Showing posts with label ingati aku... Show all posts
Showing posts with label ingati aku... Show all posts
8:47 PM | Posted in
Tidaklah dapat dipastikan, mengapa orang Melayu menterjemahkan 'qalb' dan 'heart' sebagai hati, dan bukannya jantung.. mungkin ada penjelasannya yang belum dan tidak kita ketahui...

Hamba yang faqir ini bukanlah mahu berbicara perihal hati yang jelas tampak ini... tetapi Hati Nurani.. Latiifatul Rabbaniyah..  Hati inilah yang dapat menerima sinaran nur ma'rifat dari Allah, bahkan ialah yang menerima tajalli Tuhan.. menanggung amanah dan rahsia Tuhannya. Ianya merupakan hakikat Insan.

“Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, dia adalah hati" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Mengapa kita manusia diciptakan Allah SWT memiliki hati?
Semua kita tahu bahawa dengan hati inilah kita dapat merasa atau berperasaan, kadang hati ini senang, bahagia, sedih, kecewa, khawatir.. dengan hati ini manusia memiliki rasa cinta, kasih sayang, dan cemburu, amarah dan kebencian.

Perihal hati sungguh ajaib...
ia bagai lautan luas yang tak bertepi.. dan jurang dalam yang tak berdasar..
ia tak perlukan huruf dan kata untuk berbahasa..
ia bisa jadi yang tersuci juga terkeji..

Hati inilah tempat pandangan Allah..

"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu." (Riwayat Muslim)

Dia bagai sultan di dalam sebuah negeri.. segala keputusan dan pilihan di tentukan olehnya.. Akal dan nafsu hanyalah penasihat... anggota pula adalah pelaksana keputusan hati..

Hati inilah yang akan berjalan menuju Allah.. segala anggota dan pancaindera sebagai kenderaan.. dan kehidupan ini adalah jalannya..

Di dalam hati juga terhimpun segala-galanya...
- ada jujur.. ada khianat..
- ada redha.. ada hasad..
- ada ikhlas... ada riak..
- ada sayang.. ada benci..

sungguh.. betapa misterinya hati..
walau jasad terpenjara.. tapi hati tetap bebas..
walau mulut sering berkata dusta.. tapi tahu segalanya.
walau jasad tak pernah bersua.. tapi hati selalu terkenang..
walau mata tidak pernah melihat... tapi hati rasa tertaut..
semakin jauh berada.. semakin dekat terasa..

Sama-samalah kita menjaga hati..
Kerna hati juga ada racun dan penyakit yang dapat merosakkan dan mematikannya..

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera."
(Ash-Shu'araa: 88-89)

Hamba: wahai Tuhan yang membolak-balik hati, tetapkanlah hati kami ini dalam agama dan ketaatan kepadamu.
 
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
9:43 PM | Posted in
cuba anda bayangkan...
anda memesan sekeping roti telur pada seorang mamak penebar roti canai.. beliau pun terus mengambil sebiji doh roti dan ditekan-tekan dengan sepenuh kekuatan dan kesenian... doh itu seterusnya ditebar dengan penuh bergaya.. kemudian sebiji telur diambil dan dipecahkan menggunakan tangan kanannya.. campuran itu kemudiaannya digoreng ranggup sehingga membangkitkan aroma yang mengasyikkan.. kemudian roti yang panas itu dicarik-carik menjadi bahagian-bahagian yang kecil supaya mudah dijamah oleh mulut.. bahagian atas roti itu seterusnya dicurah dengan kuah dal dan kuah kari (banjir).. dan bayangkan juga roti yang panas-panas itu dimasukkan ke dalam mulut dan perut yang sudah satu hari tak menjamah sebijik makanan pun.. nikmat bukan??

OPSSS.. NANTI DULU!!
kita rewind kejap..perasan tak telur yang mamak tu guna.. BASUH atau TAK?

menurut pemerhatian kawan, kebanyakan penebar roti canai (bukan semua!) akan terus gunakan telur daripada bekas telur. Kemungkinan besar TELUR TIDAK DIBASUH! maka... akan melekatlah segala jenis najis @ taik seekor ayam betina.. ditelapak penebar roti itu..

info: pengeluar telur biasanya tidak akan membersihkan telur yang ingin dijual dengan air.. bertujuan untuk meningkatkan jangka hayat telur tersebut.. cuba lah periksa telur yang anda beli hari ini... pasti ada tahi dan kotoran yang terlekat bukan?

cuba anda bayangkan sekali lagi...
mamak itu memecahkan telur yang tidak dibasuh dengan tangan kanannya.. telur itu CONFIRM diselaputi oleh tahi @ taik... kemudian dengan tangan yang sama, beliau mengacau-gacau doh roti anda.. maka sebatilah tahi ayam dengan roti anda itu.. kemudian roti itu digoreng ranggup dan panas.. maka siaplah roti telur (tahi) ayam anda dengan warna emas kekuningan.. kemudian anda memasukkan ke dalam mulut dan menikmatinya dengan penuh selera!! erkk!!
kalau anda makan sebiji roti telur sehari, maka anda juga telah makan tahi setiap hari!! dan bayangkan berapa orangkah sebelum anda yang telah memesan roti telur seperti anda..
itu belum masuk makanan lain, murtabak telur, roti John dll..

Ingatlah.. kita adalah apa yang kita makan!! Ingatlah Allah menyuruh kita memakan makanan yang bukan sahaja halal.. malah mesti baik.. tidaklah tumbuh daging dari makanan haram (haram makan najis), kecuali neraka lebih utama baginya..

Ingatlah...
makanan yang haram itu membawa penyakit
makanan yang haram itu mengelapkan hati
makanan yang haram itu membentuk jiwa keji dan hewani
makanan yang haram itu mensia-siakan doa dan ibadat
makanan yang haram itu mengundang neraka Allah

entry kali ini bukan untuk mengajak anda memboikot pembuat roti canai@telur seMalaysia.. tak salah makan roti telur..makanlah... tapi pergilah kepada kedai yang yang benar-benar anda percayai kebersihan dan kesuciaannya.. dan sebagai pengguna anda BERHAK bertanya samada telur yang diguna telah dibasuh atau tidak!

kalo sebut pasal telur.. mesti kawan teringatkan diorang ni.. antara animasi terawal malaysia

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." (Al-Baqarah: 168)

HAMBA: dalam sedar-tak sedar dah lebih setahun kawan tak makan roti telur...

