8:47 PM | Posted in
Tidaklah dapat dipastikan, mengapa orang Melayu menterjemahkan 'qalb' dan 'heart' sebagai hati, dan bukannya jantung.. mungkin ada penjelasannya yang belum dan tidak kita ketahui...

Hamba yang faqir ini bukanlah mahu berbicara perihal hati yang jelas tampak ini... tetapi Hati Nurani.. Latiifatul Rabbaniyah..  Hati inilah yang dapat menerima sinaran nur ma'rifat dari Allah, bahkan ialah yang menerima tajalli Tuhan.. menanggung amanah dan rahsia Tuhannya. Ianya merupakan hakikat Insan.

“Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, dia adalah hati" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Mengapa kita manusia diciptakan Allah SWT memiliki hati?
Semua kita tahu bahawa dengan hati inilah kita dapat merasa atau berperasaan, kadang hati ini senang, bahagia, sedih, kecewa, khawatir.. dengan hati ini manusia memiliki rasa cinta, kasih sayang, dan cemburu, amarah dan kebencian.

Perihal hati sungguh ajaib...
ia bagai lautan luas yang tak bertepi.. dan jurang dalam yang tak berdasar..
ia tak perlukan huruf dan kata untuk berbahasa..
ia bisa jadi yang tersuci juga terkeji..

Hati inilah tempat pandangan Allah..

"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu." (Riwayat Muslim)

Dia bagai sultan di dalam sebuah negeri.. segala keputusan dan pilihan di tentukan olehnya.. Akal dan nafsu hanyalah penasihat... anggota pula adalah pelaksana keputusan hati..

Hati inilah yang akan berjalan menuju Allah.. segala anggota dan pancaindera sebagai kenderaan.. dan kehidupan ini adalah jalannya..

Di dalam hati juga terhimpun segala-galanya...
- ada jujur.. ada khianat..
- ada redha.. ada hasad..
- ada ikhlas... ada riak..
- ada sayang.. ada benci..

sungguh.. betapa misterinya hati..
walau jasad terpenjara.. tapi hati tetap bebas..
walau mulut sering berkata dusta.. tapi tahu segalanya.
walau jasad tak pernah bersua.. tapi hati selalu terkenang..
walau mata tidak pernah melihat... tapi hati rasa tertaut..
semakin jauh berada.. semakin dekat terasa..

Sama-samalah kita menjaga hati..
Kerna hati juga ada racun dan penyakit yang dapat merosakkan dan mematikannya..

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera."
(Ash-Shu'araa: 88-89)

Hamba: wahai Tuhan yang membolak-balik hati, tetapkanlah hati kami ini dalam agama dan ketaatan kepadamu.
 
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��

Comments

4 responses to "ajaibnya sekeping hati"

  1. Maiyah On February 10, 2010 at 12:05 AM

    moga hati kita akan sntiasa tenang

     
  2. hamba On February 10, 2010 at 2:44 AM

    InsyaAllah,

    Firman Allah bermaksud:
    "(Iaitu) orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)

    mmm.. lama tak dengar crite kak?

     
  3. KurangBaik On February 18, 2010 at 9:29 PM

    Duhai,

    Hati yang sentiasa di-bolak-balik ini,
    Satu2 nya khazanah yang sejak berkurun menjadi matlamat iblis dan syaitan,
    Untuk menakluki dan menguasainya.

     
  4. hamba On February 19, 2010 at 6:31 PM

    @Kurang Baik,

    Moga Allah memperteguhkan hati semua kita... Agar diberi perlindungan dari sifat mazmumah dan terus dibajai dengan mahmudah