10:45 AM | Posted in ,
IBU..MAK..MUMMY..EMAK..MOTHER..MOM..MAMMA..AMMA..OMA..

Apa saja nama yang kita beri... apa saja gelaran yang kita bagi... semuanya sama... merujuk kepada hanya seorang insan... Aku lebih senang pangil mak aku ‘mek’..aku pun ak tau sebab ape aku panggil ‘mek’.. seme adik-beradik aku dalam family panggil mak=‘mek’...kecuali adik bongsu pompuan aku yang panggil ‘MAK!’..Mungkin orang pantai timur memang camtu kot..

Tujuan aku tulis hari nie bukan untuk merayakan HARI IBU yg jatuh hari nie (11 May-)... bagi aku.. SETIAP HARI ADALAH HARI IBU!!

Cuma nak mengingatkan kembali... siapa IBU buat kita... ???
Tak perlu aku nak bagitau siapa itu ibu... korang semua boleh explainkan... orang yg lahirkan kita, besarkan kita, didik kita, bagi makan kat kita... dan macam-macam lagi... SELAIN TU APA LAGI??
Yang penting apa peranan kita?... apa tanggungjawab kita?... adakah kita dah berikan yg TERBAIK BUAT IBU KITA?? Adakah kita doakan dia tiap-tiap kali selepas kita jumpa ALLAH ketika sembahyang..

kalo sebelum kedatangan Rasulullah.. masyarakat jahiliyah melihat wanita sebagai objek bukan insan..hanya sebagai pemuas nafsu... mereka telah meletakkan martabat wanita pada tahap yg hina dan terbawah ..TETAPI...ISLAM dengan cahaya yang dibawanya.. ISLAM sbgi satu addeen.. telah mengangkat martabat kaum wanita, terutamanya ibu-ibu... kesatu tahap yang tertinggi.. Banyak firman ALLAH dan sabda nabi mengenai kelebihan seorang ibu....

Aku sgt-sgt tak faham... ada orang yang derhaka kat ibu dia..pukul mak dia..sepak (aku pernah jumpa orang yg macam nie..).. AKU MMG TAK FAHAM!! Macam mana diaorang boleh buat camtu...

"Dan telah memutuskan Tuhanmu supaya janganlah kalian menyembah selain Dia, dan hendaklah kalian berbuat baik kepada ibu bapa kalian dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu atau kedua-duanya, maka sekali-kali janganlan engkau mengatakan "ah!" kepada kedua-duanya dan janganlah membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (baik dan sopan). Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua mendidik aku ketika kecil" - (al-Isra`: 23-24).

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

YA ALLAH... aku bersyukur kerana kau anugerahkan aku ibu..tiada insan sebandingnya...seorang ibu menjaga anak-anaknya tanpa minta sebarang upah dan balasan...

YA ALLAH kau panjangkanlah umur ibu-bapaku dalam kebaikan dan rahmat-MU.. Jadikanlah aku anak yang soleh, yg dapat mendoakan ibu-bapaku ketika hidup dan mati mereka.. Tempatkanlah mereka di sisi hamba-hamba-MU yang soleh..
Sama-sama hayati lagu2 dibawah.

Category: ,
��

Comments

0 responses to "ibu... kaulah segala-galanya......"