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
11:30 PM | Posted in


GEMPA BESAR di Sumatera
TSUNAMI GANAS di Samoa
TAUFAN KENCANG di Vietnam dan Filipina


Ya Allah,
lindungilah kami dan saudara-saudara kami
peliharakanlah jua negeri-negeri kami
selamatkan kami dari ujian Mu yang maha besar ini
Sungguh! ia tiada tertanggung bagi kami..

Ya Allah,
kami tahu, kami banyak derhaka kepada Engkau
kami tahu, kami selalu curang kepada Engkau
jangan Engkau murka atas kami ini wahai Tuhan
berikanlah kami kesempatan untuk bertaubat dan menginsafi diri

HAMBA: Wahai Allah, Selamatkanlah saudara-saudara kami yang ditimpa musibah ini... berikanlah mereka kekuatan untuk terus berdiri dan berlari.. dan redha atas ujian dan cubaan Mu ini.

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
9:26 PM | Posted in
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣) تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤) سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ (٥

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.(3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam itu hingga terbit fajar!(5)

Lailatul Qadr adalah anugerah Allah kepada kita semua hamba-NYA.

Kelebihan Malam al-Qadr:
1) Malam inilah turunnya al-Quranul Karim
2) Dicatatkan ketetapan bagi hidup, mati, sihat, sakit, rezeki, senang, susah, gembira dan segala hal yang berkaitan dengan qadar manusia bagi tahun itu
3) Amal di malam ini adalah LEBIH baik daripada amal 1000 bulan
4) Turunnya Malaikat dan Ruh (Jibrail a.s)
5) Malam yang sejahtera
6) Diampunkan dosanya yang terdahulu

Mencari Malam al-Qadr:
Ada pelbagai pendapat ulama dalam menentukan lailatul qadar. Jumhur ulama tidak menentukan dengan malam tertentu, tetapi menyatakan bahawa ianya adalah pada salah-satu malam dari 10 malam yang terakhir dan pada yang ganjil adalah lebih diharapkan. [bersandarkan riwayat oleh Sayyidatina Aisyah r.anha bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Carilah lailatul qadr pada 10 terakhir dari bulan Ramadhan" (H.R: asy-Syaikhan, Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)]

Terdapat banyak juga ulama yang menetapkannya dengan malam tertentu dalam setiap tahun iaitu malam ke-27 Ramadhan (Malam Tujuh Likur).
[bersandarkan riwayat oleh Sayyidina Umar r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang hendak mencarinya,maka carilah ia pada malam ke - 27" (H.R: Imam Ahmad)]

Kalangan ulama tasauf ada formula dalam penentuan malam al-qadar. Sebahagian ulama termasuklah Imam al-Ghazali menyatakan, diketahui malam tersebut melalui hari pertama bulan Ramadhan.

Wahai yang bertanya
Tentang lailatul qadar bila ada ia
10 terakhir Ramadhan tempatnya dia
Pada yang gasal diharap adanya
Diketahui ia dengan hari Ramadhan bermula
Jika Ahad dan Rabu mula ia, malam ke-29 itulah dia
Jumaat dan Selasa, ke-27 jadi ia
Khamis mula, ke-25 pula
Jika Sabtu hari pertama, ke-23 malam utama
Jika Isnin pula, malam ke-21 jangan lupa
Inilah kaedah dinaqal ia
Dari kalangan ahli sufi zuhud tak cinta dunia

Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya sekadar pendapat dan bukanlah suatu ketetapan hukum. Terpulanglah kepada siapa-siapa yang mahu mengikut atau tidak, terpulanglah. Apa penting adalah untuk kita menghidupkan setiap malam-malam Ramadhan dengan keimanan dan keikhlasan. InsyaAllah.

HAMBA: Mari bersama meningkatkan amal... Beramalah sungguh-sungguh kerana ALLAH... bukan kerana Lailatul Qadr!
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
9:29 PM | Posted in



Di suatu malam dari malam-malamku
Aku tidak tahu apa yang menimpa diriku
Kegelapan memenuhi diriku wahai Tuhan
Bumi dan Langit dirasakan sempit
Dan hatiku tidak menjumpai cahaya
Dan air mataku sentiasa mengalir wahai Tuhanku

Aku ingkar dan dosa-dosa besar
Dan sesungguhnya aku dalam kesedihan yang amat
Dibelenggu oleh dosa-dosa, wahai Tuhan
Dan adakah layak keampunan buat orang yang berdosa?
Orang yang sentiasa dalam noda, Wahai Tuhan

Engkau yang menjadikanku
Mengasihiku dan mengurniakanku rezeki
Wahai Tuhan, Engkau selalu bersama-samaku
Tetapi aku jauh daripadaMu
Dan aku berjalan pada jalanku Ya Allah

Dan pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
Daripada kegelapan di belakang batasan-batasan agama
Dan hatiku kecewa dan jalanku bingung
Dan aku telah tenggelam tetapi aku tidak menyedari
Tiada penyelamat bagiku melainkan Engkau
Tiada penyelamat dan tiada penyelamat melainkan Engkau

Wahai Tuhanku.. Wahai Tuhanku...

Mohammad al Husayn
album: Mawlay

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
8:20 PM | Posted in

RAMADHAN
kau akan kembali lagi
kembali seperti Ramadhan semalam yang telah berlalu
kembali membawa seribu kegembiraan buat kami
engkaulah tetamu, pujaan hati kami
pasti akan ku sambut mu sepenuh jiwaku

Awalmu Rahmat
apalah erti wujudnya kami di dunia
andai tanpa rahmat-Mu Tuhan yang Maha Kaya
tanpa rahmat-Mu jadilah hamba seorang celaka
tanpa rahmat-Mu jadilah hamba seorang hina
kerna kami hanyalah hamba yang lemah lagi tiada upaya
kerna kerdilnya kami menumpang dihujung bumi yang Kau cipta
telah benarlah semua yang telah nyata
perihal nikmat dan azab siksa
wahai Tuhan, simpangkan kami jauh dari peritnya neraka
wahai Tuhan, nyamankanlah kami dengan senangnya syurga
temukanlah kami dengan Muhammad yang kami cinta
moga terluah segala rindu kami di dalam setiap rongga dada
moga terubat segala kasih yang setia
hanya ini rintahan hamba
kerna kau lebih tahu siapa jujur dan siapa pendusta

