Ahh... betapa hati aku rasa sangat terkilan dengan media-media arus perdana di Malaysia sekarang. Aku malas nak ulas lebih-lebih, korang tengoklah sendiri. Cubalah tengok Utusan, intailah Buletin Utama TV3. Lebih-lebih lagi musim pilihan raya kecil PPP nie. Medianya sangat berat sebelah! Berita yang kecil, apabila melibatkan parti pembangkang akan diheboh-hebohkan. seolah inilah benda yang paling besar. Malah kalo ada pekara yang benar pun akan dikatakan salah.. tapi yang menghairankan aku, kesalahan yang dilakukan oleh pihak2 BN (baca: Be End). walau sebesar mana sekalipun, langsung tak disiarkan...
Inilah yang berlaku sekiranya media-media kita masih lagi dicengkam oleh kuku-kuku politik. Dimana KEBEBASAN MEDIA yang di war-war kan? Teringat masa belajar teori komunikasi di UPM suatu masa dulu. Memang telah lama disedari, bahawa banyak tangan-tangan jahat yang telah mengotori dunia media arus perdana sekarang. Dan betapa ampuhnya instrumen media dalam mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku individu.
Pesanan buat orang media: Rakyat TIDAK BODOH!! rakyat zaman sekarang (baca: Gen 2, bkn kreta) tidak hanya menelan apa yang disuap kepada mereka. Mereka tahu menilai sesuatu bahan berita itu. Samaada buruk atau tak elok.. Buktinya? Lihat sahaja PRU 12 yang lepas. Masihkan kau ingat, betapa jahatnya media perdana kita meracuni fikiran-fikiran pengundi Malaysia. Tanpa sedikit pun memberi ruang kepada PR (BA) memberi penjelasan. Tapi, rakyat tetap juga memilih yang haq. Lihat sahaja di Kelantan yang dimomokan di media bakal ditawan BN, akhirnya kerajaan pimpinan Tok Guru juga yang menang besar (diluar jangkaan). Bahkan lebih memalukan, 4 negeri lain berjaya ditawan pembangkang! Termasuk menyapu bersih parlimen2 WP K. Lumpur. Mereka mungkin tak serik atau perasan.
Kita semua menunggu ombak kedua tsunami negara ini yang akan terus menenggelamkan semua mereka. Kerna kita semua tahu ombak kedua tsunami adalah lebih bahaya/besar daripada ombak yang pertama.
HAMBA: Berwaspadalah kamu orang media, setiap patah perkataan, huruf dan apa sahaja yang kamu sampaikan. Sungguh! Kamu semua akan ditanyai tentang semua itu kelak. Berwaspadalah kamu. Celakalah bagi orang yang tidak mahu mengikut apa yang ALLAH perintahkan.. Sedangkan DIA-lah yang telah menjadikan dan mengajar kita sekalian.
keCinTaaNku
~ya Allah, sesesunguhnya kami memohon cinta-MU.. dan cinta orang-orang yang mencintai-MU.. dan mencintai amal yang akan mendekatkan kami kepada cinta-MU~
Ya Allah.. Leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku.. kerana di situ tidak ku mampu mengumpul dua cinta..menasihati diri sendiri
*carilah ilmu mengenal Allah*
*tanamkan takut neraka Allah*
*semaikan harap syurga Allah*
*carilah keredhaan Allah*
*tanamkan takut neraka Allah*
*semaikan harap syurga Allah*
*carilah keredhaan Allah*
Kaulah yang Maha Esa.Kaulah yang Maha Pengasih.Kaulah yang Maha Penyayang.Tiada hidup tanpaMu.
Kaulah yang Maha Agung.Kaulah yang Maha Mengetahui.Tuhan dunia akhirat.Tiada aku tanpaMu.
Bilaku rasa pilu.Bilaku rasa resah.Bilaku kekosongan.Kau tempatku mengadu.
Oh tuhan yang satu.Engkaulah tuhan yang satu.Segala puji-pujianku tujukan padaMu..padamu.
Dan hidup dan matiku hanyalah..
UntukMu..untukMu...untukMu..
~mata melihat alam; hati melihat TUHAN~
man ana?
- hamba
- aku insan hina, fakir dan jahil disisi Tuhanku... aku cari hanya rehdaNya.. aku harap hanya kasihNya.. moga tak tersadung pada jauh jalanan ini.
dengarTAAT
nak ikut?
sila.. sila..
Labels
- anak2 kecil pendamai jiwa (11)
- belasungkawa (2)
- daerah (3)
- darussyifa' (3)
- entertainment (7)
- ingati aku.. (40)
- isu semasa (26)
- my song (3)
- politikus (8)
- sekeliling aku.. (25)
- senyumlah sikit... (6)
- techno (2)
- video (14)
3 responses to "menyakitkan hati....."
dorang semuaaa kan tak sedar2...dorang semuaa ingat dorang ttp kat ataas slama2nya...
Sungguh kesian sekiranya mereka beranggapan demikian... sungguh...
"berilah petunjukMu kpd mereka ya Allah..."
Benar sekali.
Aku cukup kesian melihat pembaca berita yg bertudung (sepatutnya tinggi nilai moralnya) tetapi membaca berita yang sangat rendah nilai keintelektualannya, penuh dengan manipulasi, provokasi dan perkauman.
Hamba, terima kasih berkunjung ke laman aku dan menininggalkan bekas yang sangat aku alu-alukan.