Hmm...
Minggu nie dah masuk hampir lima bulan aku belajar pengubatan ISLAM kat Darussyifa' (bangi)... Sekejap je rasenye..... Ya ALLAH, aku bertuah sangat dpt belajar kat sana... sebelum nie dah banyak kali aku cuba nak join... start daripada undergrade lagi....macam-macam halangan yang ada sebelum nie.... x sempat nak pegi interview la... terlewat antar borang la... Terima kasih la kepada sahabat-sahabat yang ingatkan aku kali nie... member-member lain ramai yang dah ijazah.. Ajil, Pisang, Akram, Raja dll...
~TG PROF DATO' DR HARUN DIN~
Aku rase bertuah sangat dapat belajar kat sini....
Honestly.. aku bangga sangat sebab berpeluang jd anak murid TG PROF DATO' DR HARUN DIN.. Ulama' besar... MashaALLAH... setiap tutur kata dia masa kelas kitaorang tak rase jemu...Penyampaian TG sangat menarik.. sekejap je rase dah habis kelas...TG pandai menyelitkan unsur-unsur yg kelako time kelas..(nak elak kitaorg drp mengantuk...) dan juga cerite-cerite pengalaman dia merawat (pelbagai glongan manusia drp raja sampai org biasa)... Kadang-kadang Tg jgak gunakan medical term dalam nak jelaskan sesuatu dalam rawatan... jelas kedalaman ilmunya... bagi aku.. seorang student dalm bidang health sciences.. apa yang disampaikan TG tak bercangah dengan kaedah perubatan moden... TG jgk tak pernah campurkan politik kepartian semasa kelas-kelas(walaupun dia boleh nak buatbegitu..memandangkan dia Timb. Mursyidul AM PAS)...time paling best adalah masa akhir kelas... semua anak murid berebut nak cium tangan TG... rase lega sangat bila dapat cium tangan TG.. dulu aku dapat tengok TG dalam TV ngan time ceramah je....
~Darussyifa'~
Sebelum aku masuk belajar.. aku ingat darussyifa' just nak belajar pasal makhluk-makhluk halus.. atau yang rasuk-rasuk (macam kata seorang sahabat.. sori boss!! ;) ). tapi aku silap....memang silap.. Sini kitaorang belajar untuk penyakit yang fizikal dan juga penyakit yang disebabkan makhluk halus... Tau tak..masa awal2 kelas dulu kitaorang diajar pasal HUMAN ANATOMY AND PHYSIOLOGY!!! bkn nye... psal JIN-JIN.. Kita orang juga belajar pasal First Aid dan fungsi-fungsi(khasiat) tumbuhan herba dalam merawat penyakit...TG ajar kombinasi bahan dan doa dalam penyembuhan penyakit..Untuk penyakit yang fizikal kita orang belajar banyak penyakit macam darah tinggi, batu karang, kanser, buasir, diabetis, bisa, deman panas, campak, dan macam-macam lagik(rujuk buku rawatan)...
Kelas disini jugak telah tambahkan keyakinan aku yang apa yang ALLAH katakan dalam quran adalah Maha benar... Banyak hadis-hadis nabi yang berkaitan dengan pengubatan penyakit.. kalo sebelum nie aku just baca hadis tanpa tak tahu dengan makna dengan mendalam...rupanya Rasul-NYA telah berikan contoh yang banyak dalam bidang pengubatan nie.. Tinggal kita nak aplikasi dan kajian... Rupe-rupanya inilah sebab kenapa Ibnu Sina dan ramai lagi tokoh-tokoh perubatan Islam ini sangat berjaya... sehingga masyarakat barat dulu pun belajar daripada mereka..
INFO Darussyifa':
#Ada cawangan seluruh Malaysia (Pusat=Bangi)
#Tidak kenakan sebarang bayaran... hulurkanlah seikhlas hati anda
#Beroperasi setiap hari.
#Penasihat/penaug: PROF DR DATO' HARUN DIN.
Kata-kata TG: "KESEMBUHAN HANYA DARIPADA ALLAH..TIADA YANG BOLEH MENYEMBUHKAN MELAINKAN DIA... apa yang perawat lakukan hanyalah berIKHTIAR..."
Teringat kata-kata ust shamsul yang suruh cari guru mursyid....
YA ALLAH, terima kasih kerana temukan aku dengan GURU yang MURSYID....