Pertengahanmu Pengampunan
kepada siapakah lagi kami akan mengadu
selain kepada-Mu Tuhan kami yang satu
telah kami tinggalkan sekian banyak waktu-waktu
dengan dosa dan kemungkaran yang telah lalu
hati dan jiwa kotor ini rasanya terlalu pilu
bila terkenangkan nasib diri di Masyhar Mu
hanya kurnia dan ehsan Mu yang kami pinta di situ
Ya Allah, tutupkanlah aib kami.. kami sangat malu
Ya Allah, terimalah taubat kami.. hanya pada-Mu kami merayu

Akhirmu Pelepasan Neraka
panasnya bakaran tiada akan henti
membakar diri dan jiwa setiap insani
yang sering derhaka dan mengingkari
aku sering bertanya pada diri sendiri
apakah akan ada pendinding buatku nanti?
di hari aku tidak hiraukan lagi mana kanan dan mana kiri
di saat yang tiada lagi aku kenal siapa disisi,
di waktu yang tiada kutahu siapa wanita dan siapa lelaki
Ya Allah terimalah pengaduan kami ini
apalah kiranya jika Engkau lepaskan kami
dari azab-Mu ini yang tiada terperi


Ya Allah..
Sampaikanlah kami kepada Ramadhan
Jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini
Aku berharap Ramadhan esok.. bukan seperti kemarin

Ramadhan,
aku tak pasti
tahun-tahun sebelum ini telah seringkali berlalu
tinggalkan aku dalam ingat dan lupa
aku tak mahu lalai lagi
aku tak mahu kecewa lagi

sampaikanlah kami kepadamu
temukanlalah kami dengan malam al-qadar
benarkanlah hati ini bemunajat kepada Tuhan bersama denganmu Ramadhan
mudah-mudahan dapat kami jadi hamba Tuhan yang bertaqwa

hamba,
21 Syaban 1430H, 12.16am
Serdang, Selangor Darul Ehsan

Hamba: Ya Allah, jadikanlah kami antara hamba-hambaMu yang akan melalui Ar-Raiyan

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
8:29 PM | Posted in
Doa Qunut (dengan terjemahan)

SHEIKH MISHARY RASHID AL-AFASY


save video & mp3 here

kredit to ukhti27

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
6:57 PM | Posted in
سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda [kebesaran] Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [al-Isra': 1]

Terlalu banyak rahsia-pengajaran daripada peristiwa Isra dan Mikraj yg dilalui oleh Nabi Muhammad yg kita cintai.... salah satunya adalah mengenai kefardhuan SOLAT.

Daripada Abdullah ibn Amru berkata, pada suatu hari, Nabi SAW menyebut tentang solat dengan sabdanya: "Sesiapa yang memelihara solat maka baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, maka tiada baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan. Pada hari kiamat, dia akan bersama Qarun, Firaun, Haaman dan Ubai ibn Khalaf". (riwayat al Tabrani dan Ibnu Hibban)

Sabda Rasulullah SAW: "Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain". (al Tabrani).

Wahai kaum Muslimin! Bertakwalah kalian kepada Allah dan peliharalah solat serta tunaikanlah kerana Allah pada waktunya dengan khusyuk.

Berhati-hatilah kalian agar harta, keluarga, perniagaan, kemegahan, takhta dan pemerintahan tidak menyibukkan dan melalaikan kalian dari menunaikan solat.

Tingkatkan kualiti Solat kita..

Sholat Khusyu Itu Mudah



hamba: wahai orang2 yg beriman, mintalah pertolongan dengan sabar dan solat.. sesungguhnya Allah beserta orang2 yg sabar [al-Baqarah: 153] JOM SOLAT!

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~

Category:
��
7:41 PM | Posted in ,
Sarkozy -Burqa/Islamic veils "not welcome" in France 1, 2, 3

> it speaks thousand words <

SEE THIS!! From Sheikh AHMED DEEDAT
Why muslim woman wear a veil?

HAMBA: Where is the Freedom?? (Heyy.. funny.. FRANCE is a FREE country.. rite??
ban the burqa, or ban such bans?

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
��
7:26 PM | Posted in
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

Hijjaz (Jalan Bahagia)
~hamba yg fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
2:10 AM | Posted in , ,
Ingatlah Firman Allah:
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu (yang bertelengkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat
(Al-Qur’an, Al-Hujuraat 49:10).

salam... aku mulanya agak keberatan untuk menulis ini... kerana merasakan siapalah diri yg hina lagi kotor ini.. tapi 'sesuatu' cukup membuat aku ter'ganggu'..

Sedia telah maklum polemik yg sedang ghairah sekarang.. unity government (UG)..
Aku ingin menyatakan bahwa aku berlapang dada dari semua ini.. Cuma, aku rasa sangat sedih dan kecewa sikap segelintir bloggers (kickdefella, penarikbeca, adukataruna; sekadar menulis 3 nama, terdapat banyak yg lain) yang kononnya penyokong dan pendokong PAS... mereka sangat keterlaluan dalam mengkritik PIMPINAN, adakalanya sampai ketahap menghina dan merendahkan PIMPINAN dengan perkataan yang tak sanggup aku tuliskan disini.. silalah membaca komen pembaca blog mereka.. penuh dengan hasad dan kebencian.. mereka yg dibawah nampaknya... "lebih sudu dari kuah!"

Berbeza pendapat adalah pekara biasa.. tapi itu bukanlah tiket untuk mencaci maki mereka yg tak sehaluan dengan pemikiran sendiri.. Walaupun bukan kamu secara langsung berbuat demikian, tapi tindakan kamu menulis dan membiarkan/meluluskan komen-komen fitnah bertebaran di blog kamu.. SANGAT TIDAK BOLEH DITERIMA... Ingatlah bahwa kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa saja yang kamu perbuat.

Benar... PIMPINAN itu tidak maksum.. kita semua punyai kelemahan masing2.. Tapi itulah fungsi sebagai sebuah jamaah, saling melengkapi dan menyempurnakan..

Bukanlah pimpinan itu tidak boleh dikritik.. tapi JAGALAH ADAB-ADAB mu wahai pejuang dan pendokong ISLAM.. Terutamanya kepada Ulama' dan mereka yang telah lama bergelumang dalam perjuangan ini.. Adakah kamu menyangka mereka baru sehari dua dalam perjuangan?? Betapa banyak keringat yg telah mengalir demi umat ini.. Mereka LEBIH MENGENALI SIAPA KAWAN DAN LAWAN DRP KAMU! Sangat kesal, mana Adab & Akhlak yang telah ditunjukki Rasulullah & Sahabat?? di mana Akhlak kita sebagai seorang muslim dan pendakwah.? Mereka sayang akan Jamaah ini lebih daripada kamu!!

