"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raf: 179
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raf: 179
Sami Yusuf (You came to me)
hamba yang fakir disisi Tuhannya~
di serambi malam
dicabik tangan-tangan serigala
HAMBA: Berhentilah berkelahi sesama kita.. Berhentilah saling tuduh menuduh menunding jari.. Bantulah mereka yang bersalah dan tersalah ini.. Bersamalah kita tegakkan syiar Islam dan pesan Muhammad s.a.w.. Mudah-mudahan kita kan jadi umat yang saling berkasih sayang dan berperasaan..
KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin. -Harian MetroMANUSIA SEMAKIN KEJAM...
MANA HILANGNYA CINTA DAN KASIH SAYANG???
Ya Saiyidi... Ya Rasulullah..
Engkaulah penutup sekalian para nabi dan rasul
Engkaulah rahmat buat sekelian alam
Engkau ibarat cahaya purnama yang menerangi seluruh buana
Engkaulah pemilik akhlak teragung
Siapa yang tidak tenggelam dalam cinta kepadamu
Ya Rasululluh..
Betapa kasih sayangnya kau pada kami, umatmu
Kau rela dilempari batu-batu Taif, demi kami..
Kau rela tembus luka pipi tatkala perang, demi kami..
Kau rela menahan lapar selama berhari-hari, demi kami..
Kau rela mengikat batu diperutmu, demi kami..
Kau rela jatuh dan patah gigimu, demi kami..
Kau rela menolak mewah dunia.. hatta matahari dan bulan, demi kami
Kau rela dihina dan disakiti, demi kami..
Kau rela menanggung seluruh sakit sakaratul maut, demi kami..
Siapa yang tidak tenggelam dalam cinta kepadamu
Maafkanlah kami, kerna masih sombong diri
Maafkanlah kami, kerna masih berat berselawat pada mu
Maafkanlah kami, kerna sering lalai dari sunnah mu
Maafkanlah kami, kerna sering melupakan mu
Betapa banyak telah kau berikan dan korbankan buat kami
Siapa yang tidak tenggelam dalam cinta kepadamu
Ya Rasulullah..
Sampaikanlah kami kepada mu
Terimalah cinta kami pada mu
Ringankanlah lidah ini selalu mengucap selawat pada mu
Kuatkanlah hati dan anggota ini melaksanakan sunnah mu
Berikanlah kami minum air telaga Kauthar dari telapak tangan mu
Benarkanlah kami melihat wajah dan mengucup tubuh mu
Jadikanlah mimpi-mimpi kami sebagai pertemuan dengan mu
Temukanlah kami dengan ahlul bait serta para sahabat mu
Sertakanlah kami dikalangan orang-orang yang mencintai mu
Tempatkanlah kami bersama-sama dengan mu di akhirat nanti
Kurniakanlah syafaat mu kepada kami
Tetapkanlah kami untuk mengikut jalan mu
Ya Allah,
Perkenankanlah permohonan hamba..
Jadikanlah Allah dan Muhammad yang paling kami cintai.. melebihi segala apa yang di dunia ini. Zahirkanlah cinta ini pada hati dan amal perbuatan kami..
Hamba yang faqir ini bukanlah mahu berbicara perihal hati yang jelas tampak ini... tetapi Hati Nurani.. Latiifatul Rabbaniyah.. Hati inilah yang dapat menerima sinaran nur ma'rifat dari Allah, bahkan ialah yang menerima tajalli Tuhan.. menanggung amanah dan rahsia Tuhannya. Ianya merupakan hakikat Insan.
Mengapa kita manusia diciptakan Allah SWT memiliki hati?
Semua kita tahu bahawa dengan hati inilah kita dapat merasa atau berperasaan, kadang hati ini senang, bahagia, sedih, kecewa, khawatir.. dengan hati ini manusia memiliki rasa cinta, kasih sayang, dan cemburu, amarah dan kebencian.
Perihal hati sungguh ajaib...
ia bagai lautan luas yang tak bertepi.. dan jurang dalam yang tak berdasar..
ia tak perlukan huruf dan kata untuk berbahasa..
ia bisa jadi yang tersuci juga terkeji..
Hati inilah tempat pandangan Allah..
