Showing posts with label belasungkawa. Show all posts
Showing posts with label belasungkawa. Show all posts
10:53 AM | Posted in
Drp Abdullah bin 'Amar bi 'Ash r.a berkata: Rasulullah s.aw bersabda: "Sesungguhnya Allah Taala tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabutkan sekaligus daripada manusia, tetapi Allah taala akan menghilangkan ilmu itu dengan mematikan para ulama.." [H.R: Bukhari, Muslim dan Tirmizi]
pemergiann beliau diratapi ribuan manusia diseluruh dunia... kita bagaimana?

tanggal 7 Ogos 2009 yang lalu, seorang lagi ulama' besar telah kembali kesisi-NYA.
kembali kepangkuan kekasihnya.. kembali dengan membawa seribu jasa dan kebaikan.
Beliau ulama' al-Quran yang tersohor di bumi Syam.
Beliau,
Sheikh Abul Hasan Muhyiddin bin Hasan bin Mar'i bin Hasan Agha bin Ali Al-Kurdi Ad-Dari.

...............................................................................................................

dan beberapa hari lepas, Ustaz Asri pula telah kembali menuju Tuhan Maha Kekal.
Alunan nasyid, al-quran, zikir, doa dan azan daripada beliau sering menusuk jiwa.
Siapa boleh melupakan kesyahduan alunan nasyid beliau dalam album-album Nada Murni dan Rabbani.

Inilah yang selalu kawan pasang bila tengah-tengah malam. Gemersik Sufi, sangat berbaloi untuk dimiliki.




antara lagu-lagu yang mempunyai nostalgia sendiri buat kawan


HAMBA: dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. Moga Allah menganjari mereka dengan sebanyak-banyak kebaikan dari sisiNya.

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��
4:32 PM | Posted in
Al-Fatihah..
Seorang lagi ulama' besar dan pencinta dan pejuang agama Allah telah kembali kesisi-NYA..
Ustaz Dr Fathi Yakan.

Betapa banyak sumbanganya yang telah ditinggalkan demi agama suci ini.. Beliau telah merintis jalan-jalan yang sukar dibumi Lubnan.. Hanya Allah jua yang mampu membalasnya.. Moga Allah menganjari beliau dengan sebanyak-banyak kebaikan dari sisi-NYA.. Walaupun tidak pernah bersua, tapi buah fikiran dan usaha beliau akan sentiasa menjadi panduan dan kenang-kenangan oleh insan yang mencintai Allah dan Rasul..

anda semua mungkin perlu membaca ini... (apa ertinya saya menganut Islam??)

HAMBA: Sebutir mutiara permata lagi telah pun pergi meninggalkan kita.. kembali menghadap Penciptanya... Perjalanan beliau membawa seribu kebaikan dan jasa... bagaimana kita nanti?? adakah apa-apa yg bisa dibawa kelak?

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��