Di sini aku jauh dari manusia pendusta.. Di sini tiada jiwa yang bersifat haloba.. Di sini tiada suara suka mengadu domba.. Di sini tiada kata menyakitkan jiwa..
Yang ada, hanya tenang dan damai.. Hanya kelah, toman, baung, sebarau, lampan dan seluang menjadi teman akrab.. juga bersama-sama sang helang dan musang yang mencari habuan..
Perjalanan selama 6 jam ke Taman Negara Kenyir Terengganu dengan menaiki houseboat benar-benar suatu kerehatan.. Detik bertemankan ikan, unggas dan pepohon selama 3 hari itu rasanya terlalu bermakna..
Hati dan tubuh ini terasa bagai lemas dalam dinginnya air di jeram..
Rasulullah pernah bertanya kepada para sahabatnya..
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka”
Hai umat islam cubalah kalian belajar untuk mengerti dan berpikirlah mendalam..
inilah yang ingin kita bendungkan!
Tidakkah kaum muslimin sedar??
Bukankah kita telah dan sedang di injak-injak di seluruh ceruk dunia..
Adakah mereka lupa apa yang berlaku pada saudara mereka di Ambon, Kepulauan Maluku, Iraq, Bosnia, Chechnya, Afghanistan, Sudan, dan Palestine??
Kononnya kita mahu menjalin toleransi dan tolak ansur..
Toleransi bagaimana yang kalian maksudkan?? Mengapa dalam tolak ansur.. kitalah yang sering 'ber-ansur' dan 'di-tolak'??
Sedarkah kalian sedar, toleransi yang melampaui batas Quran dan Hadis inilah yang telah membakar dan mengorbankan seluruh umat Islam di Kota Ambon suatu masa dulu.. Dek kerana terlebih toleransi, umat Islam bersungguhan mengawal gereja tika hari Natal bersama botol-botol arak.. dan balasannya, dada mereka pula ditusuk tajam pada pagi Aidilfitri.
Sungguh..
..kita dilarang sesekali menghina dan mencemuh sembahan mereka.
..merosakan tempat dan bahan sembahan mereka adalah terlarang dalam Islam.. hatta sewaktu gawatnya peperangan.
..mereka bebas mengamalkan pegangan mereka masing-masing. bagi merekalah agama mereka dan bagi kitalah agama kita
Tetapi, apabila sesuatu pekara melibatkan kepentingan muslim.. maka kepentingan muslim itulah yang menjadi lebih utama. Terutamanya bagi suatu pekara yang jelas lebih besar mudarat dari manfaatnya..
Sering tertanya-tanya apakah relevannya mereka ingin menggunakan kalimah Allah.. di tengah-tengah umat melayu yang kebanyakannya adalah Islam ini.. dan juga setelah sekian lama kita hidup harmoni bersama-sama.. Adakah ada alasan, selain daripada tujuan penyebaran agama mereka??
Kita tidak pernah melarang mereka mengakui bahawa alam semesta ini diciptakan oleh Allah, kiranya mereka ikhlas dan benar... tetapi yang kita mahu mereka jelaskan adalah..Allah yang mana satukah yang mereka maksudkan??Allah yang Esa atau Allah yang tiga dalam satu?? Tiada juga halangan sekiranya mereka ingin menggunakan kalimah ini dengan penuh kesedaran... tapi bukan untuk penyebaran aqidah mereka!
Andai kamu terlalu mencintai isterimu dan marah jika kehormatannya dinodai oleh orang lain... Bagaimana pula kamu boleh bersikap tenang terhadap mereka yang ingin menodai PENCIPTA kamu dan PENCIPTA isterimu?? Yang lebih mencintai kamu dari isterimu?? Adakah kaum muslimin rela dan redha sekiranya lafaz Al Jalalah(الله) ini diletak didalam gereja dan juga ditubuh manusia bersalib?? Adakah kaum muslim rela gereja = baitullah.. bible = kitabullah.. adakah kamu rela??
Mempertahankan akidah Islam bukan hanya pada mempertahankan nama Allah.. TAPI.. Ini adalah SALAH SATU cara untuk mempertahankannya.. jadi kenapa kita tak mempertahankannya sekiranya kita tahu dan berupaya untuk melakukannya??
Walaubagaimanapun.. kawan optimis, isu ini akan reda.. dan kita boleh hidup harmoni bersama.. andai kita saling bertanggungjawab di antara kita.. tiada sebab untuk kita saling bermusuh andai kita saling menghormati.
HAMBA: Apakah jaminan untuk anak cucu kita? akan ku bela sedaya-upaya ku...
Cuba anda bayangkan... kisah yang manakah paling anda sukai?
1) Bayangkan kita punyai seorang isteri.. manis wajahnya, lembut tutur katanya dan baik pula perangainya.. Dialah yang menjadi peneman kita sewaktu kita kecewa dan duka.. Dialah yang menjadi penghibur kita di kala kita kesedihan. Dialah yang membangunkan kita bila kita jatuh.. Dialah yang telah melahirkan zuriat keturunan kita dengan penuh susah payah dan kesakitan.. Dialah yang menguruskan hal ehwal rumah dan makan minum kita.. Dia juga yang telah membesarkan dan mendidik anak-anak kita dari sebesar tapak tangan hingga dewasa.. Dia sentiasa sabar atas kerenah buruk dan jelek kita.. Dia sentiasa menegur dan memberi nasihat bila kita melakukan kesalahan.. Telapak tangannya yang dulu halus mulus kini telah menjadi kasar kerana sibuk menguruskan rumah tangga.. Hidup kita bagai tiada bermakna sekiranya tidak menatap wajahnya walau sehari.. Dialah pengarang hati dan jantung kita.. Dialah isteri yang paling kita cintai.. Tapi, suatu hari datang seorang lelaki berkereta mewah. Dengan angkuh beliau keluar dari kereta dan berkata: "Aku nak bermalam dengan isteri kamu malam ni dan malam esok, boleh tak?