Dia bagai sultan di dalam sebuah negeri.. segala keputusan dan pilihan di tentukan olehnya.. Akal dan nafsu hanyalah penasihat... anggota pula adalah pelaksana keputusan hati..
Hati inilah yang akan berjalan menuju Allah.. segala anggota dan pancaindera sebagai kenderaan.. dan kehidupan ini adalah jalannya..
Di dalam hati juga terhimpun segala-galanya...
- ada jujur.. ada khianat..
- ada redha.. ada hasad..
- ada ikhlas... ada riak..
- ada sayang.. ada benci..
sungguh.. betapa misterinya hati..
walau jasad terpenjara.. tapi hati tetap bebas..
walau mulut sering berkata dusta.. tapi tahu segalanya.
walau jasad tak pernah bersua.. tapi hati selalu terkenang..
walau mata tidak pernah melihat... tapi hati rasa tertaut..
semakin jauh berada.. semakin dekat terasa..
Sama-samalah kita menjaga hati..
Kerna hati juga ada racun dan penyakit yang dapat merosakkan dan mematikannya..
Suasana politik sekarang sangat hina, kotor dan jijik sekali...
tidak hanya 'mereka'... tapi juga 'kita'!
Terkadang yang salah kita tegakkan..
Terkadang yang benar kita injakkan.. untuk harga sebuah undi dan majoriti.
kita kata..
yang benar hanya kita
yang salah tentunya mereka
mengapa mudah besar diri? apa sebenarnya yang kita cari?
dimanakah.. teman karib?
atas nama kuasa.. kau korbankan segalanya
tiada lagi kasih sayang dan hormat setia
hanya bila temanmu jatuh.. ia bisa buat kau gembira
bukan maksudku semua... tapi ada beberapa sisa..
ini bukan salah politik...
tapi angkara tangan dan hati yang jahat itu sendiri
pesan buat semua ahli politik Malaysia.. tingkatkan prestasi anda, kurangkan politiking..
Hamba: kawan rindukan saat kita tiada punya apa-apa..
Di sini aku jauh dari manusia pendusta.. Di sini tiada jiwa yang bersifat haloba..
Di sini tiada suara suka mengadu domba.. Di sini tiada kata menyakitkan jiwa..
Yang ada, hanya tenang dan damai..
Hanya kelah, toman, baung, sebarau, lampan dan seluang menjadi teman akrab.. juga bersama-sama sang helang dan musang yang mencari habuan..
Perjalanan selama 6 jam ke Taman Negara Kenyir Terengganu dengan menaiki houseboat benar-benar suatu kerehatan.. Detik bertemankan ikan, unggas dan pepohon selama 3 hari itu rasanya terlalu bermakna..
Hati dan tubuh ini terasa bagai lemas dalam dinginnya air di jeram..
Tidakkah kaum muslimin sedar??
Bukankah kita telah dan sedang di injak-injak di seluruh ceruk dunia..
Adakah mereka lupa apa yang berlaku pada saudara mereka di Ambon, Kepulauan Maluku, Iraq, Bosnia, Chechnya, Afghanistan, Sudan, dan Palestine??
Kononnya kita mahu menjalin toleransi dan tolak ansur..
Toleransi bagaimana yang kalian maksudkan??
Mengapa dalam tolak ansur.. kitalah yang sering 'ber-ansur' dan 'di-tolak'??
Sedarkah kalian sedar, toleransi yang melampaui batas Quran dan Hadis inilah yang telah membakar dan mengorbankan seluruh umat Islam di Kota Ambon suatu masa dulu.. Dek kerana terlebih toleransi, umat Islam bersungguhan mengawal gereja tika hari Natal bersama botol-botol arak.. dan balasannya, dada mereka pula ditusuk tajam pada pagi Aidilfitri.
Sungguh..
..kita dilarang sesekali menghina dan mencemuh sembahan mereka.
..merosakan tempat dan bahan sembahan mereka adalah terlarang dalam Islam.. hatta sewaktu gawatnya peperangan.
..mereka bebas mengamalkan pegangan mereka masing-masing.
bagi merekalah agama mereka dan bagi kitalah agama kita
Tetapi, apabila sesuatu pekara melibatkan kepentingan muslim.. maka kepentingan muslim itulah yang menjadi lebih utama. Terutamanya bagi suatu pekara yang jelas lebih besar mudarat dari manfaatnya..
