Drp Abdullah bin 'Amar bi 'Ash r.a berkata: Rasulullah s.aw bersabda: "Sesungguhnya Allah Taala tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabutkan sekaligus daripada manusia, tetapi Allah taala akan menghilangkan ilmu itu dengan mematikan para ulama.." [H.R: Bukhari, Muslim dan Tirmizi]
pemergiann beliau diratapi ribuan manusia diseluruh dunia... kita bagaimana?
tanggal 7 Ogos 2009 yang lalu, seorang lagi ulama' besar telah kembali kesisi-NYA.
kembali kepangkuan kekasihnya.. kembali dengan membawa seribu jasa dan kebaikan.
Beliau ulama' al-Quran yang tersohor di bumi Syam. Beliau,
Sheikh Abul Hasan Muhyiddin bin Hasan bin Mar'i bin Hasan Agha bin Ali Al-Kurdi Ad-Dari.
dan beberapa hari lepas, Ustaz Asri pula telah kembali menuju Tuhan Maha Kekal. Alunan nasyid, al-quran, zikir, doa dan azan daripada beliau sering menusuk jiwa. Siapa boleh melupakan kesyahduan alunan nasyid beliau dalam album-album Nada Murni dan Rabbani.
Inilah yang selalu kawan pasang bila tengah-tengah malam. Gemersik Sufi, sangat berbaloi untuk dimiliki.
antara lagu-lagu yang mempunyai nostalgia sendiri buat kawan
HAMBA: dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. Moga Allah menganjari mereka dengan sebanyak-banyak kebaikan dari sisiNya.
kau akan kembali lagi kembali seperti Ramadhan semalam yang telah berlalu kembali membawa seribu kegembiraan buat kami engkaulah tetamu, pujaan hati kami pasti akan ku sambut mu sepenuh jiwaku
Awalmu Rahmat apalah erti wujudnya kami di dunia andai tanpa rahmat-Mu Tuhan yang Maha Kaya
tanpa rahmat-Mu jadilah hamba seorang celaka tanpa rahmat-Mu jadilah hamba seorang hina kerna kami hanyalah hamba yang lemah lagi tiada upaya
kerna kerdilnya kami menumpang dihujung bumi yang Kau cipta telah benarlah semua yang telah nyata perihal nikmat dan azab siksa wahai Tuhan, simpangkan kami jauh dari peritnya neraka wahai Tuhan, nyamankanlah kami dengan senangnya syurga temukanlah kami dengan Muhammad yang kami cinta moga terluah segala rindu kami di dalam setiap rongga dada moga terubat segala kasih yang setia hanya ini rintahan hamba kerna kau lebih tahu siapa jujur dan siapa pendusta
Pertengahanmu Pengampunan kepada siapakah lagi kami akan mengadu selain kepada-Mu Tuhan kami yang satu telah kami tinggalkan sekian banyak waktu-waktu dengan dosa dan kemungkaran yang telah lalu hati dan jiwa kotor ini rasanya terlalu pilu
bila terkenangkan nasib diri di Masyhar Mu hanya kurnia dan ehsan Mu yang kami pinta di situ Ya Allah, tutupkanlah aib kami.. kami sangat malu Ya Allah, terimalah taubat kami.. hanya pada-Mu kami merayu
Akhirmu Pelepasan Neraka panasnya bakaran tiada akan henti membakar diri dan jiwa setiap insani yang sering derhaka dan mengingkari aku sering bertanya pada diri sendiri apakah akan ada pendinding buatku nanti? di hari aku tidak hiraukan lagi mana kanan dan mana kiri di saat yang tiada lagi aku kenal siapa disisi, di waktu yang tiada kutahu siapa wanita dan siapa lelaki Ya Allah terimalah pengaduan kami ini apalah kiranya jika Engkau lepaskan kami dari azab-Mu ini yang tiada terperi
Ya Allah.. Sampaikanlah kami kepada Ramadhan Jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini Aku berharap Ramadhan esok.. bukan seperti kemarin
Ramadhan, aku tak pasti tahun-tahun sebelum ini telah seringkali berlalu tinggalkan aku dalam ingat dan lupa aku tak mahu lalai lagi aku tak mahu kecewa lagi sampaikanlah kami kepadamu temukanlalah kami dengan malam al-qadar benarkanlah hati ini bemunajat kepada Tuhan bersama denganmu Ramadhan
mudah-mudahan dapat kami jadi hamba Tuhan yang bertaqwa
hamba, 21 Syaban 1430H, 12.16am
Serdang, Selangor Darul Ehsan
Hamba: Ya Allah, jadikanlah kami antara hamba-hambaMu yang akan melalui Ar-Raiyan
kawan telah membalikkan diri ke kampung halaman bagi mengurangkan tahap kebosanan diri yang melampau.. membazirkan masa dan bersiar-siar tanpa arah tujuan telah menjadi tabiat semulajadi kawan bilamana balik ke kampung.. dan masa kawan jalan2 kawan sungguh terkejut + bangga bile pertama kali melihatkan papantanda yang tersebut.. macam mana la kawan tak perasan TRG mempunyai nama tandas yang sebegini canggih.. kawan pun dengan perasaan ingin tahu yg mendesak, tanpa segan dan malu terasa ingin mengetehnya.