Berhak kah kamu wahai blogger, memaki & menghina PIMPINAN, andai pemimpin membuat lontaran idea yg tidak kena pada pandangan kamu. Jangan dilupai bahwa matlamat utama kita adalah REDHA ALLAH. Menang pilihan raya sahaja bukanlah penamat akhir.. Yang kita mahukan adalah kemurnian dan keelokkan buah Akhlak.. dan itulah tujuannya Rasulullah diutuskan.

Benarlah bak kata ahli hikmah: "Manusia memusuhi apa yang dia tidak tahu".

Ironinya, ramai betul yang mengambil berat pasal PAS sekarang.. baik kawan dan lawan. Maka, berhati-hatilah dengan musuh, yang sentiasa mahu menjatuhkan kita dan melaga-lagakan pimpinan & juga sesama kita.. Janganlah terpedaya dengan dakyah-dakyah media arus perdana ini..

Dengar apa pesanan dari Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man ini:

.................................................................................

Yang PATUT kamu baca:

Maaf, ini bukan artikel menyokong @ membantah sesiapa.. Bagi aku kedua-dua pendapat TG NIK AZIZ dan TG HADI AWANG adalah BENAR.. Serahkanlah isu ini kepada Majlis Syura.. Berikanlah keyakinan dan wala' kepada PIMPINAN.

HAMBA: Aku sangat sedih betapa senangnya menaburkan kata-kata FITNAH di zaman ini... di zaman kemajuan ini.. hanya dibalik ID: "anonymous"!.

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~

7:41 PM | Posted in
Di Bawah Lindungan Ka'Bah


Di Bawah Lindungan Ka'Bah Edi Hediana Di Bawah Lindungan Ka'bah merupakan Roman yang cukup lama karya Buya Hamka.


Publish at Scribd or explore

Hari nie aku nak kongsi satu buah tulisan Buya HAMKA.. Aku pernah baca tulisan ini dulu.. lama dahulu.. asyik bila membacakan bait-bait kata yg sangat puitis.. "Di bawah Lindungan Kaabah" persis kisah "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck"... ia juga berakhir dengan kapal.. dan sebuah KEMATIAN!!

Seputar mengenali Buya HAMKA (Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah)
(17 Februari 1908 - 24 Julai 1981)


Ulama yg berasal daripada Indonesia ini sangat terkenal dengan sikapnya yg tegas dalam kelembutan. Beliau pernah menjawat Pengerusi Majlis Ulama Indonesia.. Merupakan salah seorang yg digeruni Presiden Sukarno. Malah beliau pernah dituduh pengkhianat dan menjual negara kepada Malaysia.

Betapa banyak karya-karya warisan yg beliau tinggalkan (lbh 120 buku). Penanya ini juga berjaya melahirkan karya agungnya, Tafsir Al-Azhar (diselesaikan tatkala meringkuk di dalam penjara). Yg aku kagum, keluasan ilmu beliau dalam membicarakan falsafah, sastera, sosiologi, sejarah dan politik, baik Islam mahupun Barat.

Beliau seorang tokoh tajdid dizamannya.. berkeras menentang arus sekular & kesesatan di zamannya (puisi ”kepada saudaraku M. Natsir”).. mempunyai jiwa sufi, fikrah haraki.. Beliau adalah seorang agamawan, ilmuan, pemikir, sasterawan & hamba yg sukar dicari ganti.. satu dalam berjuta..

lebih lanjut ttg HAMKA?? download disini

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
3:11 AM | Posted in , ,


SUBHANALLAH..

mula-mula aku tengok video nie... terkesima sekejap..

betapa petah mulutnya mengeluarkan ulas-ulas kata.. dengan variasi intonasi dan semestinya maknanya.. Termangu bila mendengarkan bait-bait itu... di balik wajah bersih molek anak kecil ini..

Moga dia menjadi seteguh bunga kecintaan Nabi... Fatimah az-Zahrah

.... hati ibu, bapa dan guru manakah yg tidak senang punyai anak seperti ini. Alangkah indah bahagianya andai...........

HAMBA: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Furqan: 74)

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~

5:38 PM | Posted in ,
satu malam aku duduk depan tv..

bukak Tv1.. nyanyii (bintang Rtm)
bukak tv2..nyanyii (apa nth rancangan)
bukak tv3.. nyanyi (konsert jom heboh)
bukak ntv7.. nyanyi.. ( xingat tp ada nyanyi sikit2)
bukak tv8.. nyanyii.. (org putih mana ntah nyanyi)
bukak tv9.. nyanyii.. (rcgn org kg, tp ada nyanyi2 jgak)
tutup tv.. housemate plak nyannyi... WAAAARRRRGH! :)


korang perasan tak sekarang.. byk betul program nyanyi2.. tekan sana nyanyi..tekan sini nyanyi.. macam-macam ada... ada Mentor, AF, Malaysia Idol, Bintang Klasik, Bintang RTM, Audition, Lagu Asli, OIAM, dan macam2 lagik yg tak tertulis aku... [ini aku tulis je tau.. aku mana tengok seme nie.. :).. seme nie dunyya jee semata.. heh] sampaikan rancangan nyanyi utk budak2 pun ada (TV9=bintang cilik ke apee..ntah).. tu kadang2 gua malas nk tgk TV.

dan kerana tu la.. ramai bebenor yg nak jadik artis skrg.. beribu-ribu pegi audition. Kdg-KDG suara macam sengau itik, sendawa kucing dan ayam tercekik pun pegi audition... tak MALU ke woiiii kluar TV...

ramai betul yg nak pegang dia nie.. KENAPA YE?
kenapa ye..? sbb glamour ke..duit ke..@ape ke.. entahlah pakcik pun tak tau..

Tp yang paling aku takutkan adalah.. bila tanya kat budak2 kecik.. "Dik.. besar-besar nnt adik nak jd apa??"PENYANYI...!! waaa.. seriau aku.. kalo dulu ramai nak jadik doktor, lawyer, dentist dll. Tapi ada yg lagik ganasz... ADA yg NAK JADI.. SITI, ADAM, MAWI, MISHA dll.. Aduss camne laa masa depan generasi kita nanti.. AKU SANGAT BIMBANG! rasanye agak mengerunkan .. KELAM! .