Sering tertanya-tanya apakah relevannya mereka ingin menggunakan kalimah Allah.. di tengah-tengah umat melayu yang kebanyakannya adalah Islam ini.. dan juga setelah sekian lama kita hidup harmoni bersama-sama.. Adakah ada alasan, selain daripada tujuan penyebaran agama mereka??
Kita tidak pernah melarang mereka mengakui bahawa alam semesta ini diciptakan oleh Allah, kiranya mereka ikhlas dan benar... tetapi yang kita mahu mereka jelaskan adalah.. Allah yang mana satukah yang mereka maksudkan?? Allah yang Esa atau Allah yang tiga dalam satu?? Tiada juga halangan sekiranya mereka ingin menggunakan kalimah ini dengan penuh kesedaran... tapi bukan untuk penyebaran aqidah mereka!
Andai kamu terlalu mencintai isterimu dan marah jika kehormatannya dinodai oleh orang lain... Bagaimana pula kamu boleh bersikap tenang terhadap mereka yang ingin menodai PENCIPTA kamu dan PENCIPTA isterimu?? Yang lebih mencintai kamu dari isterimu??
Adakah kaum muslimin rela dan redha sekiranya lafaz Al Jalalah (الله) ini diletak didalam gereja dan juga ditubuh manusia bersalib?? Adakah kaum muslim rela gereja = baitullah.. bible = kitabullah.. adakah kamu rela??
Mempertahankan akidah Islam bukan hanya pada mempertahankan nama Allah.. TAPI.. Ini adalah SALAH SATU cara untuk mempertahankannya.. jadi kenapa kita tak mempertahankannya sekiranya kita tahu dan berupaya untuk melakukannya??
Walaubagaimanapun.. kawan optimis, isu ini akan reda.. dan kita boleh hidup harmoni bersama.. andai kita saling bertanggungjawab di antara kita.. tiada sebab untuk kita saling bermusuh andai kita saling menghormati.
HAMBA: Apakah jaminan untuk anak cucu kita? akan ku bela sedaya-upaya ku...
1) Bayangkan kita punyai seorang isteri.. manis wajahnya, lembut tutur katanya dan baik pula perangainya.. Dialah yang menjadi peneman kita sewaktu kita kecewa dan duka.. Dialah yang menjadi penghibur kita di kala kita kesedihan. Dialah yang membangunkan kita bila kita jatuh.. Dialah yang telah melahirkan zuriat keturunan kita dengan penuh susah payah dan kesakitan.. Dialah yang menguruskan hal ehwal rumah dan makan minum kita.. Dia juga yang telah membesarkan dan mendidik anak-anak kita dari sebesar tapak tangan hingga dewasa.. Dia sentiasa sabar atas kerenah buruk dan jelek kita.. Dia sentiasa menegur dan memberi nasihat bila kita melakukan kesalahan.. Telapak tangannya yang dulu halus mulus kini telah menjadi kasar kerana sibuk menguruskan rumah tangga.. Hidup kita bagai tiada bermakna sekiranya tidak menatap wajahnya walau sehari.. Dialah pengarang hati dan jantung kita.. Dialah isteri yang paling kita cintai.. Tapi, suatu hari datang seorang lelaki berkereta mewah. Dengan angkuh beliau keluar dari kereta dan berkata: "Aku nak bermalam dengan isteri kamu malam ni dan malam esok, boleh tak?
Apa reaksi kita? adakah: Boleh, Aku Sokong!! Aku Sokong!!
2) Sejak kebelakangan ini sering berlaku kecurian dikampung Katok-o-Katok. Pencurinya masih belum dapat ditangkap walau pelbagai cara digunakan. Didalam kampung katok-o-Katok ini tinggal seorang tua yang bernama Pak Semeon. Pak Sameon seorang yang sangat kaya, berkat usaha gigihnya selama ini yang tak kenal putus asa. Malangnya dia tidak mempunyai seorang zuriat dan keturunan pun, kerana beliau belum berjumpa dengan jodoh yang sesuai buat dirinya.. Pada suatu petang, sedang beliau membaca akhbar harian dikampungnya.. beliau sangat terkejut! kerana muka hadapan akhbar menyatakan "Musa anak lelaki Pak Sameon adalah pencuri yang dikehendaki". Tiba-tiba datang sekumpulan penduduk kampung kearah Pak Sameon dan mereka berteriak: "Pak Sameon! anak kau pencuri besar!!