pelbagai persoalan bermain dipikiran kawan... Apakah yang sangat eksklusif?? Adakah tak perlu flush selepas menggunakannya?? Adakah kawan akan merasai suasana 4 musim didalamnya?? Adakah kawan akan diarak dengan paluan kompang bila memasukinya?? Apakah akan ada layanan VVIP di dalamnya buat kawan??
berbekal duit 50 sen yang masih berbaki.. kawan pun memberanikan diri memasukinya..
dengan hati yang berdebar-debar, kaki kiri kawan mula melangkah masuk kedalamnya..
Rupa-rupanya....
Lokasi: Taman Syahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu
hari-hari kawan beberapa minggu lepas rasanya sangat sunyi..sepi..senyap.. Hari-hari yg berlalu rasanya sangat lama..
-SEPI 1: dgn keadaan kekasih kawan yang masih lagi tak sihat.. cukup buatkan kawan sunyi-sepi. Dialah yang paling setia dgn kawan sejak 3 tahun lepas.. Tapi sampai skrg, dh hampir 3 minggu dia xde di sisi kawan.. Tanpa dia seme keje x jadik.. tanpa dia diri rasa serba x kena.. banyak urusan x dapat nak dibereskan tanpa dia.. Dialah yang slalu menghiburkan kawan bila kawan sunyi.. Macam2 lagu dia mainkan untuk kawan.. nashid, pop, rnb malah kadang2 rock dan heavy metal jgak.. Tapi 2 mingu lepas IBU-PAPANnya rosak teruk dan perlu diganti.. dan nampaknya dia berjaya jgak untuk mengopakkan poket dan menjatuhkan status kewangan kawan.. Ohh.. ACER!!
-SENYAP 2: Selasa lepas sekolah kawan jadik senyap sunyi.. kebanyakan manusia ilang entah kemana.. Bukan stakat macam "padang jarak padang terkukur" saja, malah macam padang ragut jgak.. Semua manusia yg sedang gigih ingin menuntut ilmu diminta pulang ke kampung halaman masing2.. "kuarantin!":kata mereka yg berbaju putih dan berlambang bulan sabit merah.. Tapi kawan agak kompius, kalo kuarantin kenapa boleh balik?? Ape-ape pun kawan harap sangat2 supaya sekolah kawan dan negara kawan diselamatkan daripada pandemik ini.. Moga Allah selamatkan kita semua daripadanya... Nyah segera engkau H1N1!!
SUNYI 3: member kawan udah berpindah-randah ke Terengganu.. jadinya kawan duk sorang la skrg.. member kawan nie mmg mantap.. Jauh jika nak dibandingkan dengan dgn kawan. Akhirnya cita2 beliau utk menjadi manusia yg suka berSYARAH..akhirnya terlaksana.. Harapnya beliau dapat MEMANUSIAKAN MANUSIA di sana nanti. Selamat berSYARAH dan menjadi papa ABBE!!
SENYAP SUNYI 4: s.k.................. hanya DIA yg tahu betapa kawan......
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda [kebesaran] Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [al-Isra': 1]
Terlalu banyak rahsia-pengajaran daripada peristiwa Isra dan Mikraj yg dilalui oleh Nabi Muhammad yg kita cintai.... salah satunya adalah mengenai kefardhuan SOLAT.