Apa reaksi kita? adakah: Boleh, Aku Sokong!! Aku Sokong!!
2) Sejak kebelakangan ini sering berlaku kecurian dikampung Katok-o-Katok. Pencurinya masih belum dapat ditangkap walau pelbagai cara digunakan. Didalam kampung katok-o-Katok ini tinggal seorang tua yang bernama Pak Semeon. Pak Sameon seorang yang sangat kaya, berkat usaha gigihnya selama ini yang tak kenal putus asa. Malangnya dia tidak mempunyai seorang zuriat dan keturunan pun, kerana beliau belum berjumpa dengan jodoh yang sesuai buat dirinya.. Pada suatu petang, sedang beliau membaca akhbar harian dikampungnya.. beliau sangat terkejut! kerana muka hadapan akhbar menyatakan "Musa anak lelaki Pak Sameon adalah pencuri yang dikehendaki". Tiba-tiba datang sekumpulan penduduk kampung kearah Pak Sameon dan mereka berteriak: "Pak Sameon! anak kau pencuri besar!!
Apa reaksi Pak Sameon? Adakah :Aku Sokong! Aku Sokong!!
3)Dato' Panglima Abuhangus adalah ketua Kampung Pasir yang baik hatinya. Urusannya sentiasa menolong orang. Tak kira masa senang dan susah..telah terkenal seantero buana.. Suatu hari, datang seorang lelaki.. kusut-masai rambutnya, compang-camping bajunya. Sebaik sampai ke Kampung Pasir, beliau pun terus ke masjid. Tidak lama selepas kedengaran suara manusia melalui pembesar suara masjid tersebut.. beliau berkata: "Aku adalah Dato Panglima Abuhangus!! aku adalah ketua kampung ini..
Apa reaksi penduduk kampung?? Adakah: Aku Sokong!! Aku Sokong!!
4) Pada suatu hari, anak perempuan kita telah pulang dari sekolah sambil menangis. Selepas ditanya, dia memberitahu bahawa dia diganggu oleh seorang lelaki Bangladesh ditengah jalan.. Demi mendapat penjelasan, kita pun lantas berjumpa dengan lelaki tersebut sambil membawa sebilah pisau.. maka berlakulah pertengkaran yang membingitkan.. Kita saling pukul-memukul.. Tiba-tiba lelaki tersebut berhenti dan bertanya:"Boleh bagi aku pisau kamu tu sekejap tak??
Apa reaksi kita?? Adakah: Ambiklah, Aku Sokong!! Aku Sokong!!
5) Pak Cik Kernal mempunyai rangkaian restoren ayam masak kicap yang terkemuka di dunia.. Seantero dunia telah mengetahui akan keenakkan ayam masak kicap Pak Cik Kernal yang menggunakan jenama AMK (Ayam Masak Kicap).. Pada suatu hari Pak Kernal berbasikal di daerah Serdang ke Gombak meninjau-ninjau perkembangan rangkaian peniagaannya.. Apabalila melewati sebatang jalan dia di Shah Alam.. Beliau sangat terkejut kerana terdapat restoren baru yang menggunakan logo dan papan tanda perniagaan AMK. Ini kerana menurut pengetahuan beliau, belum ada cawangan AMK dibuka di Shah Alam. Lantas beliau terus ke restoren tersebut untuk menyiasat.. Rupa-rupanya restoren itu menjual ayam masak kicap berlada dan ayam goreng kunyit berempah.. namun menggunakan jenama AMK bagi melariskan peniagaannya.. Maklumlah kawasan Shah Alam berada dikawasan yang agak pendalaman dan belum terdedah dengan francias-francias makanan segera sebegini..
Apa reaksi Pak Kernal?? Adakah: Aku Sokong!! Aku Sokong!!
6) Seorang lelaki telah muncul dalam sebuah rancangan di televisyen.. Beliau ingin memperkenalkan sebuah agama baru kepada semua rakyat Malaysia.. Beliau telah membuat sebiji patung daripada tanah liat dan menamakannya dengan Allah.. Perkataan yang mula-mula keluar dari lidahnya adalah "Ini adalah Allah.. Allah inilah yang menciptakan alam semesta ini.. oleh itu semua manusia perlu sembah kepadanya..
Apa reaksi kita?? Adakah: Aku Sokong!! Aku Sokong!!
"Dan mereka berkata: "Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil [mempunyai] anak". Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh, karena mereka mendakwa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil [mempunyai] anak."
(Surah Maryam: 88-92)
HAMBA: Aku berlepas diri dari mereka yang lebih mengharapkan redhanya manusia daripada redhanya Allah... dan juga mereka yang lebih takutkan marahnya manusia daripada marahnya Allah..
~ya Allah, sesesunguhnya kami memohon cinta-MU.. dan cinta orang-orang yang mencintai-MU.. dan mencintai amal yang akan mendekatkan kami kepada cinta-MU~
Ya Allah.. Leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku..
kerana di situ tidak ku mampu mengumpul dua cinta..