11:51 PM | Posted in

Photobucket

Betapa umat ini telah parah...

Saudaraku..bangsaku...
mengapa kalian begini??
mengapa kalian begini??

Betapa Allah menyayangi kalian dengan rahmat-Nya...
Tidak cukupkah limpah kurnia Allah kepadamu??
Tidak cukupkah semua nikmat Allah yang menyelimuti dirimu saban waktu??
Tidak cukupkah apa yang telah nabi ajarkan padamu??
Tidak cukupkan sayangnya nabi padamu??

Betapa cintanya Nabi terhadapmu...
Tidakkah kau ingat...
Nabi itu yg rela dilempari batu-batu Taif hingga berdarah badannya kerana cintanya dia padamu..
Nabi itu yg rela berlubang luka pipinya dikala perang kerana rindunya dia padamu..
Nabi itu yg rela mengikat perutnya dengan batu kerna lapar kerana sayangnya padamu..
Nabi itu yg rela patah giginya kerana cintanya padamu..
Nabi itu yg rela dihina cerca kerana dia sayang padamu..
Nabi itu yg rela menanggung bulan dan matahari berbanding kesenangan sendiri keranamu..
Nabi itu yang mendahulukan umatnya dari dirinya sendiri
Nabi itu yg rela menanggung semua sakit-seksa sakaratul maut umatnya..
kerana sayangnya dan cintanya dia kepadamu..

Tahukah kamu... apa yang diucapkannya ketika nyawanya direnggut Izrail..
Ummati..Ummati..
betapa dia menanyai jibril perihal kamu pada hari kebangkitan..
Sungguh..Sungguh..
Cintanya dia padamu tidak pernah kan padam..
Bukankah dia telah menunjukkan suri teladan yang begitu terpuji??
Tapi mengapa kalian berani berlaku begini??
Syaitan apakah yang telah merasuk kalian semua??
Sanggup kalian berbuat begini kepada baginda...

Kembalilah ke jalannya... kembalilah.....
HAMBA: entah brapa ramai lagik yg tidak mendaftar... yg digugur.. yg dibunuh... yg dibuang ditandas...
Category:
��
9:45 PM | Posted in
Sapa tak kenal dia??mmg dia pandai berlakon..Seme character dia bleh bawak.. sedih, jahat, superhero, klako.. Seme nangis keluar ingus kot idung bila dia blakon sedih.. Dia hanseme, banyak pitis (duit), dan macam-macam lagik.. semenya dia..
Tapi apa yg dia sumbang kat Malaysia, kat kita??apa dia bagi kat kita?? aku memang tak paham.. Kita yang bagi kat dia adalah... dok anjurkan IFFA tetiap tahun..
Dia menyumbang industri Pelancongan???? aduss.. pikirlah kalo nak bercakap tu... jangan main hentam jee... menteri tu..
#Dia tu tau ke Melaka kat mana?? aku rasa dia tak ingat pun..
#Ada ke study/data yang dia telah tingkatkan pelancongan kita??
#Kenapa tak bagi kepada Pengarah @ Penerbit filem tu..??? kan diorang yang tentukan kat mana nak buat shooting..
#Baik bagi kat pelakon filem tamil... diorg buat shooting kt sini gak!
#Letihla nak bagi anugerah.. kalo setiap orang luar buat shooting kat sini.. bagi Datuk..
Kalo filem tu macam filem Steven Spielberg boleh tahan la sket... nie filem ko gelek sana, aku gelek sini...

Kesian aku kat ulama'-ulama' di Malaysia nie.. betapa besar jasa mereka... betapa banyak keringat mereka mempertahankan agama ini dengan ilmu dan jihad mereka... siang malam.. tapi dapat apa??

lbh memalukan... dia tak datang pun untuk amik anugerah tu... "Sekarang sapa yang malu?? aku pun tumpang malu..

HAMBA: Kenapa tak bagi kat Juhi Chawla skali..?? kan dia heroin...

Category:
��