Apa reaksi Pak Sameon? Adakah : Aku Sokong! Aku Sokong!!
3)Dato' Panglima Abuhangus adalah ketua Kampung Pasir yang baik hatinya. Urusannya sentiasa menolong orang. Tak kira masa senang dan susah..telah terkenal seantero buana.. Suatu hari, datang seorang lelaki.. kusut-masai rambutnya, compang-camping bajunya. Sebaik sampai ke Kampung Pasir, beliau pun terus ke masjid. Tidak lama selepas kedengaran suara manusia melalui pembesar suara masjid tersebut.. beliau berkata: "Aku adalah Dato Panglima Abuhangus!! aku adalah ketua kampung ini..
Apa reaksi penduduk kampung?? Adakah: Aku Sokong!! Aku Sokong!!
4) Pada suatu hari, anak perempuan kita telah pulang dari sekolah sambil menangis. Selepas ditanya, dia memberitahu bahawa dia diganggu oleh seorang lelaki Bangladesh ditengah jalan.. Demi mendapat penjelasan, kita pun lantas berjumpa dengan lelaki tersebut sambil membawa sebilah pisau.. maka berlakulah pertengkaran yang membingitkan.. Kita saling pukul-memukul.. Tiba-tiba lelaki tersebut berhenti dan bertanya:"Boleh bagi aku pisau kamu tu sekejap tak??
Apa reaksi kita?? Adakah: Ambiklah, Aku Sokong!! Aku Sokong!!
5) Pak Cik Kernal mempunyai rangkaian restoren ayam masak kicap yang terkemuka di dunia.. Seantero dunia telah mengetahui akan keenakkan ayam masak kicap Pak Cik Kernal yang menggunakan jenama AMK (Ayam Masak Kicap).. Pada suatu hari Pak Kernal berbasikal di daerah Serdang ke Gombak meninjau-ninjau perkembangan rangkaian peniagaannya.. Apabalila melewati sebatang jalan dia di Shah Alam.. Beliau sangat terkejut kerana terdapat restoren baru yang menggunakan logo dan papan tanda perniagaan AMK. Ini kerana menurut pengetahuan beliau, belum ada cawangan AMK dibuka di Shah Alam. Lantas beliau terus ke restoren tersebut untuk menyiasat.. Rupa-rupanya restoren itu menjual ayam masak kicap berlada dan ayam goreng kunyit berempah.. namun menggunakan jenama AMK bagi melariskan peniagaannya.. Maklumlah kawasan Shah Alam berada dikawasan yang agak pendalaman dan belum terdedah dengan francias-francias makanan segera sebegini..
Apa reaksi Pak Kernal?? Adakah: Aku Sokong!! Aku Sokong!!
Apa reaksi kita?? Adakah: Aku Sokong!! Aku Sokong!!
HAMBA: Aku berlepas diri dari mereka yang lebih mengharapkan redhanya manusia daripada redhanya Allah... dan juga mereka yang lebih takutkan marahnya manusia daripada marahnya Allah..
Baru-baru ini kawan cuba untuk menggunakan aplikasi Google Translate.. namun terjemahan yang diberi sungguh mengejutkan!! Sahabat-sahabat boleh cuba sendiri..
Caranya:
1) Buka google translate (klik)
2) Masukkan bahasa yang mahu diterjemah (sebagai contoh terjemahkan Bahasa Melayu ke English)
3) Tulis perkataan 'syaithan' pada kotak di atas... dan tengok terjemahannya... mengejutkan bukan??
4) Anda juga boleh memasukkan 'syaithan' dalam bentuk ayat.
Kenapa ini suatu yang di-SENGAJA-kan??
1) Setiap terjemahan dilakukan secara literal.. Mana-mana perkataan yang tersilap taip @ tiada dalam kosa kata melayu akan diterjemahkan secara literal juga.
Kemungkinan perkataan 'syaithan' perlu ditulis dengan 'syaitan', 'setan' dan 'saitan' adalah tertolak.. kerana GT menterjemahkan syaitan dan setan = satan dan saitan = saitan.
