9:26 AM | Posted in
# Mana lebih tak baik, buat tak baik tapi niat tak jahat atau buat tak jahat, tapi niat tak baik.
# Menjadi pandai-impian semua org; berasa pandai-penyakit kebanyakan org.
# Senang takkan dpt tanpa susah; tapi susah memang senang dapat tanpa susah payah.
# Tak tumbuh tak melata; tak sungguh pun orang mengata.
# Ulat dalam batu boleh hidup; batu dalam ulat, belum tentu ulat boleh hidup.
# Wang bukan penyelesaian masalah; tak ada wang lagi banyak masalah.
# Makin senang hidup anda; maka makin susahlah anda hidup.
# Lilin membakar dirinya bukanlah kerana berkorban, tetapi kerana terkorban.
# Pelajaran itu ibarat lilin; berguna bila 'blackout'.
# Berniaga umpana roda, kadang-kadang naik, kadang-kadang tak naik; kadang-kadang tak naik-naik.
# Duit mmg tak boleh bawa kedalam kubur; tapi tak berduit mungkin mati tak berkubur.
# Kalo nak hidup goyang kaki, jadilah org kaya; tapi kalo nak kaya, mana boleh hidup goyang kaki.
# Hanya org bodoh yg suka menipu; tapi biasanya mereka berjaya menipu org yg cerdik.
# Ciuman: mudah didapati oleh kanak-kanak, terpaksa dicuri-curi oleh org muda, terpaksa dibeli oleh org tua.
# Duit: dh tentu boleh mendatangkan penyakit, tapi belom tentu boleh menyembuhkan penyakit..
# sekuat-kuat badang; apabila mati, tidaklah mampu mahu mengangap diri sendiri.

cont.
��

Comments

0 responses to "FALsampah"