>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Bagi aku... (sila baca dgn nada serius..)

Islam suatu agama Fitrah.. Ianya dtg sempurna dr Allah.. Mencakupi keperluan dunia dan akhirat. Allah memahami keperluan manusia.. Allah tahu kesukaan manusia.. kerana Dia yg menciptakan kita semua.. Dan Islam, tidak pernah melarang manusia drp berhibur.. bak kata Raihan: "Berhibur tiada salahnya.. kerna hiburan itu indah".. byk pengajaran drp sirah nabi.. isteri2 nabi dan para sahabat..

Tapi ALLAH ada menentukan had/batas dalam berhibur.. ada yang diBOLEHkan.. dan ada yg diLARANG..bak kata Raihan lagi:"hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah".. macam bila bawak kereta.. ada had laju maksimun yg kena dipatuhi.. kesemua tindakan kita terikat kepada HUKUM yg LIMA.. itu semua adalah untuk kebaikan kita sendiri.. Insan yg sangat lemah.. maka oleh itu, semua tindakan kita mesti kembali pada Allah.

Aku tak paksa korang dengar nasyid jee.. bagi aku tak salah dengar lagu2 lain.. tapi mesti tengok liriknya..penyampaiannya dll.. mesti bukan yg dilarang... byk lagu2 berbentuk ketuhanan skrg.. aku suka dengar Yusuf Islam (Cat StevanS) mengubah/baiki lirik & nyanyikan balik lagu2 dia sebelum dia masuk Islam dulu..

masalah kita, kita nak jadi macam artis org putih.. tapi sebenarnya lebih teruk drp diorg.. diorg pun nyampah tengok.. lagha kata diorag.. :)

Hamba: suka sgt dengar lagu Don't Let Me Be Misunderstood drp Yusuf Islam
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
8:54 PM | Posted in ,
سلام
.

تريما كاسيه اكو ايڠين اوچڤكن كڤد سموا صحابة-صحابة اكو
.
سام اد يڠ اكو كنل اتاو ڤون تيدق. ساماد صحابة دري اونيۏرسيتي ﴿يو.ڤي.عيم﴾، ماتريكولسي﴿كي.تي.تي﴾، سكوله منڠه اتاو سكوله رنده
.
تريما كاسيه اتس بنتوان دان سوكوڠن يڠ اندا سموا بريكن ڤد اكو. اكو سنتياس دعاكن كسلامتن دان رضا الله سنتياس بوات كامو سموا. اكو هارڤ ڤرساهابتن اين ككال بوات سلاماڽ

جاڠن جادي كاون يڠ سوك كتاواكن كاون بيلا سوسه

همبا: اكو سايڠ كامو سموا.. دعا اكو سنتياس برسام-سام كامو. موڬ الله ممبركتي اندا سموا

~همبا يڠ فاكير دسيسي توهنڽ~
8:08 PM | Posted in ,
aku sudah tukar.pindah.lompat.hijrah.

kawan2..
doakan aku supaya jadi lebih baik.. di sini
doakan aku supaya jadi lebih kaya raya murah rezeki.. di sini
doakan yg baik-baik utk aku.. di sini

moga-moga hijrah semalam jadi permulaan baru dalam hidup aku .. ameeeen

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
8:55 PM | Posted in ,
double click & save pic nie.. dan buatlah sbg wallpaper korang.. ada brann?

kita hari-hari duk lepak.. duk gelak-gelak.. duk ngumpat-ngumpat..
hari nie mungkin kita banyak member.. hari nie mungkin kita dok tengok tv ramai2 ngan family.. tgk bola ngan member2.. dlm pada tu ramai pulak yg bercita2 nak pg melancong ke Australia, London, S. Golok.. pegilah mana korang nak pegi.. TAPI.. jgn lupa plak rumah terakhir kita.. apa yg pasti, sinilah destinasi kita yg last.. tak kira la korang raja, PM, cleaner, mat rempit ke.. duk sini sorang-sorang.. takde lagi member2 kamcing.. takde lagi mak abah.. takde lagi adik beradik.. Abg Long, Kak Ngah, Achik korang.. awek2 korang lagik takde.. hemo-hemo korang pun tak ikut skali ke sini.. sini satu benda korang buat pun tak bagi guna lagik.. Nak nyesal, tobat kat sini SORRY!! USELESS!! Aku heran.. kadang2 org sombong giler.. dgn jawatan dia..dgn duit dia..dgn harta dia.. macam tak pikir yg nanti dia akan duk kt umah yg besarnya tak sampai satu depa punn..
Masa yg ada saki baki nie gunalah wat benda2 baek2.. kurang-kurang lah benda2 jahat nie.. bukan nk suruh jadik ustaz, ustazah terusss.. sbb kita tak tau bila time kita.. kitakan ada kepala otak, boleh pikir.. org bijak mesti tau buat planning utk diri sendiri dan org yg dia sayang.. kata org putih "fail to plan, plan to fail".. Mulai hari nie cubalah kita sama-sama jadik ORG YG LEBIH BAIK DARI SEMALAM.. bukan untuk sapa2.. untuk diri kita sendiri jugak..

ALLAH tak suruh kita takut pada mati... Allah suruh kita INGAT pada Mati.. kerana itu orang yg bijak/beruntung adalah org yg paling banyak ingat kt Mati.. Sbb ia akan buat kita lebih bersungguh2.. lebih amanah bila wat keje.. tak wat masalah.. tak nyusahkan orang lain.. kerana dia tau apa yg dia akan dapat kat sana.. kerana dia tau JANJI ALLAH MAHA BENAR.
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
7:24 PM | Posted in ,
Assalamualaikum...

kepada sahabat2 yg aku kasihi.. sama ada yg aku kenali atau tidak...

kat sini aku nak mintak maaf, atas apa sahaja kesilapan, kesalahan dan keterlanjuran yang aku lakukan.. baik dalam penulisan aku.. perbuatan aku.. kata-kata aku.. dan apa-apa saja..

penyakit hati yg ada dalam hati aku.. kadang2 aku gagal lemahkan.. itu menunjukkan kehinaan, kelemahan, kekurangan dan kefakiran aku sebagai seorang hamba kepada Tuhan yg MAHA SEMPURNA..

maafkan aku.. dan doakanlah aku..
8:12 PM | Posted in
Bacalah.. Luangkan sedikit masa anda untuk membaca kisah kekasih kita ini... moga-moga Allah mencampakkan hidayah kedalam hati2 anda semua..
Setelah Nabi wafat, seketika itu pula kota Madinah bising dengan tangisan ummat Islam; antara percaya - tidak percaya, Rasul Yang Mulia telah meninggalkan para sahabat. Beberapa waktu kemudian, seorang arab badui menemui Umar dan dia meminta, "Ceritakan padaku akhlak Muhammad!". Umar menangis mendengar permintaan itu. Ia tak sanggup berkata apa-apa. Ia menyuruh Arab badui tersebut menemui Bilal. Setelah ditemui dan diajukan permintaan yg sama, Bilal pun menangis, ia tak sanggup menceritakan apapun. Bilal hanya dapat menyuruh orang tersebut menjumpai Ali bin Abi Thalib.

