8:07 AM | Posted in
setiap hari aku baca surat khabar. setiap hari jugak aku terbaca berita-berita dan laporan-laporan dalam surat khabar. Aku kadang kala jadi bingung, kerna kebanyakan berita yang aku baca tiap-tiap hari adalah.. BERITA JENAYAH!! cubalah korang baca berita dalam surat hari ni.. tengoklah apa sahaja.. baik UTUSAN, BH, NST, METRO, TV1, TV3 dan semuanya... tengok pasal apa kandungan laporan beritanya.. PUKUL, ROGOL, CABUL, RAGUT, CURI, ROMPAK, DERA, BUNUH, BUNUH, BUNUH dan BUNUH...

Sesekali aku bingung.. kenapa negara yang aku sayang ini jadi macam ni? kenapa sesetengah manusia tiada rasa hormat dan rasa sayang pada manusia lainya? Kenapa kita menjadi semakin kejam? sampai kapan semua ini akan berakhir?? kenapa maruah, kehormatan dan nyawa manusia lain... umpama tiada nilaian langsung.

(إنا لله وإنا إليه راجعون .. mengapa si anak kecil ini sanggup kau bunuh??)

Aku tak pasti samaada ini adalah kesan drp Teori Penanaman (Cultivation Theory) yg dikatakan George Gerbner. Tapi inilah kebenarannya. Pendedahan bukan hanya disebabkan mainstreaming & resonance, tapi malah boleh dilihat langsung depan mata...

Aku kepingin melihat dunia ini makmur.. aku kepingin melihat dunia ini aman sejahtera.. tiada sengeta, tiada penindasan, tiada kezaliman, dan tiada kerakusan dari seorang yg bergelar manusia..yg sama juga seperti aku.. Tapi mungkinkah akan ada?

Bagi aku, hanya satu penyelesaian bagi semua ini. turutilah perintah Siapa yang menCiptakan kita. menCiptakan kita daripada tiada kepada ada. kerna Dialah yang paling tahu dan mengerti siapa kita, melebihi diri kita sendiri. Jadikanlah firman-Nya ikutan, panduan, dan pegangan sepanjang perjalanan kita.
~sekadar merasa jiwa hamba~
Category:
��

Comments

0 responses to "inilah kenyataan"