10:16 PM | Posted in
untuk peringatan bersama..

memetik kata-kata Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a. dalam muqaddimah kitab Bidayatul Hidayah karangan beliau...

Ketahuilah ~ Wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu, yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan ~ Seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka dikalangan kawan-kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia, maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak peranda dan guru yang mengajarmu itu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperti sabda Rasulullah S.A.W.:

"Siapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi di dalam melakukan maksiat tersebut."

Dan jika niatmu di dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah, bukan semata-mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira, kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang ada di dalam laut semuanya meminta ampun bagimu apabila engkau berjalan..

....Maka berhati-hatilah engkau wahai saudaraku daripada tipu muslihat syaithan dan janganlah engkau tunduk kepada tipuannya. Syaitan sangat pandai memerangkap engkau (dengan menyetujui engkau mencari ilmu) sedangkan ia telah mempedayai engkau (dengan memesongkan niatmu)...


credit to mr muszphoto, WP

MOGA-MOGA BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI PEDOMAN DALAM MENUNTUT ILMU...
untuk kamu dan aku...
#p/s: kpd sahabat2... aku syorkan korang baca lah kitab Imam Ghazali nie..."Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah..) . Kitab nie ada 3 main topic yg dibicarakan oleh Imam Al-Ghazali..
1) Adab-adab melaksanakan ketaatan
2) Cara-cara meninggalkan maksiat
3) Adab-Adab pergaulan dan persahabatan dgn Khaliq dan dgn makhluk...
kalo mana2 sahabat yang teringin nak beli, tapi tak jumpa.... korang emailah kat aku.. nanti aku tolong usahakan...okeh!

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ... (Say: He is Allah, the One!)
Category:
��

Comments

2 responses to "ilmu"

  1. noreen On May 21, 2008 at 3:10 AM

    kata2 yang benar... pengingat buat diri yang tersasar

     
  2. hamba On May 28, 2008 at 6:52 AM

    salam...

    Tq.. teringat plak nak post kt blog nie...
    asalnya nie dulu hantar kt seorang sahabat yang sangat cintakan ilmu...

    inshaALLAH.. sama-samalh kita kuatkan hati, hanya kerana ALLAH...

    Oh ya... noreen nie sapa??