Raya tahun ini biasa-biasa sahaja bagi kawan.. sama seperti raya-raya dulu.. Perasaan: GUMBIRAA (banyak). SEDIH (sikit-sikit). KESAL (terlalu banyakkk). Cuma entah kenapa, seperti ada yang belum sempurna dalam hidup kawan.. kawan pun ngak pasti apakebendanya tu.. tapi, tiba-tiba juga sesuatu yang tak di sangka telah berlaku di luar imaginasi/jangkaan kawan! adakah ia...??

Photobucket

Tapi... yang pastinya, diorang kat atas ini lah yang paling SERONOK dan GUMBIRAA.. mana taknya duit raya dapat ber-riban-riban.. huh! best betul jadik budak-budak zaman sekarang.. duit raya warna merah!

Saat paling best raya bila semua diorang ada kat rumah di kampung.. Bergegar rasanya tiang seri rumah buruk kawan, bila diaorang duk berlari-lari dan bergusti ala-ala aksi WWF Smackdown!

apa-apa pun,
merekalah pengarang hati, jantung, peparu, limpa, pankreas dan medula oblongata kawan..

-----------------------------------

dan ini adalah si cantik manis dan si baik hati... kekasih hati, intan payung... anak sulung yang baru saja hadir dalam keluarga besar kawan pada Ramadhan lalu... moga kehadiran kamu akan jadi sinar terang buat kita semua.. selamat datang wahai anakanda saudaraku.... Aishah!

HAMBA: cuma membeli sehelai kemeja, seluar panjang dan kain pelikat.

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~

Comments

8 responses to "Raya oh Raya"

  1. razifembi On September 30, 2009 at 7:07 AM

    Jadila tu kan Tuan Hamba ...ada juga sempat'sapu' baju kemeja dan dll ...


    aishah rambut hitam and lebattt ... semoga menjadi insan yang berguna kelak ...

    InsyaAllah ...

     
  2. Makcu On September 30, 2009 at 7:30 AM

    cmelnye2 budok2 yg kaye -raye dpt duit raye ni...

    ~ek misteri btul pakcik yg dukung aishah, bapak mithali!

     
  3. lumut On September 30, 2009 at 8:14 AM

    anak kamu ker aishah tuh?comel.geram.

     
  4. hamba On September 30, 2009 at 7:52 PM

    @Razifembi: hehe.. tu pun pegi men'yapu' ptg sebelum raya.. entahla malas bebenor nk bersesak ngan org..
    ameen.. terima kasih tuan, dia mmg baik... asyik tidoo jaa.. :)

    @Makcu:
    ehem2.. kalo x mengikut pak sedaranya... nk mengikut sapa lagik.. hehe :).. erk!! apa yg misteri pasal pakcik tu?? bukan stakat mithali.., malah kacak bergaya juge..

    @Lumut:
    a'a.. aishah tu anak hamba la ... anak buah! hehe.. jgn geram dulu, duk jauh skit.. nnt kotor kena 'lumut' plak. :)

     
  5. Anonymous On October 1, 2009 at 11:46 PM

    ala.. blah la anak ko.. ngan pompuan pun penakut..

     
  6. hamba On October 4, 2009 at 6:54 AM

    @anonymous: erk.. mana ada gua takut sama perempuan.. segan jaa.

    maklumlah kenalah jaga tatasusila dan tatabahasa... :)

    ko ni sapa?

     
  7. nur On October 13, 2009 at 6:23 PM

    salam ziarah.. comelnyee
    teringat lagu aisyah yasin nie...

    Gadis riang ceria
    Tersenyum manis dan tertawa
    Debu pasir kota mulia
    Hinggap di pipimu Umaira

    Sutera Bahrain yang merah
    Litupi dirimu oh wanita
    Terpatri janji hidup bersama
    Kini kau kasih insan mulia

    Teman suka dan duka
    Bersama harungi segalanya
    Cemburumu bukan lagi rahsia
    Tanda kasih padu dijiwa

    Aishah Aishah... istimewa
    Aishah Aishah... si merah
    Aishah Aishah... bijak mulia
    Aishah Aishah... kau setia

    Cintamu cinta abadi
    Ke akhir hayat kau di sisi
    Halaman kauraudah yang suci
    Tempat kekasihmu bersemadi

    Aishah Aishah... istimewa
    Aishah Aishah... si merah

    Dan ujian melanda
    Badai fitnah semua menimpa
    Hentikan deraian airmata
    Kerna Tuhan tetap berkuasa
    Menjadi pelindung
    Dan ... segalanya

     
  8. hamba On October 15, 2009 at 6:48 AM

    @nur:
    erk.. abis satu lirik lagu kamu letak ye... :)

    lama tak dengar lagu ni..
    kalau dihayati balik peristiwa yang berlaku spt dalam rangkap akhir tu.. memang menyayat hati..

    Allah sendiri telah membenarkan isteri Rasulullah itu..

    Moga sesapa yang bernama Aishah..bisa jd seteguh Sayyidatina Aishah.