6:16 PM | Posted in
Hai umat islam cubalah kalian belajar untuk mengerti dan berpikirlah mendalam..

inilah yang ingin kita bendungkan!



Tidakkah kaum muslimin sedar??
Bukankah kita telah dan sedang di injak-injak di seluruh ceruk dunia..
Adakah mereka lupa apa yang berlaku pada saudara mereka di Ambon, Kepulauan Maluku, Iraq, Bosnia, Chechnya, Afghanistan, Sudan, dan Palestine??

Kononnya kita mahu menjalin toleransi dan tolak ansur..
Toleransi bagaimana yang kalian maksudkan??
Mengapa dalam tolak ansur.. kitalah yang sering 'ber-ansur' dan 'di-tolak'??

Sedarkah kalian sedar, toleransi yang melampaui batas Quran dan Hadis inilah yang telah membakar dan mengorbankan seluruh umat Islam di Kota Ambon suatu masa dulu.. Dek kerana terlebih toleransi, umat Islam bersungguhan mengawal gereja tika hari Natal bersama botol-botol arak.. dan balasannya, dada mereka pula ditusuk tajam pada pagi Aidilfitri.

Sungguh..
..kita dilarang sesekali menghina dan mencemuh sembahan mereka.
..merosakan tempat dan bahan sembahan mereka adalah terlarang dalam Islam.. hatta sewaktu gawatnya  peperangan.
..mereka bebas mengamalkan pegangan mereka masing-masing.
  bagi merekalah agama mereka dan bagi kitalah agama kita

Tetapi, apabila sesuatu pekara melibatkan kepentingan muslim.. maka kepentingan muslim itulah yang menjadi lebih utama. Terutamanya bagi suatu pekara yang jelas lebih besar mudarat dari manfaatnya..
 
Sering tertanya-tanya apakah relevannya mereka ingin menggunakan kalimah Allah.. di tengah-tengah umat melayu yang kebanyakannya adalah Islam ini.. dan juga setelah sekian lama kita hidup harmoni bersama-sama.. Adakah ada alasan, selain daripada tujuan penyebaran agama mereka??

Kita tidak pernah melarang mereka mengakui bahawa alam semesta ini diciptakan oleh Allah, kiranya mereka ikhlas dan benar... tetapi yang kita mahu mereka jelaskan adalah.. Allah yang mana satukah yang mereka maksudkan?? Allah yang Esa  atau Allah yang tiga dalam satu?? Tiada juga halangan sekiranya mereka ingin menggunakan kalimah ini dengan penuh kesedaran... tapi bukan untuk penyebaran aqidah mereka!

Andai kamu terlalu mencintai isterimu dan marah jika kehormatannya dinodai oleh orang lain... Bagaimana pula kamu boleh bersikap tenang terhadap mereka yang ingin menodai PENCIPTA kamu dan PENCIPTA isterimu?? Yang lebih mencintai kamu dari isterimu??
Adakah kaum muslimin rela dan redha sekiranya lafaz Al Jalalah (الله) ini diletak didalam gereja dan juga ditubuh manusia bersalib?? Adakah kaum muslim rela gereja = baitullah.. bible = kitabullah.. adakah kamu rela??

Mempertahankan akidah Islam bukan hanya pada mempertahankan nama Allah.. TAPI.. Ini adalah SALAH SATU cara untuk mempertahankannya.. jadi kenapa kita tak mempertahankannya sekiranya kita tahu dan berupaya untuk melakukannya??

Walaubagaimanapun.. kawan optimis, isu ini akan reda.. dan kita boleh hidup harmoni bersama.. andai kita saling bertanggungjawab di antara kita.. tiada sebab untuk kita saling bermusuh andai kita saling menghormati.

HAMBA: Apakah jaminan untuk anak cucu kita? akan ku bela sedaya-upaya ku...

~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Category:
��

Comments

0 responses to "cubalah berpikir!"