Orang Badui ini mulai heran. Bukankah Umar merupakan seorang sahabat senior Nabi, begitu pula Bilal, bukankah ia merupakan sahabat setia Nabi. Mengapa mereka tak sanggup menceritakan akhlak Muhammad. Dengan berharap-harap cemas, Badui ini menemui Ali. Ali dengan linangan air mata berkata, "Ceritakan padaku keindahan dunia ini!." Badui ini menjawab, "Bagaimana mungkin aku dapat menceritakan segala keindahan dunia ini...." Ali menjawab, "Engkau tak sanggup menceritakan keindahan dunia padahal Allah telah berfirman bahwa sungguh dunia ini kecil dan hanyalah senda gurau belaka, lalu bagaimana aku dapat melukiskan akhlak Muhammad, sedangkan Allah telah berfirman bahwa sungguh Muhammad memiliki budi pekerti yang agung! (QS.Al-Qalam[68]: 4)"

Badui ini lalu menemui Siti Aisyah r. a. Isteri Nabi yang sering disapa "Khumairah" oleh Nabi ini hanya menjawab, khuluquhu al-Qur'an (Akhlaknya Muhammad itu Al-Qur'an). Seakan-akan Aisyah ingin mengatakan bahwa Nabi itu bagaikan Al-Qur'an berjalan. Badui ini tidak puas, bagaimana bisa ia segera menangkap akhlak Nabi kalau ia harus melihat ke seluruh kandungan Qur'an. Aisyah akhirnya menyarankan Badui ini untuk membaca dan menyimak QS Al-Mu'minun[23]: 1-11.

Bagi para sahabat, masing-masing memiliki kesan tersendiri dari pergaulannya dengan Nabi. Kalau mereka diminta menjelaskan seluruh akhlak Nabi, linangan air mata-lah jawabannya, karena mereka terkenang akan junjungan mereka. Paling-paling mereka hanya mampu menceritakan satu fragmen yang paling indah dan berkesan dalam interaksi mereka dengan Nabi terakhir ini.

Mari kita kembali ke Aisyah. Ketika ditanya, bagaimana perilaku Nabi, Aisyah hanya menjawab, "ah semua perilakunya indah." Ketika didesak lagi, Aisyah baru bercerita saat terindah baginya, sebagai seorang isteri. "Ketika aku sudah berada di tempat tidur dan kami sudah masuk dalam selimut, dan kulit kami sudah bersentuhan, suamiku berkata, 'Ya Aisyah, izinkan aku untuk menghadap Tuhanku terlebih dahulu.'" Apalagi yang dapat lebih membahagiakan seorang isteri, karena dalam sejumput episode tersebut terkumpul kasih sayang, kebersamaan, perhatian dan rasa hormat dari seorang suami, yang juga seorang utusan Allah.
Nabi Muhammad jugalah yang membikin khawatir hati Aisyah ketika menjelang subuh Aisyah tidak mendapati suaminya disampingnya. Aisyah keluar membuka pintu rumah. terkejut ia bukan kepalang, melihat suaminya tidur di depan pintu. Aisyah berkata, "Mengapa engkau tidur di sini?" Nabi Muhammmad menjawab, "Aku pulang sudah larut malam, aku khawatir mengganggu tidurmu sehingga aku tidak mengetuk pintu. itulah sebabnya aku tidur di depan pintu." Mari berkaca di diri kita masing-masing. Bagaimana perilaku kita terhadap isteri kita? Nabi mengingatkan, "berhati-hatilah kamu terhadap isterimu, karena sungguh kamu akan ditanya di hari akhir tentangnya." Para sahabat pada masa Nabi memperlakukan isteri mereka dengan hormat, mereka takut kalau wahyu turun dan mengecam mereka.

Buat sahabat yang lain, fragmen yang paling indah ketika sahabat tersebut terlambat datang ke Majelis Nabi. Tempat sudah penuh sesak. Ia minta izin untuk mendapat tempat, namun sahabat yang lain tak ada yang mau memberinya tempat. Di tengah kebingungannya, Rasul memanggilnya. Rasul memintanya duduk di dekatnya. Tidak cukup dengan itu, Rasul pun melipat sorbannya lalu diberikan pada sahabat tersebut untuk dijadikan alas tempat duduk. Sahabat tersebut dengan berlinangan air mata, menerima sorban tersebut namun tidak menjadikannya alas duduk akan tetapi mencium sorban Nabi.

Senangkah kita kalau orang yang kita hormati, pemimpin yang kita junjung tiba-tiba melayani kita bahkan memberikan sorbannya untuk tempat alas duduk kita. Bukankah kalau mendapat kartu lebaran dari seorang pejabat saja kita sangat bersuka cita. Begitulah akhlak Nabi, sebagai pemimpin ia ingin menyenangkan dan melayani bawahannya. Dan tengoklah diri kita. Kita adalah pemimpin, bahkan untuk lingkup paling kecil sekalipun, sudahkah kita meniru akhlak Rasul Yang Mulia.

Nabi Muhammad juga terkenal suka memuji sahabatnya. Kalau kita baca kitab-kitab hadis, kita akan kebingungan menentukan siapa sahabat yang paling utama. Terhadap Abu Bakar, Rasul selalu memujinya. Abu Bakar-lah yang menemani Rasul ketika hijrah. Abu Bakarlah yang diminta menjadi Imam ketika Rasul sakit. Tentang Umar, Rasul pernah berkata, "Syetan saja takut dengan Umar, bila Umar lewat jalan yang satu, maka Syetan lewat jalan yang lain." Dalam riwayat lain disebutkan, "Nabi bermimpi meminum susu. Belum habis satu gelas, Nabi memberikannya pada Umar yang meminumnya sampai habis. Para sahabat bertanya, Ya Rasul apa maksud (ta'wil) mimpimu itu? Rasul menjawab ilmu pengetahuan."

