9:45 PM | Posted in
Sapa tak kenal dia??mmg dia pandai berlakon..Seme character dia bleh bawak.. sedih, jahat, superhero, klako.. Seme nangis keluar ingus kot idung bila dia blakon sedih.. Dia hanseme, banyak pitis (duit), dan macam-macam lagik.. semenya dia..
Tapi apa yg dia sumbang kat Malaysia, kat kita??apa dia bagi kat kita?? aku memang tak paham.. Kita yang bagi kat dia adalah... dok anjurkan IFFA tetiap tahun..
Dia menyumbang industri Pelancongan???? aduss.. pikirlah kalo nak bercakap tu... jangan main hentam jee... menteri tu..
#Dia tu tau ke Melaka kat mana?? aku rasa dia tak ingat pun..
#Ada ke study/data yang dia telah tingkatkan pelancongan kita??
#Kenapa tak bagi kepada Pengarah @ Penerbit filem tu..??? kan diorang yang tentukan kat mana nak buat shooting..
#Baik bagi kat pelakon filem tamil... diorg buat shooting kt sini gak!
#Letihla nak bagi anugerah.. kalo setiap orang luar buat shooting kat sini.. bagi Datuk..
Kalo filem tu macam filem Steven Spielberg boleh tahan la sket... nie filem ko gelek sana, aku gelek sini...

Kesian aku kat ulama'-ulama' di Malaysia nie.. betapa besar jasa mereka... betapa banyak keringat mereka mempertahankan agama ini dengan ilmu dan jihad mereka... siang malam.. tapi dapat apa??

lbh memalukan... dia tak datang pun untuk amik anugerah tu... "Sekarang sapa yang malu?? aku pun tumpang malu..

HAMBA: Kenapa tak bagi kat Juhi Chawla skali..?? kan dia heroin...

Category:
��
7:26 PM | Posted in
“Saya membuat laporan ini kerana telah difitnah oleh Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar dan pegawai-pegawai agensi itu yang mengatakan saya meminta rasuah wang dan seks.

Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.''

“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.

Itulah antara ayat2 yang paling celaka yang aku baca 2 hari lepas....

Walaupun aku pro-PR... tapi tindakan daripada mereka memang aku takleh terima.. MEMANG CELAKA.. yang BATIL TETAP BATIL... yg HAQ TETAP HAQ!!.. Soal diperangkap atau tak tu soal no. 2... korang2 tu kan ada akal boleh FIKIR... bukan BUDAK-BUDAK SAKIT MENTAL!

"MASAKAN ZINA DISAMAKAN DENGAN SEDEKAH".... memang darah aku mendidih, menyirap ke kepala.... dan diaorang tak rasa bersalah atas apa yang dibuat...

Jangan kerana nila setiti rosak susu sebelanga.. Jangan biarkan virus seperti ini menghancurkan Islam...

Category:
��
8:02 PM | Posted in
Ahh... betapa hati aku rasa sangat terkilan dengan media-media arus perdana di Malaysia sekarang. Aku malas nak ulas lebih-lebih, korang tengoklah sendiri. Cubalah tengok Utusan, intailah Buletin Utama TV3. Lebih-lebih lagi musim pilihan raya kecil PPP nie. Medianya sangat berat sebelah! Berita yang kecil, apabila melibatkan parti pembangkang akan diheboh-hebohkan. seolah inilah benda yang paling besar. Malah kalo ada pekara yang benar pun akan dikatakan salah.. tapi yang menghairankan aku, kesalahan yang dilakukan oleh pihak2 BN (baca: Be End). walau sebesar mana sekalipun, langsung tak disiarkan...

Inilah yang berlaku sekiranya media-media kita masih lagi dicengkam oleh kuku-kuku politik. Dimana KEBEBASAN MEDIA yang di war-war kan? Teringat masa belajar teori komunikasi di UPM suatu masa dulu. Memang telah lama disedari, bahawa banyak tangan-tangan jahat yang telah mengotori dunia media arus perdana sekarang. Dan betapa ampuhnya instrumen media dalam mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku individu.

