2:10 AM | Posted in , ,
Ingatlah Firman Allah:
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu (yang bertelengkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat
(Al-Qur’an, Al-Hujuraat 49:10).

salam... aku mulanya agak keberatan untuk menulis ini... kerana merasakan siapalah diri yg hina lagi kotor ini.. tapi 'sesuatu' cukup membuat aku ter'ganggu'..

Sedia telah maklum polemik yg sedang ghairah sekarang.. unity government (UG)..
Aku ingin menyatakan bahwa aku berlapang dada dari semua ini.. Cuma, aku rasa sangat sedih dan kecewa sikap segelintir bloggers (kickdefella, penarikbeca, adukataruna; sekadar menulis 3 nama, terdapat banyak yg lain) yang kononnya penyokong dan pendokong PAS... mereka sangat keterlaluan dalam mengkritik PIMPINAN, adakalanya sampai ketahap menghina dan merendahkan PIMPINAN dengan perkataan yang tak sanggup aku tuliskan disini.. silalah membaca komen pembaca blog mereka.. penuh dengan hasad dan kebencian.. mereka yg dibawah nampaknya... "lebih sudu dari kuah!"

Berbeza pendapat adalah pekara biasa.. tapi itu bukanlah tiket untuk mencaci maki mereka yg tak sehaluan dengan pemikiran sendiri.. Walaupun bukan kamu secara langsung berbuat demikian, tapi tindakan kamu menulis dan membiarkan/meluluskan komen-komen fitnah bertebaran di blog kamu.. SANGAT TIDAK BOLEH DITERIMA... Ingatlah bahwa kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa saja yang kamu perbuat.

Benar... PIMPINAN itu tidak maksum.. kita semua punyai kelemahan masing2.. Tapi itulah fungsi sebagai sebuah jamaah, saling melengkapi dan menyempurnakan..

Bukanlah pimpinan itu tidak boleh dikritik.. tapi JAGALAH ADAB-ADAB mu wahai pejuang dan pendokong ISLAM.. Terutamanya kepada Ulama' dan mereka yang telah lama bergelumang dalam perjuangan ini.. Adakah kamu menyangka mereka baru sehari dua dalam perjuangan?? Betapa banyak keringat yg telah mengalir demi umat ini.. Mereka LEBIH MENGENALI SIAPA KAWAN DAN LAWAN DRP KAMU! Sangat kesal, mana Adab & Akhlak yang telah ditunjukki Rasulullah & Sahabat?? di mana Akhlak kita sebagai seorang muslim dan pendakwah.? Mereka sayang akan Jamaah ini lebih daripada kamu!!

Berhak kah kamu wahai blogger, memaki & menghina PIMPINAN, andai pemimpin membuat lontaran idea yg tidak kena pada pandangan kamu. Jangan dilupai bahwa matlamat utama kita adalah REDHA ALLAH. Menang pilihan raya sahaja bukanlah penamat akhir.. Yang kita mahukan adalah kemurnian dan keelokkan buah Akhlak.. dan itulah tujuannya Rasulullah diutuskan.

Benarlah bak kata ahli hikmah: "Manusia memusuhi apa yang dia tidak tahu".

Ironinya, ramai betul yang mengambil berat pasal PAS sekarang.. baik kawan dan lawan. Maka, berhati-hatilah dengan musuh, yang sentiasa mahu menjatuhkan kita dan melaga-lagakan pimpinan & juga sesama kita.. Janganlah terpedaya dengan dakyah-dakyah media arus perdana ini..

Dengar apa pesanan dari Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man ini:

.................................................................................

Yang PATUT kamu baca:

Maaf, ini bukan artikel menyokong @ membantah sesiapa.. Bagi aku kedua-dua pendapat TG NIK AZIZ dan TG HADI AWANG adalah BENAR.. Serahkanlah isu ini kepada Majlis Syura.. Berikanlah keyakinan dan wala' kepada PIMPINAN.

HAMBA: Aku sangat sedih betapa senangnya menaburkan kata-kata FITNAH di zaman ini... di zaman kemajuan ini.. hanya dibalik ID: "anonymous"!.

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~

Comments

2 responses to "jaga ADABMU wahai BLOGGERS"

  1. shaniza On June 13, 2009 at 4:21 AM

    Salam..
    Saya sangat bersetuju dengan tuan hamba..biar kurang adat tapi jangan kurang adab.
    Mengkritik mengikut hawa nafsu bukanlah adab seorang yang beriman.

     
  2. hamba On June 17, 2009 at 9:32 PM

    salam..
    Terima kasih...

    saya cuma harapkan kejernihan akan kembali mengamit suasana kita..

    moga-moga Allah memberi kita jalan keluar yang sebaik-baiknya..