Tentang Utsman, Rasul sangat menghargai Ustman karena itu Utsman menikahi dua putri nabi, hingga Utsman dijuluki dzu an-Nurain (pemilik dua cahaya). Mengenai Ali, Rasul bukan saja menjadikannya ia menantu, tetapi banyak sekali riwayat yang menyebutkan keutamaan Ali. "Aku ini kota ilmu, dan Ali adalah pintunya." "Barang siapa membenci Ali, maka ia merupakan orang munafik."

Lihatlah diri kita sekarang. Bukankah jika ada seorang rekan yang punya sembilan kelebihan dan satu kekurangan, maka kita jauh lebih tertarik berjam-jam untuk membicarakan yang satu itu dan melupakan yang sembilan. Ah... ternyata kita belum suka memuji; kita masih suka mencela. Ternyata kita belum mengikuti sunnah Nabi.

Saya pernah mendengar ada seorang ulama yang mengatakan bahwa Allah pun sangat menghormati Nabi Muhammad. Buktinya, dalam Al-Qur'an Allah memanggil para Nabi dengan sebutan nama: Musa, Ayyub, Zakaria, dll. tetapi ketika memanggil Nabi Muhammad, Allah menyapanya dengan "Wahai Nabi". Ternyata Allah saja sangat menghormati beliau.
Para sahabatpun ditegur oleh Allah ketika mereka berlaku tak sopan pada Nabi. Alkisah, rombongan Bani Tamim menghadap rasul. Mereka ingin Rasul menunjuk pemimpin buat mereka. Sebelum Nabi memutuskan siapa, Abu Bakar berkata: "Angkat Al-Qa'qa bin Ma'bad sebagai pemimpin." Kata Umar, "Tidak, angkatlah Al-Aqra' bin Habis." Abu Bakar berkata ke Umar, "Kamu hanya ingin membantah aku saja," Umar menjawab, "Aku tidak bermaksud membantahmu." Keduanya berbantahan sehingga suara mereka terdengar makin keras. Waktu itu turunlah ayat: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha Mendengar dan maha Mengetahui. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menaikkan suaramu di atas suara Nabi. janganlah kamu mengeraskan suara kamu dalam percakapan dengan dia seperti mengeraskan suara kamu ketika bercakap sesama kamu.Nanti hapus amal-amal kamu dan kamu tidak menyadarinya (al-hujurat 1-2).

Setelah mendengar teguran itu Abu Bakar berkata, "Ya Rasul Allah, demi Allah, sejak sekarang aku tidak akan berbicara denganmu kecuali seperti seorang saudara yang membisikkan rahasia." Umar juga berbicara kepada Nabi dengan suara yang lembut. Bahkan konon kabarnya setelah peristiwa itu Umar banyak sekali bersedekah, karena takut amal yang lalu telah terhapus. Para sahabat Nabi takut akan terhapus amal mereka karena melanggar etiket berhadapan dengan Nabi.

Dalam satu kesempatan lain, ketika di Mekkah, Nabi didatangi utusan pembesar Quraisy, Utbah bin Rabi'ah. Ia berkata pada Nabi, "Wahai kemenakanku, kau datang membawa agama baru, apa yang sebetulnya kau kehendaki. Jika kau kehendaki harta, akan kami kumpulkan kekayaan kami, Jika Kau inginkan kemuliaan akan kami muliakan engkau. Jika ada sesuatu penyakit yang dideritamu, akan kami carikan obat.Jika kau inginkan kekuasaan, biar kami jadikan engkau penguasa kami"

Nabi mendengar dengan sabar uraian tokoh musyrik ini. Tidak sekalipun beliau membantah atau memotong pembicaraannya. Ketika Utbah berhenti, Nabi bertanya, "Sudah selesaikah, Ya Abal Walid?" "Sudah." kata Utbah. Nabi membalas ucapan utbah dengan membaca surat Fushilat. Ketika sampai pada ayat sajdah, Nabi bersujud. Sementara itu Utbah duduk mendengarkan Nabi sampai menyelesaikan bacaannya.

Peristiwa ini sudah lewat ratusan tahun lalu. Kita tidak heran bagaimana Nabi dengan sabar mendegarkan pendapat dan usul Utbah, tokoh musyrik. Kita mengenal akhlak nabi dalam menghormati pendapat orang lain. Inilah akhlak Nabi dalam majelis ilmu. Yang menakjubkan adalah perilaku kita sekarang. Bahkan oleh si Utbbah, si musyrik, kita kalah. Utbah mau mendengarkan Nabi dan menyuruh kaumnya membiarkan Nabi berbicara. Jangankan mendengarkan pendapat orang kafir, kita bahkan tidak mau mendengarkan pendapat saudara kita sesama muslim. Dalam pengajian, suara pembicara kadang-kadang tertutup suara obrolan kita.Masya Allah!

Ketika Nabi tiba di Madinah dalam episode hijrah, ada utusan kafir Mekkah yang meminta janji Nabi bahwa Nabi akan mengembalikan siapapun yang pergi ke Madinah setelah perginya N abi. Selang beberapa waktu kemudian. Seorang sahabat rupanya tertinggal di belakang Nabi. Sahabat ini meninggalkan isterinya, anaknya dan hartanya. Dengan terengah-engah menembus padang pasir, akhirnya ia sampai di Madinah. Dengan perasaan haru ia segera menemui Nabi dan melaporkan kedatangannya. Apa jawab Nabi? "Kembalilah engkau ke Mekkah. Sungguh aku telah terikat perjanjian. Semoga Allah melindungimu." Sahabat ini menangis keras. Bagi Nabi janji adalah suatu yang sangat agung. Meskipun Nabi merasakan bagaimana besarnya pengorbanan sahabat ini untuk berhijrah, bagi Nabi janji adalah janji; bahkan meskipun janji itu diucapkan kepada orang kafir. Bagaimana kita memandang harga suatu janji, merupakan salah satu bentuk jawaban bagaimana perilaku Nabi telah menyerap di sanubari kita atau tidak.