Pesanan buat orang media: Rakyat TIDAK BODOH!! rakyat zaman sekarang (baca: Gen 2, bkn kreta) tidak hanya menelan apa yang disuap kepada mereka. Mereka tahu menilai sesuatu bahan berita itu. Samaada buruk atau tak elok.. Buktinya? Lihat sahaja PRU 12 yang lepas. Masihkan kau ingat, betapa jahatnya media perdana kita meracuni fikiran-fikiran pengundi Malaysia. Tanpa sedikit pun memberi ruang kepada PR (BA) memberi penjelasan. Tapi, rakyat tetap juga memilih yang haq. Lihat sahaja di Kelantan yang dimomokan di media bakal ditawan BN, akhirnya kerajaan pimpinan Tok Guru juga yang menang besar (diluar jangkaan). Bahkan lebih memalukan, 4 negeri lain berjaya ditawan pembangkang! Termasuk menyapu bersih parlimen2 WP K. Lumpur. Mereka mungkin tak serik atau perasan.

Kita semua menunggu ombak kedua tsunami negara ini yang akan terus menenggelamkan semua mereka. Kerna kita semua tahu ombak kedua tsunami adalah lebih bahaya/besar daripada ombak yang pertama.

HAMBA: Berwaspadalah kamu orang media, setiap patah perkataan, huruf dan apa sahaja yang kamu sampaikan. Sungguh! Kamu semua akan ditanyai tentang semua itu kelak. Berwaspadalah kamu. Celakalah bagi orang yang tidak mahu mengikut apa yang ALLAH perintahkan.. Sedangkan DIA-lah yang telah menjadikan dan mengajar kita sekalian.
Category:
��


Beberapa minggu lepas... ada seorang sahabat tanya aku..

dia: "Woit.. apebenda yang paling hang suke?"
aku: "Hmmm...
BUDOK KECIK-BABY!! "

dia: baby?? hahaha.. tak sabor nak kawin ke??
aku: "Hish.. xde lah... bukan camtu... "

tau tak kenapa budak kecik orang paling istimewa??

# Diaorang tak de dosa, kata org putih PURE!... tak macam kite nie, hari2 duk tambah loading dosa!
# COMFIRM masuk syurga!! ...tak macam kita semua macam dah duduk kat tebing-tebing neraka dah..
# Diaorang tak penah buat maksiat... tak macam kita, tiap-tiap hari buat maksiat, tiap-tiap hari duk lawan ngan ALLAH..
# diorang jujur sesangat... tak macam kita asyik duk TEMBERANG je hari-hari...
# diaorang boleh tolong mak abah diaorang, kat akhirat nanti, kalo mati time kecik... tak macam kita, tak abis-abis menyusahkan mak bapak dari hidup sampailah diaorang mati..
# baby lah manusia paling hansem kat dunia... cuba tengok, baby kucing pun lebih encem drp kita..
# Semua benda dia nak mesti dapat, nagis sket je dapat... kita?? nangis laa.. dapat peyepak ada la...
# diaorang ada orang yang sayang dia sepenuh hati... tak macam kita, xde sesapa pun lg....




DOAKU: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74) ... ya ALLAH apalah kiranya kau perkenankan permohonan kami....
11:16 PM | Posted in ,




��
10:05 PM | Posted in ,

How much humanity
must i give to be human
in a world like this?
we must fight
for value which purify
and by fighting
we slip from humanity.

to be human
we must soften the enemy
with gentleness
but always
shielding ideals
from ourselves and our adversaries.

and in the battles
we destroy civilizations
that climb into mind
in moments of maturity.

but confrontations
are still moments
when we begin to die
and we descend history's hill
after the passionate ascent;
two movements that make us.
in truth, we go nowhere.

how hard to be soft
how bitter to be sweet
how cruel to be just

what are we here?
mere creatures among animals,
or man among angels
that live with the senses
and the forgotten reason,
and dreaming a heaven
not for us.

Muhammad Haji Salleh
The Travel Journals of Tenggang 2 (pg: 44)

��
9:38 AM | Posted in ,
Kaulah yang maha esa
Kaulah yang maha pengasih
Kaulah yang maha penyayang
Tiada hidup tanpamu

Kaulah yang maha agung
Kaulah yang maha mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpamu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
Oh tuhan yang satu
Engkaulah tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padamu..padamu
Dan hidup dan matiku hanyalah
Untukmu..untukmu...untukmu


��
10:57 PM | Posted in
Apa Ertinya Saya Menganut Islam Apa Ertinya Saya Menganut Islam kefahamanku Buku tulisan Fathi Yakan.

HAMBA: Nantikan ebook yang lebih seterusnya...
Category:
��