Sebagai contoh "saitan" : oleh kerana 'saitan' tiada dalam kamus perbendaharaan Melayu maka Google Translate akan menterjemahkannya sebagai 'saitan'... tapi kenapa 'syaithan' tidak diterjemahkan kepada 'syaithan'??
2) Huruf 'Q' ditulis menggunakan huruf besar (capital letter) yang menunjukkan suatu nama khas.. Satu-satunya nama khas bagi Quran adalah merujuk kepada kitab suci umat Islam AL-QURAN!
3) Mengikut kamus dewan, pembendaharaan kata yang tepat adalah syaitan (tanpa 'H') dan bukannya 'syaithan'. Walaubagaimanapun, dalam bahasa arab syaitan ditulis dengan (شيطان). Oleh itu, penggunaan 'th' adalah lebih hampir makhrajnya dengan (ﻁ), berbanding dengan 't' yang hampir dengan (ﺕ).
Berdasarkan pengamatan kawan, mereka memang sengaja menyamakan syaithan dengan AL-QURAN..
HAMBA: Mungkinkah angkara Iluminati dan kunco-kuncunya??
AWAS 'PENYOKONG PAS' SUDAH MENGAMUK!
Fuhh, awat ramai sangat yang datang?? Utusan kira 20 orang.. TV kira 21 orang.. Aduh, mana satu yang betul ni?? cakap la betul-betul!! KAH KAH KAH
Awat 'penyokong PAS' tak tengok kalendar dulu sebelum datang?? Diaorang tak sekolah ke?? Macam mana 'penyokong PAS' sendiri tak tau pejabat buka ke tutup! Macam mana nak hantar, dah sah-sah pejabat tutup hari Ahad! KAH KAH KAH
'Penyokong PAS' ni memang tak kreatif langsung.. Kenapa la guna banner yang design lebih kurang masa demo kepala lembu dulu?? Tender syarikat sama ke? sampai font dengan colour pun sama!! KAH KAH KAH
Kenapalah 'penyokong PAS' buat mesyuarat kat Mandarin Court Hotel pulak nie.. Bukan ke membazir namanya... Lagi pun tak pernah-pernah dibuat sebelum ni. Markaz tenggelam banjir ke? KAH KAH KAH
Kawan tabik spring dengan wartawan Malaysia, memang profesional dan up-to-date, kejap je ada demo 20 orang, terus keluar berita TV.. Tapi, kenapa masa demo 100,000 orang ribu dulu tak tunjukkan kat TV? Tak muat kamera kot! KAH KAH KAH
Sepanjang aku tengok demostrasi kat TV, inilah kali pertama jumlah wartawan dan jurugambar lagi ramai dari orang berdemo. Cayalah, 'penyokong' PAS dah berjaya cipta rekod kali ni! KAH KAH KAH
Seronok nampaknya abang polis jaga orang berdemo, siap ambil gambar lagi.. smile!. Macam ni baru kena dengan motto PDRM, TEGAS, ADIL, BERHEMAH... Eh, kenapa tak bawa lori kepala merah? Ala, yang boleh main tembak-tembak air macam selalu tu... Radiator kering ke? KAH KAH KAH
Bila pulak PAS tukar slogan ni? "JANGAN MUSNAHKAN PERJUANGAN ORANG MELAYU!" Tapi macam biasa dengar je slogan macam ni.. Kat mana ya? KAH KAH KAH
p/s: YB Salahudin Ayoub bagitau, tak ada ahli PAS terlibat dalam perhimpunan ini semalam... jadi siapa mereka semua ni? KANTOI! KAH KAH KAH
BANDINGKAN DEMOSTRANSI ANTI-ISA PAS (2009)
Detik 26 Disember kini kembali lagi
Pagi itu,
SOMBONG, EGO, TAKBUR, RIAK, UJUB DAN BESAR DIRI
telah hapus terpadam dek kerna derasnya deruan ombak..
telah lemas tenggelam dek kerna dalamnya air laut..
menyedarkan..
betapa kecilnya kita yang berjalan di muka bumi ini
mengingatkan..
bahawa kita adalah insan yang tersangat lemah dan lagi tiada upaya.
saat itu tiada apa yang mampu kita perbuat..
hanya menunggu untung nasib tentuan Tuhan..
