kefakiran aku sebagai seorang hamba kepada Tuhan yg MAHA SEMPURNA..

maafkan aku.. dan doakanlah aku..
11:21 AM | Posted in
aku bukan takut.. tapi kenapa plak tak berani.. ? aku bukan pengecut.. tapi kenapa aku senyap plak.. ? Seumur idup aku tak pernah... tak pernah hatta sekalipun... aku tak tahu mcm mana nk mulanya.. mana awalnya.. kata2 apa yg harus diguna.. apetah lg seterusnya.. aku jadik blank! aku cuma try nk jadi jujur.. jujur pada diri aku sendiri.. Ya Allah.. apelah yg aku cuba nak buat.. aku terlupa yg Engkau selamanya nampak apa kt luar & apatah lg kt dalam.. hingga ke lubuk ati sanubari aku... Ya Allah, jauhi si celaka syaithan yg cuba rosakkan hati aku...
��