Dalam suatu kesempatan menjelang akhir hayatnya, Nabi berkata pada para sahabat, "Mungkin sebentar lagi Allah akan memanggilku, aku tak ingin di padang mahsyar nanti ada diantara kalian yang ingin menuntut balas karena perbuatanku pada kalian. Bila ada yang keberatan dengan perbuatanku pada kalian, ucapkanlah!" Sahabat yang lain terdiam, namun ada seorang sahabat yang tiba-tiba bangkit dan berkata, "Dahulu ketika engkau memeriksa barisa di saat ingin pergi perang, kau meluruskan posisi aku dengan tongkatmu. Aku tak tahu apakah engkau sengaja atau tidak, tapi aku ingin menuntut qishash hari ini." Para sahabat lain terpana, tidak menyangka ada yang berani berkata seperti itu. Kabarnya Umar langsung berdiri dan siap "membereskan" orang itu. Nabi melarangnya. Nabi pun menyuruh Bilal mengambil tongkat ke rumah Nabi. Siti Aisyah yang berada di rumah Nabi keheranan ketika Nabi meminta tongkat. Setelah Bilal menjelaskan peristiwa yang terjadi, Aisyah pun semakin heran, mengapa ada sahabat yang berani berbuat senekad itu setelah semua yang Rasul berikan pada mereka.

Rasul memberikan tongkat tersebut pada sahabat itu seraya menyingkapkan bajunya, sehingga terlihatlah perut Nabi. Nabi berkata, "lakukanlah!" Detik-detik berikutnya menjadi sangat menegangkan. Tetapi terjadi suatu keanehan. Sahabat tersebut malah menciumi perut Nabi dan memeluk Nabi seraya menangis, "Sungguh maksud tujuanku hanyalah untuk memelukmu dan merasakan kulitku bersentuhan dengan tubuhmu!. Aku ikhlas atas semua perilakumu wahai Rasulullah." Seketika itu juga terdengar ucapan, "Allahu Akbar" berkali-kali. sahabat tersebut tahu, bahwa permintaan Nabi itu tidak mungkin diucapkan kalau Nabi tidak merasa bahwa ajalnya semakin dekat. Sahabat itu tahu bahwa saat perpisahan semakin dekat, ia ingin memeluk Nabi sebelum Allah memanggil Nabi.

Suatu pelajaran lagi buat kita. Menyakiti orang lain baik hati maupun badannya merupakan perbuatan yang amat tercela. Allah tidak akan memaafkan sebelum yang kita sakiti memaafkan kita. Rasul pun sangat hati-hati karena khawatir ada orang yang beliau sakiti. Khawatirkah kita bila ada orang yang kita sakiti menuntut balas nanti di padang Mahsyar di depan Hakim Yang Maha Agung ditengah miliaran umat manusia. Jangan-jangan kita menjadi orang yang muflis. Na'udzu billah.....

Nabi Muhammad ketika saat haji Wada', di padang Arafah yang terik, dalam keadaan sakit, masih menyempatkan diri berpidato. Di akhir pidatonya itu Nabi dengan dibalut sorban dan tubuh yang menggigil berkata, "Nanti di hari pembalasan, kalian akan ditanya oleh Allah apa yang telah aku, sebagai Nabi, perbuat pada kalian. Jika kalian ditanya nanti, apa jawaban kalian?" Para sahabat terdiam dan mulai banyak yang meneteskan air mata. Nabi melanjutkan, "Bukankah telah kujalani hari-hari bersama kalian dengan lapar, bukankah telah kutaruh beberapa batu diperutku karena menahan lapar bersama kalian, bukankah aku telah bersabar menghadapi kejahilan kalian, bukankah telah ku sampaikan pada kalian wahyu dari Allah.....?" Untuk semua pertanyaan itu, para sahabat menjawab, "benar ya Rasul!"

Rasul pun mendongakkan kepalanya ke atas, dan berkata, "Ya Allah saksikanlah... Ya Allah saksikanlah... Ya Allah saksikanlah!". Nabi meminta kesaksian Allah bahwa Nabi telah menjalankan tugasnya. Di pengajian ini saya pun meminta Allah menyaksikan bahwa kita mencintai Rasulullah."Ya Allah saksikanlah betapa kami mencintai Rasul-Mu, betapa kami sangat ingin bertemu dengan kekasih-Mu, betapa kami sangat ingin meniru semua perilakunya yang indah; semua budi pekertinya yang agung, betapa kami sangat ingin dibangkitkan nanti di padang Mahsyar bersama Nabiyullah Muhammad, betapa kami sangat ingin ditempatkan di dalam surga yang sama dengan surganya Nabi kami.
Ya Allah saksikanlah... Ya Allah saksikanlah Ya Allah saksikanlah"
~sekadar merasa diri hamba~
Category:
��
7:29 AM | Posted in
dunia makin maju.. hidup makin senang..

dengan adanya segala serbi sekeliling kita... ingatkan kita lagi free.. rupanya kita jadik lagi sibuk..

makin banyak nikmat tuhan yang kita dapat.. rupanya kita makin jauh dengan Dia..

cuba kita renungkan..
sekarang banyak menda untuk senangkan kerja kita hari-hari kan??
macam2 ada.. aku amik contoh perkakas dapur je.. macam2 ada kat dapur kita... periuk letrik, dapur gas, peti ais, blender, oven, cerek letrik, dan macam-macam lagik.. TAPI..
Berapa orang yg pandai masak?? dan rajin masak?? (perempuan terutamanya.. jgn mare..).


Orang2 dulu walaupun takde elektrik.. dapat jugak luangkan masa mengaji malam2.
Orang2 dulu walaupun takde jalanraya.. dapat jugak pg masjid.
Orang2 dulu walaupun takde kapal terbang.. dapat jugak pg menuntut ilmu serata tempat.
Orang2 dulu walaupun senjata tak canggih.. tapi lawan penjajah siang malam.
Orang2 dulu walaupun idup susah.. tapi masih mampu nak pakai sopan-sopan.
Orang2 dulu walaupun idup miskin.. tapi xde dapat macam2 penyakit macam hari nie..
Orang2 dulu walaupun duit ciput.. tapi keluarga xde cerai berai cam sekarang..
Orang2 dulu walaupun kerja kuat.. tapi masih ada kmasa buat keluarga..
.................................

yang pasti, segala kemudahan dan kesenangan yg kita ada sekarang nie.. semuanya ujian untuk kita...

Hamba: Takut-takut nnt kita takde alasan nak jawab bila malaikat tanya.. kenapa kita tak jadi HAMBA yg TAAT?. Bimbang sekiranya nikmat yg kita ada sekarang menjadi bala pula buat kita..

Category:
��