Kesan hempasan ganas Tsunami pada pagi itu masih lagi berbekas bagi kawan.. sejujurnya kawan amat gelisah menanti saat-saat seperti ini.. Takut-takut, ianya berulang lagi, kerna masih ada terlalu manusia yang enggan mengambil pelajaran..
Kesempatan ke Kuala Muda, dalam misi bantuan sukarela lima tahun dulu... terlalu banyak mengajar dan menyedarkan kawan..
betapa sayang dan kasihnya Allah pada kita semua..
HAMBA: ada suatu pekara di sana yang tak akan kawan lupakan sampai bila-bila...
tapi bilama kawan baca akhbar Berita Harian di restoren pagi tadi, kawan perasan suatu iklan yang sangat mengusarkan dan merimaskan.... GILA!
Apa kejadahnya buat peraduan kira seluar dalam perempuan??
GILA SUNGGUH!
Banyak betul iklan-iklan karut-maruk kebelaknagan ini, di TV terutamanya... tak cukup dengan iklan potong, pramugari AirAsia, iklan minuman peningkat tenaga (seksual), iklan besarkan saiz payudara dan pinggul... dan berpuluh lagi iklan mengarut dan penuh unsur-unsur kelucahan... dan kebanyakkannnya disiarkan pada waktu-waktu perdana.. waktu dimana seisi keluarga menonton bersama... begitu anak-anak kecil mereka..
Disamping itu, pengguna disesakkan pula dengan lambakan iklan produk-produk berasaskan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah.. Semua produk pun seakan mahu dicapurkan denganTongkat Ali.. katanya dapat meningkat tenaga.. TAPI, bilamana iklan-iklan menunjukkan visual rumah bergegar dan berlatar belakangkan bilik tidur?? Tenaga apa yang di maksudkan?? Sungguh meMALUkan, nama agung itu menjadi simbol bagi nafsu serakah manusia. Sedarkah mereka siapakah pemilik asal nama-nama agung itu??
HAMBA: baik buat peraduan kira bulu kambing!
Kelahiran Rasulullah yang dicintai
Detik Kewafatan Rasulullah (bhgn 2, bhgn 1 diupload kemudian)
kredit to: www.myceramah.com
Disampaikan oleh:
Habib Ali Zainal Abidin bin Abdurrahman Al-Jufri
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
MASJID AL-FALAH, USJ 9, SUBANG JAYA, SELANGOR
info: http://www.alfalahusj9.blogspot.com/
keCinTaaNku
~ya Allah, sesesunguhnya kami memohon cinta-MU.. dan cinta orang-orang yang mencintai-MU.. dan mencintai amal yang akan mendekatkan kami kepada cinta-MU~
Ya Allah.. Leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku.. kerana di situ tidak ku mampu mengumpul dua cinta..menasihati diri sendiri
*tanamkan takut neraka Allah*
*semaikan harap syurga Allah*
*carilah keredhaan Allah*
Kaulah yang Maha Esa.Kaulah yang Maha Pengasih.Kaulah yang Maha Penyayang.Tiada hidup tanpaMu.
Kaulah yang Maha Agung.Kaulah yang Maha Mengetahui.Tuhan dunia akhirat.Tiada aku tanpaMu.
Bilaku rasa pilu.Bilaku rasa resah.Bilaku kekosongan.Kau tempatku mengadu.
Oh tuhan yang satu.Engkaulah tuhan yang satu.Segala puji-pujianku tujukan padaMu..padamu.
Dan hidup dan matiku hanyalah..
UntukMu..untukMu...untukMu..
~mata melihat alam; hati melihat TUHAN~
man ana?
- hamba
- aku insan hina, fakir dan jahil disisi Tuhanku... aku cari hanya rehdaNya.. aku harap hanya kasihNya.. moga tak tersadung pada jauh jalanan ini.
dengarTAAT
nak ikut?
sila.. sila..
Labels
- anak2 kecil pendamai jiwa (11)
- belasungkawa (2)
- daerah (3)
- darussyifa' (3)
- entertainment (7)
- ingati aku.. (40)
- isu semasa (26)
- my song (3)
- politikus (8)
- sekeliling aku.. (25)
- senyumlah sikit... (6)
- techno (2)
- video (14)