Daripada Abdullah ibn Amru berkata, pada suatu hari, Nabi SAW menyebut tentang solat dengan sabdanya: "Sesiapa yang memelihara solat maka baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, maka tiada baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan. Pada hari kiamat, dia akan bersama Qarun, Firaun, Haaman dan Ubai ibn Khalaf". (riwayat al Tabrani dan Ibnu Hibban)
Sabda Rasulullah SAW: "Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain". (al Tabrani).
Wahai kaum Muslimin! Bertakwalah kalian kepada Allah dan peliharalah solat serta tunaikanlah kerana Allah pada waktunya dengan khusyuk.
Berhati-hatilah kalian agar harta, keluarga, perniagaan, kemegahan, takhta dan pemerintahan tidak menyibukkan dan melalaikan kalian dari menunaikan solat.
Tingkatkan kualiti Solat kita..
Sholat Khusyu Itu Mudah
hamba:wahai orang2 yg beriman, mintalah pertolongan dengan sabar dan solat.. sesungguhnya Allah beserta orang2 yg sabar [al-Baqarah: 153]JOM SOLAT!
Dalam pada kita dok riso2 pasal selsema ba.alif.ba.ya (influenza A) skrg nie.. ramai org terlupa pasal satu penyakit berjangkit (communicable disease) yang tengah berhantu dan mengila H1N1 sekarang.. terutamanya di Selangor nie.. DENGGI!
memandangkan kawan pernah blajar dulu pasal aedes dan denggi ini dulu.. maka kawan nak kongsi sikit mana2 yg kawan masih ingat..
bukan apa.. belom sampai sebulan pun kawan dengar sorang staf kat tempat keje kawan meninggal pasal denggi (denggi berdarah) nie.. Isnin lepas, boss kawan pulak masuk spital Putrajaya, x kluar2 lagik... jugak sebab DENGGI! Kesian boss kawan, time pegi melawat petang td platlet dia= 20!!
Sedikit fakta yg mungkin korang semua dh tau @ x tau:
hanya nyamuk Aedes betine je yg gigit manusia.. yg jantan seme baik2 ati
kitar hidup Aedes [dari telur kpd dewasa = 1 minggu]
12,562 kes denggi (bg Selangor shj!!) - dari 1 Jan -27 Jun 09
berbeza dgn spesis lain yg gigit, bertelur dan mati,.... Aedes boleh gigit seseorang bergilir-gilir dalam masa yg singkat.
AKTIF pada waktu pagi [5am - 7am] dan senja [6pm -8pm]... kesilapan banyak orang, pasang ubat nyamuk time nak tidur atau lewat malam je.. aedes xde masa tu!! kalo nak pasang ubat nyamuk, pasang dari petang lagik.
ada 4 jenis virus denggi yg berbeza... dan xde lagi vaksin khusus utk lawan virus nie.
aedes dewasa yang bertelur akan turunkan virusnya kepada bakanya.. (tanpa perlu gigit orang yg ada denggi)
kalo korang kena denggi.. kawan cadangkan makan sup ketam nipah dan minum 100plus banyak2.. dikatakan mujarab utk naikan platlet dan ganti elektrolit yg ilang.
virus denggi akan menyebabkan paras platlet (platlet; bahan dalam darah yg bantu dlm proses pembekuan darah) dalam darah kita jatuh secara mendadak.. menyebab berlakunya pendarahan tak berenti-renti dlm badan.. dan akhirnya boleh bawak kpd MATI!!
langkah yg terbaik setakat ini adalah : CEGAH Aedes dari beranak pinak dan piknik kat sekitar umah korang
Tanda2 yg korang mungkin kena Denggi
Demam kuat mengejut dan berterusan
Ruam
Sakit tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit Perut
Pendarahan kt badan, hidung dan mulut
Kalo badan rasa lain macam tu.. cepat2 la pegi check kat spital.. Peratikanlah anak-anak kecik korang, adik-adik korang... ishh.. kesian sangat2 kalo budok-budok kecik ni kena demam denggi.
HAMBA: patut la orang tua2 dulu, suruh jgn main-main2 kat luar-masuk rumah-tutup tingkap2- time maghrib. Sbb aedes bermaharajalela time tu.
~ya Allah, sesesunguhnya kami memohon cinta-MU.. dan cinta orang-orang yang mencintai-MU.. dan mencintai amal yang akan mendekatkan kami kepada cinta-MU~
Ya Allah.. Leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku..
kerana di situ tidak ku mampu mengumpul dua cinta..